Pages

Subscribe:

10 November, 2010

[ Pesanan Untuk Penulis Blog......

Para Blogger juga hendaklah mengingati hadits Rasulullah SAW yang berikut :
“Barang siapa berdusta dengan sengaja atas namaku maka hendaknya ia menempati tempat duduknya di Neraka”. Hadits ini sahih mutawatir. Imam Ibnu Hibban telah menukilkan hadits dengan sanad dari Abu Hurairah secara marfu’ : “Barang siapa berkata atasku apa yang tidak aku katakan,maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di neraka”. Sanad hadits ini hasan, dan asalnya dalam sahih Bukhari dan Muslim.

Blogger penegak keadilan, blogger juga penyeru kebenaran. Mudah-mudah tulisan ringkas ini sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna buat kita semua

Janganlah kita mengucapkan kata-kata yang kotor, sehingga berdosa kerananya. Rasulullah SAW bersabda,“Ada hamba yang mengucap satu kalimat tanpa ia fikir baik-buruknya kalimat itu, menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka, yang lebih jauh daripada antara timur dan barat.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Hina Almarhum Sultan Johor amat wajar

Saya terpanggil untuk memberikan ulasan berkenaan tindakan blogger dengan angkuh dan biadapnya menghina Almarhum Sultan Johor yakni Sultan Iskandar. Dewasa ini, sudah semakin ramai anak-anak Melayu yang berani menderhaka kepada Sultan dek kerana satu sebab iaitu politik.

Saya telah membaca artikel blog Aduka Taruna yang mempunyai kenyataan berunsur penghinaan dan biadap terhadap seorang raja Melayu yang pernah memerintah Johor dalam beberapa dekat. Ternyata kenyataan Aduka Taruna di dalam blog tersebut tidak lansung melambangkan beliau seorang anak Melayu, selain membahasakan dirinya sebagai 'gua'.

Dewasa ini, semakin banyak blogger-blogger yang mengeluarkan kenyataan dan artikel yang pelbagai tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada tindakan mereka itu. Begitu juga lahirnya blogger-blogger yang suka menggunakan bahasa yang amat biadap disamping agak emosional di dalam penulisanya.

Sebagai media alternatif kita tidak boleh berjuang untuk menegakkan perjuangan satu-satu pihak semata-mata, tidak ada gunanya kita menjadi media alternatif jika kita hanya menyokong satu pihak sahaja tanpa kita selidiki ada atau tidak cari adakah sesuatu yang kita sokong itu betul dan sesuatu yang kita tidak sokong adalah salah.

Sudah tiba masanya media-media alternatif menjadi media yang neutral di mana, adalah lebih baik blogger-blogger tanah air menjadi pro kebenaran daripada menjadi pro pembangkang mahupun pro kerajaan.

Saya berharap blogger yang telah membuat kenyataan yang menghina Almarhum Sultan Iskandar hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal agar ia menjadi pengajaran kepada blogger-blogger lain tak kiralah blogger lama ataupun blogger hingusan.

Dengan ini saya mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap blogger-blogger yang menghina dan biadap kepada raja-raja Melayu di negara kita walau di mana pun tak kira raja Melayu itu menaungi negeri mana sekalipun.

Yang Benar,
Pejuang Kebenaran, Kota Bharu, Kelantan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.