Pages

Subscribe:

23 November, 2010

[ hang nadim] Walid Tawan SPU....Kelisa Tawan Kerian

Kemukakan bukti ternakan kelisa jejaskan sawah padi

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my

IPOH - Kerajaan negeri Perak mahu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengemukakan bukti secara saintifik bahawa kewujudan kawasan ternakan ikan hiasan di kawasan sawah padi Kerian telah menjejaskan tanaman padi di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pertanian negeri, Datuk Ramly Zahari (gambar) berkata, CAP sewajarnya membuat penyelidikan secara teknikal berhubung kesan projek berkenaan kepada sawah padi sebelum mengemukakan bantahan terhadap kerajaan negeri.

"Kita bukan senang-senang hendak hentikan (projek ternakan), nanti ada pihak marah. Jika mahu (hentikan), kita kena terangkan dan maklumkan dari segi teknikal. Saya harap CAP dapat mengemukakannya," tegas beliau ketika ditemui di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai desakan CAP supaya kerajaan negeri Perak serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghentikan projek ternakan ikan kelisa di kawasan sawah padi Kerian berhampiran Bukit Merah.

Bagaimanapun, Ramly berkata, kerajaan negeri akan terus memantau isu tersebut dan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya jika ia benar-benar memberi kesan negatif kepada pesawah.

Nukilan hati hang nadim

Seruan kepada penduduk sekitar Perak Utara (Krian) dan Kawasan Seberang Perai Utara Pulau Pinang ,Kota Kuala Muda Kedah..agar jangan menjual tanah masing-masing untuk Projek Burung Walid dan Ikan Kelisa....kalau nak buat buat sendiri kerajaan akan bantu nasihat atau sewa saja jangan jual tanah tanah umpama joran untu memancing kalau tidak ada joran bagai mana nak memancing....??? kalau kita ambil ikan hanya sekalii makan kalau habis dimakan hanya tinggal tulang....jangan jadi malang paak kaduk ayamm menang kampung tergadai....
Kes Awang....Jual Tanah RM 130,000/= 1/2 EKAR)....tetapi tidak ada wang....di tipu oleh broker9 BANGSA SENDIRI)....membuka Akaun bagi kad rosak dan broker (Melayu) AMBIL KAD AWANG DAN AMBIL SEMUA WANG...LARI DAN TINGGAL AWANG DALAM KEBINGGUNGAN DAN TERUS MISKIN.....MITA SEMUA YANG LAIN HATI-HATI...KEMANA AKAN LARI....Marilah kita berdoa semoga Allah mengisafkan Penipu dan di tangkap Polis...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.