Pages

Subscribe:

23 November, 2010

[ hang nadim] Wujudkah Parti Kenyataan Politik?....PKR....OH.... PKR.....Azizah....Anuar...Azmin....Zaid..???

Oleh - Rahman Shaari

Saifuddin Nasution ada mengatakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim telah menubuhkan parti baru sebelum memutuskan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Akhbar Berita Harian 17 November menyiarkan penafian Zaid, dan Setiausaha Agung PKR itu dikatakan berbohong. Dengan bahasa sarkastik yang agak menarik, Zaid menyebutkan bahawa dalam PKR ada orang yang dilatih berbohong.

Memang ada parti baru yang diura-urakan oleh pihak tertentu, baik pada masa ini, mahupun pada masa-masa lepas. Selain itu, Berita Harian tarikh yang sama melaporkan kenyataan Datuk Md Alias Kalil, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), bahawa ada 20 parti politik baru yang menunggu kelulusan. Jika dicampur dengan parti yang masih dalam perbincangan, jumlah parti baru yang akan muncul dalam arena politik Malaysia tentulah cukup besar.

Saya berpendapat, parti baru yang paling menarik, jika jadi ditubuhkan, ialah Parti Kenyataan Politik (PKP). Parti ini bermaksud menyatakan apa-apa yang terbukti. Perkataan ‘kenyataan’ yang menjadi teras parti tersebut membawa maksud yang amat sederhana. Pengasasnya berpendapat, perkataan yang bombastik, misalnya ‘perjuangan’, ‘kebenaran’, ‘keadilan’ dan lain-lain tidak wajar digunakan bagi menamakan parti politik. Tiada gunanya disebut ‘perjuangan’, jika nanti didapati parti itu tidak berjuang. Tidak wajar dimasukkan perkataan ‘keadilan’ jika akhirnya orang mendapat tiada apa-apa yang adil. Tiada gunanya disebut ‘kebenaran’ jika akhirnya orang mendapati ada banyak pembohongan dan tipu helah. Perkataan ‘kenyataan’ amat sesuai, kerana segala yang hendak disampaikan kepada rakyat hanya berkisar pada apa-apa yang nyata.

Mungkin Saifuddin bermaksud menyebutkan PKP dan mungkin juga yang lain. Namun, setahu saya parti tersebut tidak membabitkan Zaid, atau mana-mana ahli politik yang sedang aktif dan sedang mengembang. PKP ialah parti yang akan melayani para pembicara politik, atau sesiapa yang mengambil berat tentang hal ehwal masyarakat tanpa memikirkan kuasa. Parti ini dianggap parti politik kerana hadirnya perkataan ‘Politik’ itu sendiri. Usaha yang bukan-bukan, terutama membuat fitnah, untuk memperoleh kuasa tidak akan menjadi teras pergerakan parti ini.

Pihak pengasas parti ini sedang memikirkan pemilihan atau penentuan ketuanya, sama ada akan dipegang oleh seorang mantan naib canselor universiti, atau seorang pembicara politik yang aktif, atau mungkin juga seorang mantan pensyarah sebuah institut perguruan di Ipoh. Urusan yang seterusnya, jika jadi, akan diketahui pada akhir tahun ini, atau pada awal tahun hadapan.

Jika Zaid mempunyai kecenderungan untuk menyertai parti ini, pihak pengasas tentu akan menerimanya dengan hati terbuka. Bahkan, ada kemungkinan beliaulah yang akan terpilih menjadi ketua, kerana kejujurannya tidak dicurigai. Memang beliau ada menyebutkan bahawa beliau akan menyertai pilihan raya, agar beliau boleh berada di dalam parlimen. Namun, kenyataannya itu disebutkan semasa beliau belum memasuki PKP. Jika beliau berada di dalam PKP, beliau mungkin tidak akan memikirkan hasrat yang begitu, atas alasan yang dikemukakan di bawah ini.

Berlainan daripada kesemua parti yang ada di Malaysia, mahupun di dunia, PKP tidak berminat pada pilihan raya. Jadi, jika Zaid atau Nasution atau mana-mana ahli yang mungkin melompat dari UMNO, MCA atau DAP berminat, hendaklah memadam hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya. PKP hanya berminat berpidato menyatakan kenyataan yang ada di sekitar perkembangan politik tanah air. PKP berhasrat untuk memberikan maklumat tepat tentang segala hal yang berlaku di sekeliling kita, bukan untuk mengambil kesempatan daripada kekeliruan yang dibawa oleh ahli-ahli politik masak karbat.

Dengan tidak menyertai pilihan raya, PKP akan menjadi parti yang paling jujur, kerana tiada sesiapa yang mementingkan diri sendiri. Tiada siapa yang bermimpi akan menjadi wakil rakyat. Jadi tiada Yang Berhormat dalam PKP, jauh sekali sesiapa yang bermimpi hendak menjadi Perdana Menteri. Yang ada ialah sejumlah sarjana dan pemikir politik, yang masing-masingnya akan memberikan komentar yang jelas terhadap sesuatu yang tercetus dalam arena politik negara. Sesiapa yang menyatakan impiannya mahu menyertai pilihan raya akan disingkirkan dari parti. Ahli-ahli biasa parti ini akan datang ke tempat-tempat ceramah untuk mendengar kenyataan tulen, bukan fakta-fakta yang diselewengkan oleh pengejar kuasa.

Saya tidak fikir ada ahli politik semasa yang sedar akan kehadiran perbincangan tentang penubuhan parti ini. Perjumpaan untuk penubuhannya diadakan dalam bulan puasa lagi, dan kini pemikiran tentangnya sedang diperhalusi. Parti ini pasti merupakan parti yang kecil, lebih kecil daripada mana-mana parti sosialis yang ada di Malaysia. Dari segi kecekalan jiwa, ahli-ahli parti ini akan lebih cekal daripada ahli-ahli parti sosialis, kerana ahli-ahli parti sosialis akhirnya terfikir juga untuk menang dalam pilihan raya, atau menjadi senator. Sesiapa yang mengikut perkembangan politik Malaysia dengan tekun tentu tahu, tokoh sosialis Malaysia dapat menjadi senator setelah menyertai parti lain dan mengambil tempat Timbalan Presiden. Sekarang, masih terdapat beberapa tokoh sosialis yang masih terserap dalam parti lain, menunggu masa untuk mencapai sesuatu.

Mesyuarat awal untuk tujuan penubuhan PKP masih belum diikuti mesyuarat seterusnya. Oleh itu, dasar yang jelas belum ada, melainkan secara umumnya disebutkan bahawa parti ini akan menyatakan apa-apa yang patut dinyatakan kepada rakyat. Parti ini anti propaganda murah. Jika ada parti tertentu menyatakan sesuatu yang mustahil, misalnya penurunan harga minyak secara mendadak (jika berkuasa), maka PKP akan bangun menunjukkan kemustahilan itu. Jika slogan ‘rakyat didahulukan’ tidak dilaksanakan, iaitu slogan itu memuatkan putar belit, maka PKP akan memberikan teguran, atau membongkar putar belit itu.

PKP juga dalam mesyuarat awal penubuhannya menyatakan maksud untuk menyokong sesiapa yang baik dan berguna untuk rakyat. Sokongan ini tidak mengira ideologi, malah jika sesebuah parti menyatakan sesuatu yang baik, PKP akan menyokongnya khusus tentang perkara yang baik itu sahaja. Jika parti yang sama, pada masa lain menyatakan sesuatu yang mengelirukan rakyat, PKP akan bangun menyatakan penentangan terhadap pembohongan itu. PKP boleh menumpang pentas politik pihak lain, seperti mana Tun Mahathir menumpang pentas PAS berpuluh-puluh tahun dahulu.

Dari segi pemilihan tokoh untuk dinaikkan menjadi Perdana Menteri juga PKP akan berperanan. Sebagai contoh, jika Nurul Izzah Anwar (pada masa depan) memperlihatkan bakat besarnya, dan berupaya untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia, PKP akan menunjukkan bakat itu kepada rakyat. Di samping memaparkan kesilapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam beberapa hal (misalnya percakapan beliau untuk Sky News Australia), kebolehan Nurul Izzah akan diperjelaskan. Atau, jika Khairy Jamaluddin dapat menunjukkan bakat besar dalam kepimpinan Malaysia, PKP akan berusaha menonjolkan tokoh pemuda UMNO itu agar dapat diterima rakyat. PKP tidak akan membezakan Khairy Jamaluddin daripada Nurul Izzah Anwar hanya kerana mereka berbeza parti politik. Politik perlu merentas parti, dan ahli politik perlu dipermatangkan melalui dialog berterusan. PKP akan berusaha menjelaskan kepada rakyat bahawa antara Anwar dengan Mahathir tiada peristiwa saling menindas. Yang berlaku hanya peristiwa politik biasa. Mereka sama-sama mempunyai perhitungan politik yang seiring pada satu masa, dan perhitungan yang bertentangan pada masa yang lain. PKP perlu menjelaskan semua ini kerana di fikiran sejumlah rakyat Anwar dan Mahathir adalah bermusuh. Jika Anwar musuh Mahathir, tidak mungkin beliau mencapai kedudukan Timbalan Perdana Menteri. Jika Mahathir musuh Anwar, tidak mungkin Anwar membantunya dalam krisis perlembagaan yang rumit dan memerlukan kecekalan.

Tidaklah kita tahu maksud Saifuddin ketika beliau menyebutkan Zaid telah bersedia dengan parti baru. Telah saya nyatakan bahawa PKP baru di tahap yang amat awal. Pada tahap ini Zaid masih belum muncul, jadi dalam konteks PKP, tidaklah benar jika dikatakan Zaid terbabit.

Lagi pendedahan masalah pemilihan PKR oleh calon
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tembelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdedah dengan penyebaran surat bertajuk Laporan rasmi masalah pemilihan PKR oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin melalui laman blog propembangkang bermula petang semalam.

Dalam laporan lima muka surat yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Badrul Hisham menyenaraikan 10 kepincangan yang didakwa telah mengganggu ketelusan pemilihan parti.

Antara perkara serius yang dibangkitkan adalah dakwaan berlakunya campur tangan langsung Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan calon yang perlu dipilih.

Dakwa Badrul Hisham, Ketua AMK Kota Marudu, Dr. Jurin Gunsalam membuat laporan kepadanya bahawa Ketua Cabang itu telah diarah Anwar supaya memberi sokongan kepada calon tertentu.

"Jurin melaporkan Ketua Cabang Kota Marudu telah dihubungi oleh Anwar sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkannya menolak calon tertentu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) daripada ahli jawatankuasa (AJK) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlangsung," katanya dalam surat bertarikh 18 November lalu.

Petang semalam, portal berita propembangkang, Malaysiakini menyiarkan kenyataan Badrul Hisham yang mengesahkan surat berkenaan ditulis olehnya.

Dalam surat tersebut, Badrul Hisham mendakwa wujudnya kegiatan menukar pencalonan yang dibuat oleh cabang dengan memberikan contoh Cabang Tampin yang mencalonkan beliau sebagai Ketua AMK dan Chang Lih Kang sebagai timbalan.

Bagaimanapun katanya, pangkalan data parti menunjukkan nama yang dicalonkan cabang itu ialah regu Shamsul Iskandar Md. Akin dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

"Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi. Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil.

"Orang yang dikenal bersalah, bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan," dakwanya.

Selain itu, Badrul Hisham turut mendakwa berlaku kejadian kehadiran pengundi jauh lebih kecil daripada bilangan kertas undi seperti di Cabang Kubang Pasu yang melaporkan kehadiran sekitar 70 orang namun kertas undi yang telah dipangkah pula hampir 200.

Dakwanya, perkara itu diperakui oleh JPP yang memanggil wakil calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim untuk berbincang bagi mencari penyelesaian dengan kaedah membahagikan sama rata jumlah undi.

Justeru, Badrul Hisham mendesak penyiasatan terbuka diadakan segera bagi menangani kepincangan yang berlaku.

Tegasnya, beliau juga akan sentiasa berpegang teguh pada disiplin parti dengan menggunakan seluruh saluran dalaman tetapi nampaknya 'semakin di asak ke dinding'.

"Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan," katanya mengakhiri surat rasmi tersebut

Mustaffa Kamil terus desak PKR teliti rungutan

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub terus mendesak pimpinan parti itu memberi perhatian terhadap semua protes dan rungutan berhubung pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) walaupun ia sudah berakhir kelmarin.

Tegasnya, langkah itu amat penting kerana protes berkenaan lahir daripada kesedaran serta pengamatan oleh pimpinan dan ahli parti di peringkat akar umbi.

“Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) perlu terus melihat kedudukan bantahan dan protes yang ada, itu perlu diambil kira.

“Sama ada keputusan pemilihan itu sah atau tidak, kita serah kepada proses parti melalui JPP atau MPP dan juga kongres yang akan bersidang pada hujung minggu ini untuk buat ketetapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa dikatakan tewas dengan majoriti besar apabila sekadar mendapat 4,567 undi, jauh di belakang seorang lagi calon Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengumpul 19,212 undi.

Sebelum ini, Mustaffa Kamil yang juga Pengerusi PKR Perak menerima tamparan apabila tewas pemilihan Ketua Cabang Pasir Salak kepada pesaingnya Osman Abdul Rahman dengan majoriti 17 undi.

Pada 9 November lalu, Mustaffa memberi kata dua kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan JPP menghentikan pemilihan dalam tempoh 48 jam kerana wujud unsur salah laku atau berdepan tindakan yang lebih drastik daripada pihaknya.

Anwar seeks to recuse judge
By LISA GOH
lisagoh@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim will file an application today to recuse High Court judge Mohd Zabidin Mohd Diah from his ongoing sodomy trial.

The Opposition leader also wants the court to cite a Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctor for contempt of court.

In an application, Anwar’s counsel Karpal Singh said he wanted prosecution witness HKL forensic pathologist Dr Siew Sheue Feng to be cited for contempt as he referred to his proforma form (a form which has complete information on patient and incident) when the court took a short stand-down.

He also wanted access to the proforma and for Dr Siew to be investigated under the Penal Code for “interference of justice”.

“The question is whether this witness remained under examination during the stand-down. We say he was.

“If so, the witness cannot refresh his memory as a right. It has to be granted by the court,” Karpal submitted, adding the witness remained under examination even if the case was adjourned for the day.

During cross-examination, Dr Siew had insisted that he did not want to refresh his memory by referring to the proforma and that he could answer the questions based on his memory.

(Defence would have access to the documents that a witness chooses to refer to for the purpose of refreshing his memory during examination in court.)

However, when grilled by Karpal, he could not answer a few of the questions posed to him, and admitted to reading up the proforma during the short break.

Karpal said that was tantamount to an act of contempt.

In his rebuttal, Solicitor-General II Datuk Mohd Yusoff Zainal Abiden said that under the law, “during examination” referred only to the period while he was testifying in court.

Karpal also told the court that Justice Mohd Zabidin should be disqualified for dismissing Anwar’s application for access to the HKL doctors’ medical notes.

He claimed that in dismissing the application on Monday, and in re­­jecting Anwar’s appeal for him to reconsider his decision, Justice Mohd Zabidin had misinterpreted a 1993 Supreme Court ruling, which had set precedence.

This is the second time Anwar has filed an application to recuse the trial judge.

The first was filed in March, with Anwar accusing the judge of bias as he did not initiate contempt action against Malay daily Utusan Malaysia for “being mischievous and a disruption to a fair trial”, but the application was dismissed.

Tensions also ran high in court yesterday with a shouting match between the prosecution and the defence, which happened while Karpal was cross-examining Dr Siew.

While Karpal was grilling him, Mohd Yusoff stood up and objected, telling Karpal he was “not being fair to the witness”.

Karpal retorted: “He’s being unfair to himself by choosing not to refresh his memory! They’ve all been programmed. They’re all robots!”

Justice Mohd Zabidin then adjourned the court, but the shouting match continued with Anwar losing his cool as well.

“You’re all trying to fix me up! You’re all suppressing evidence!” he shouted at the prosecution.

Anwar, 63, is charged with performing carnal intercourse against the order of nature on Mohd Saiful Bukhari Azlan at a condominium unit in Kuala Lumpur on June 26, 2008.

Hearing continues today.

Zambry menang saman

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam memperoleh penghakiman terhadap akhbar Suara Keadilan dalam kes saman RM100 juta difailkannya berhubung penyiaran artikel fitnah oleh lidah Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamad Din membenarkan permohonan Zambry mendapatkan penghakiman pada bahagian-bahagian tertentu dalam pernyataan pembelaan defendan selepas mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak di dalam kamarnya.

Peguam Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin memberitahu pemberita, mahkamah akan menilai ganti rugi berkenaan kemudian.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 29 November ini bagi pengurusan kes kedua-dua pihak untuk berhujah di hadapan hakim tentang maksud di sebalik perkataan-perkataan fitnah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan Zambry.

Menteri Besar Perak memohon bagi memasukkan penghakiman mengikut Aturan 27 (Peraturan 3) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berikutan pengakuan defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan mereka.

Firoz Hussein berkata, defendan dalam pembelaan mereka mengakui bahawa perkataan-perkataan 'Zambry gagal memasuki Amerika Syarikat kerana disyaki pengganas' pada edisi 29 Disember 2009 - 5 Januari 2010, adalah palsu dan tidak berasas.

Pada 25 Februari lalu, Dr Zambry memfailkan saman fitnah dengan menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor :Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel itu mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Zambry menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk 'Mohon Maaf Dr Zambry' dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac - 6 April lalu. - Bernama

'A large group did not vote for Azmin'
2010/11/24
By Shuhada Elis
shuhada@nst.com.my

Read more: 'A large group did not vote for Azmin' http://www.nst.com.my/nst/articles/10secb/Article#ixzz16AbDIBSK


KUALA LUMPUR: A new element has surfaced vis-a-vis the controversy surrounding the rise of Mohamed Azmin Ali to the powerful post of deputy president of Parti Keadilan Rakyat.

The outspoken Badrul Hisham Shaharin, better known as Chegubard, revealed yesterday that a "large group" of party members did not vote for Azmin because they were worried that he would exercise control over PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin, expected to be named winner at the party's national congress on Sunday, polled 19,000 votes in an election that attracted a fraction of the 400,000 members -- some five per cent of total membership.

This was after prominent contender Datuk Zaid Ibrahim withdrew from the contest and left the party, citing irregularities and expressing shock at Anwar's faith in Azmin.

"His (Azmin's) victory is imminent but it will not be an absolute win," Badrul Hisham told the New Straits Times yesterday.

Asked to expand on the issue, Kulim-Bandar Baru member of parliament Zulkilfli Noordin said the party's inner circle and those involved in the decision-making process accepted that anything coming from Azmin could be questioned.


Badrul Hisham also expressed disappointment at Azmin's first major remarks as deputy president-designate.

Azmin said on Monday that he would clean the party of traitors, after the party's national congress this Sunday, in time for the next general election.

He also spoke of principles of loyalty to ensure that there would not be "any treachery within PKR" besides slamming Zaid for his "failure".


Zaid had announced that he would quit PKR effective Dec 16, but the party's political bureau decided to accept his resignation with immediate effect.

Badrul Hisham said Azmin should have portrayed himself as a statesman instead of appearing arrogant.

A candidate for the Angkatan Muda Keadilan's chief post, Badrul Hisham said party members would be unnerved by such remarks

Since party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is deemed to be a reluctant politician, the No. 2 post has always been a coveted position in PKR.

Badrul Hisham said it would be better if Azmin had spoken on ways to strengthen the party ahead of the next general election and how his "opponents" should become his friends.

"Even if he is not happy with the goings-on in the party, he should say it in the right way or hold a discussion with relevant authorities."

On the party's direct elections, Badrul Hisham said he would lodge a fourth complaint with the party's central election committee urging it to act against the irregularities.

His previous complaints, he said, were not attended to although Dr Wan Azizah had promised to look into the matter.

Asked whether he expected to lose in the contest against incumbent Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin, Badrul Hisham said: "I have no problem with defeat but those who cheat should be judged and punished."

Read more: 'A large group did not vote for Azmin' http://www.nst.com.my/nst/articles/10secb/Article#ixzz16AauUMSn

Nukilan Hati....
Anuar....Azizah.....Azmin....Kembalilah kepangkal Jalan....jangan menjadi pengamal Fitnah dan pemimpin fitnah mengapa menghina keturunan dan bangsa sendiri kemabalilah kepada kebenaran.....Usah Hina Negara di luar Negara....semua orang tahu hasrat anda untuk jadi Perdana Menteri itu...dulu masa dalam kerajaan tak menjaga peribadi...walaupun pada pandangan anda sebagai seorang Alim berwibawa...pejuang bangsa kembalilah demi perpaduan bangsa dan keamanan negara...Sabaq Fikiaq dan Insaf Peggang Kata-kata Anda....dan wadah perjuangan Anda..semasa dalam Abim....dulu..?????? Allah Melihat Apa Yang Anda Buat....

Untuk Azizah PKR menjatuh Imeg anda..kembalilah kepangkal jalan
Ingat Perjuangan anda Dulu masa belum kahwin anuar selalu dendangkan lagu ini
mana perjuangan masa bercinta...kerana perjuangan anuar membela bangsa..Agama kini
Lepas kawin masih ok....Lepas terlibat kes.....bagaimana....????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.