Pages

Subscribe:

10 Disember, 2010

[ hang nadim] Kedah berhak tuntut semula Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 10 Dis.- Perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British yang dilakukan pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, oleh kerana itu, tidak mustahil sekiranya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia membuat tuntutan pada masa sekarang kerana ia berhak berbuat demikian.

"Tidak ada peruntukan dalam perjanjian itu yang menyebut ia tidak boleh dimansuhkan. Jadi itu adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam isu ini jika Kedah mahu menuntut semula Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof sebelum ini yang mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

Ahmad Murad berkata, cadangan persatuan sejarah itu tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia jelas merupakan peruntukan yang ada di dalamnya.

Beliau berkata, Pulau Pinang boleh dijadikan sebagai satu daerah atau diubah kepada wilayah khas di Kedah sekiranya ia dikembalikan kepada negeri jelapang padi itu.

Katanya, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku bermula pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu.

"Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu di negeri itu sebelum tarikh itu telah terpadam. Sekiranya Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu," katanya.

Beliau berkata, kajian dan penulisan berhubung sejarah awal Pulau Pinang juga terlalu kurang pada masa kini menyebabkan pengetahuan mengenai kewujudan dan fakta sebenar tidak diketahui ramai.

Mengenai implikasi sekiranya Kedah berjaya mendapatkan semula Pulau Pinang, Ahmad Murad berkata, keadaan di negeri itu terutama orang Melayu berkemungkinan akan menjadi lebih baik dari segi ekonomi dan politik.

SPRM tahan 719 orang awam

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Seramai 719 orang awam telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah rasuah sejak Januari sehingga Oktober ini yang menunjukkan peningkatan secara mendadak hampir sekali ganda sejak 2006.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Shukri Abdull (gambar) berkata, trend tersebut menunjukkan tahap kesedaran orang ramai dan keberkesanan kempen SPRM dalam memerangi rasuah.

Menurutnya, trend tangkapan pada lima tahun sebelum ini adalah secara purata 500 orang namun bilangan itu meningkat secara mendadak tahun ini.

Katanya, mengikut statistik yang dikeluarkan, seramai 546 orang awam ditahan pada 2006; 2007 (581 orang); 2008 (605 orang) dan 2009 (500 orang).

“Tangkapan orang awam ini mencecah purata 500 orang sejak lima tahun lalu, tetapi tahun ini yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tangkapan melebihi 700 orang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seramai 490 orang terdiri daripada kakitangan sektor swasta manakala manakala 229 orang lagi kakitangan sektor awam.

“Berbanding dua tahun lalu, kadar peningkatan tangkapan kakitangan awam dilihat lebih kecil iaitu hanya 39 orang (2009-190 orang, 2010-229 orang).

“Kadar tangkapan kakitangan sektor swasta bagaimanapun meningkat ketara iaitu sebanyak 180 orang (2009-310 orang, 2010-490 orang).

“Ini menunjukkan trend perubahan sikap kakitangan awam untuk menolak rasuah dan bertindak cepat membuat laporan sekiranya mendapati ada pihak cuba menyogok suapan sehingga tertangkapnya si pemberi rasuah itu,” katanya.

Menurut Mohd. Shukri, daripada jumlah statistik penahanan itu, seramai 346 orang adalah pemberi rasuah membabitkan nilai suapan melebihi RM2 juta manakala bakinya, 373 merupakan penerima.

“Mereka yang ditahan ini merupakan orang awam yang cuba menyogok pegawai agensi penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Kes yang paling banyak dilaporkan ialah memberi rasuah kepada pasukan polis iaitu sebanyak 195 kes berbanding agensi-agensi penguat kuasa lain.

“Kesemua pemberi rasuah yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 17 (b) kerana memberi suapan dan sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau denda RM10,000 yang mana-mana lebih tinggi,” jelasnya.

Tambah beliau, warga asing yang paling ramai ditahan kerana memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa ialah warga Indonesia iaitu 29 orang daripada jumlah tangkapan keseluruhan 115 warga asing.

Mohd. Shukri berkata, walaupun berlaku peningkatan tangkapan, namun lebih penting adalah kesedaran melaporkan jenayah rasuah serta bersama-sama memeranginya

PDRM has own mechanism on corruption

KUALA LUMPUR: The police (PDRM) has its own mechanism to check corruption among personnel, said Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Ismail Omar.
"We are always monitoring our personnel to check corrupt practices," he said when commenting on the Global Corruption Barometre (GCB) 2010 which perceived PDRM as most corrupt followed by political parties and parliament.

Ismail said all quarters should provide PDRM with information adding personnel should inculcate integrity to make fighting corruption more effective.

However, the IGP did not reveal the number of personnel involved with corruption and those disciplined.

GCB conducted by Transparency International involved face-to-face survey of 1,000 respondents in urban and rural areas.

Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigation director Mustafar Ali said it received lots of information on the misconduct of police and customs personnel.

He said large institutions or departments charged with providing services enforcing the law were easily exposed to corruption and public dissatisfaction.

GCB also showed that public confidence was low as no ''big fish'' or high ranking officers were arrested.

Mustafar said arresting ''big fish'' in high profile cases was difficult and took a lot of time to complete investigation.

"Investigating high profile cases is a tedious affair that involves the transfer of money overseas where our power is restricted.

"Cases involving ''small fish'' or support staff is not difficult to investigate as they usually involve fake documents," he added. - BERNAMA

Read more: PDRM has own mechanism on corruption http://www.nst.com.my/nst/articles/PDRMhasownmechanismoncorruption/Article/#ixzz17kfqEAaG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.