Pages

Subscribe:

22 November, 2010

[ hang nadim] Sivarasa and Ansari among those out of new PKR line-up

PETALING JAYA: As the dust settled after the long and bruising PKR polls, the party will have to face up to new realities with some familiar faces ousted.

PKR has long boasted about its multiracial composition, but the results of the elections did not reflect that.

There was also no room for candidates from Sabah and Sarawak, where PKR claimed it had made inroads.

Among the big names who fell were Subang MP R. Sivarasa, Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar, former Sabah party chief Ansari Abdullah and current Sarawak chief Baru Bian.

PKR will also be without Datuk Zaid Ibrahim, who has quit.

Yesterday, PKR reacted to Zaid’s resignation by “terminating” his membership with immediate effect. The former Cabinet minister had provided notice to the party to quit on Dec 16, with reference to Datuk Seri Anwar Ibrahim’s failed bid to take over Putrajaya on Sept 16, 2008. The big winner, however, is Anwar’s daughter Nurul Izzah, who is said to have topped the vice-presidency elections.

Anggota parti Bersekutu dakwa keliru istilah dikeluar Barisan Nasional

KOTA KINABALU - Ahli Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu), sebuah parti pembangkang di Sabah, semalam mendakwa keliru dengan penggunaan istilah ahli bersekutu dicadangkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan keahlian terus parti pemerintah.

Presidennya, Berman Angkap berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai persetujuan Dewan Tertinggi (BN) meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keahlian bersekutu dan bergabung, menimbulkan salah faham tentang kedudukan parti Bersekutu sebagai pembangkang.

“Mereka ingat kami menyertai BN tanpa pengetahuan mereka,” katanya di sini, semalam.

Berman juga meminta penjelasan mengenai kedudukan parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sekiranya pindaan perlembagaan BN itu berkuat kuasa dengan menggunakan istilah ‘ahli bersekutu’.

“Parti kami sudah lama menggunakan nama Bersekutu. Kami mendaftar dan dibenarkan menggunakan istilah ini sejak 15 Jun 1990,” katanya.

Selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam, Najib berkata, individu yang ingin menyertai BN boleh mohon secara terus menjadi ahli bersekutu. Dewan Tertinggi BN, bagaimanapun, akan menentukan hak dan keistimewaan anggota bersekutu yang mana mereka tidak mempunyai hak yang sama seperti anggota parti komponen BN. - Bernama

'Halang Anwar ke luar negara'

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan supaya menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia ketika berada di sana.

Menurut mereka, kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata, halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya.

"Saya percaya kerajaan perlu mengkaji balik kebenaran kepada golongan yang kecewa ini untuk ke luar negara bagi mengelak mereka terus memburukkan Malaysia," katanya semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar ketika mengunjungi Australia baru-baru ini mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dalam usahanya mencari sokongan Perdana Menteri negara itu, Julia Gillard selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Dalam pada itu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang bangun mencelah menyifatkan perbuatan Anwar sebagai tidak mengenang jasa.

"Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapakah yang telah membantunya untuk mendapatkan pendidikan sehingga menjadi cerdik.

"Saya kecewa kerana ada orang yang tidak rasional seperti ini di negara kita. Beliau juga tidak sepatutnya bertindak menghancurkan negara sendiri semata-mata demi kepentingan peribadi.

"Ingatlah bahawa dalam ajaran Islam sendiri ada menyatakan bahawa mencintai negara adalah sebahagian daripada iman," ujarnya.

Mengulas isu sama, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut membahaskan Bajet 2011 berkata, perbuatan Anwar berceramah di luar negara dengan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang amat dikesali.

"Beliau cuba menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan ini adalah tidak tepat kerana di negara itu pemimpin yang melawan kerajaan akan dibunuh dan dipenjara.

"Sedangkan di negara kita ini hari-hari boleh berceramah untuk mengkritik kerajaan, asalkan mendapat permit daripada pihak polis," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mewujudkan akta baru atau memperkenalkan pendekatan lain yang sesuai bagi menghalang pemimpin seperti Anwar berceramah di luar negara semata-mata bagi meremehkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mencelah berkata, beliau tidak boleh menerima perbuatan Anwar menghina rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kalau beliau berucap di luar negara bagi mengkritik kerajaan, saya rasa boleh terima lagi kerana dia adalah pembangkang.

"Tetapi yang saya tidak boleh terima apabila beliau mengkritik negara dan bangsa kita serta menghina rakyat keseluruhannya dengan menyatakan penduduk di Malaysia terutamanya umat Islam masih lagi berada dalam kemiskinan dan mundur.

"Orang ini sebenarnya lupa kepada pepatah Melayu iaitu meludah ke langit, menimpa muka kita sendiri," katanya.


Tiada rombakan – PM

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan akan berlaku rombakan Kabinet sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.

Perdana Menteri menyifatkan desas-desus perkara itu termasuk kemungkinan berlakunya pilihan raya umum dalam masa terdekat, sebagai khabar angin semata-mata.

“Ia merupakan khabar angin. Malaysia tidak pernah kekurangan berita-berita khabar angin dan laporan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Forum Ketua-Ketua Perniagaan Global 2010, di sini hari ini.

Spekulasi rombakan Kabinet mula hangat apabila Perdana Menteri sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu menyatakan, akan melakukan perubahan kepimpinan parti di peringkat tertentu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengumuman tersebut juga dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang meminta Pengerusi Perhubungan UM NO negeri khususnya yang kini di bawah pembangkang, diterajui oleh pemimpin tempatan.

Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pada awal Oktober lalu mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada Januari 2011.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Na sional (BN) pada Sabtu lalu, adalah yang terakhir dihadiri oleh Samy Vellu.

'Pemerintahan raja berperlembagaan harus dipertahan'
2010/11/23
KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat terus mempertahankan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang sudah terbukti berkesan mewujudkan kXeamanan serta kestabilan politik.

Perdana Menteri berkata, sistem pemerintahan sedia ada juga membantu pembangunan secara terancang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat sejak negara mencapai kemerdekaan.

Malah, katanya, amalan sedemikian turut berjaya mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Kita sudah membuktikan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen adalah sistem pemerintahan terbaik serta paling berkesan kerana ia mengadunkan warisan tradisi negara yang terbaik bersama-sama aspirasi rakyat.

Oleh demikian, rakyat perlu terus mempertahankan sistem ini dan tidak ada sebab untuk kita bersikap ibarat tikus membaiki labu, katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan buku Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada oleh Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan (MAKPEN), Datuk Halim Ibrahim di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam tadi.

Penerbitan buku itu bersempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Mengenai buku Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada, Najib berkata, penerbitan berkenaan membolehkan rakyat mengenali lebih dekat lagi hati budi Sultan Pahang yang terkenal dengan sifat peramah dan mudah mesra kerana ia dikarang individu yang akrab dengan baginda.

Oleh kerana buku ini adalah karya seorang individu yang akrab dengan baginda, maka sudah tentu memuatkan pelbagai peristiwa bersifat peribadi dan candid yang selama ini tersembunyi daripada umum, katanya.

Katanya, buku itu juga penting sebagai rekod sejarah yang boleh digunakan sebagai teladan serta panduan bagi generasi hari ini dan akan datang.

Sesungguhnya bangsa yang tidak tahu dan tidak berminat dengan sejarah warisan bangsanya sendiri adalah bangsa yang lemah serta miskin semangatnya, katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.