Pages

Subscribe:

10 Disember, 2010

[ hang nadim] Jangan lupa.....Azizah...Anuar.....Azmin ....Anda Anak Malaysia Bangsa Melayu

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my














Shamsidar Taharin

Nallakaruppan cabar Shamsidar

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.

"Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar.

"Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak semalam yang mendakwa parti itu tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana ia adalah hak mutlak Anwar.

Menurut Saidatul Badru, bukti kepada dakwaannya itu adalah pemilihan yang berlangsung baru-baru ini didominasi oleh calon pilihan Anwar termasuk Azmin, Tian Chua dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi 'lelaki sejati' dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum.

"Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi," katanya.

Sementara itu, beliau turut menempelak sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beria-ia mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan ekoran mengaitkan Israel dengan gagasan 1Malaysia kelmarin.

"Kenyataan dikeluarkannya itu secara jelas hanya untuk mengaburi kes moral yang sedang dihadapi. Beliau cuba menutup segalanya dengan melakukan apa saja seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

"Itulah yang dilakukannya pada 1998 dahulu hingga ramai orang terpedaya. Anwar melakukan bermacam-macam perkara demi menutup kesilapannya ketika itu, takkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak tahu," katanya.

PKR kemaruk sokongan bukan Melayu

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu hanya bertujuan mendapatkan sokongan politik bukan Melayu.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, A. Chandrakumanan berkata, tindakan terbaru PKR itu menunjukkan parti itu semakin tenat dan bimbang sokongan politik terhadap mereka semakin luntur.

"Adakah Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu bahawa perkara yang melibatkan keistimewaan bumiputera dilindungi Perlembagaan Persekutuan?

"Ini hanya menunjukkan bahawa mereka adalah pemimpin yang pentingkan diri sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perjuangan sebenar PKR adalah jelas iaitu merealisasikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Wan Azizah hanyalah orang suruhan dalam parti itu kerana Anwar yang mengawal segala-galanya. Malah pemilihan cabang parti itu baru-baru ini juga menonjolkan lagi kepincangan PKR kerana soal ketelusan yang sering mereka laungkan telah berkubur.

"Amat menyedihkan bagi sebuah parti yang ghairah melaungkan prinsip perjuangan berasaskan keadilan tetapi tidak dapat berlaku adil kepada ahlinya sendiri," katanya.

Menurutnya, gelaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pembangkang sebagai pakatan nepotisme atau 'Anak Beranak Sendirian Berhad' adalah tepat.

"Anwar sebagai Penasihat, Wan Azizah pula memegang jawatan Presiden manakala anak mereka, Nurul Izzah sebagai salah seorang Naib Presiden sudah cukup membuktikan segala-galanya.

"Begitu juga halnya dengan DAP yang menyaksikan penguasaan Lim Kit Siang bersama anak dan menantunya dalam parti itu, seolah-olah menunjukkan mereka ketandusan pemimpin berkaliber untuk memimpin parti," katanya.

PKR sudah jadi parti 3F

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Jika sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilabelkan sebagai parti bateri 3A kerana hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sahaja yang berkuasa, tetapi hari ini, parti itu diberi gelaran baru iaitu parti 3F.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, parti tersebut kini bukan sahaja sebuah parti anak-beranak (family) tetapi merupakan sebuah organisasi politik yang mengamalkan penipuan (fraud) serta pemalsuan (forgery).

Menurutnya, sindrom 3F jauh lebih parah berbanding 3A kerana terbukti, Anwar mengamalkan pemerintah kuku besi dalam parti itu selain pelbagai bentuk penipuan dan pemalsuan yang 'dilondehkan' sendiri oleh ahli parti sehingga menyaksikan mereka meninggalkan PKR secara beramai-ramai.

"Tiada sebuah parti pun dalam negara ini yang mengamalkan nepotisme kronik seperti PKR sehingga parti ini digelar parti anak-beranak (family), tidak cukup dengan Anwar selaku Ketua Umum dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, anaknya pula dipastikan menang jawatan Naib Presiden.

"Pemilihan PKR juga diselubungi dengan segala macam penipuan (fraud) yang meloyakan, semata-mata untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden. Penipuan ini berlaku di mana-mana terutamanya di Tawau dan Sandakan sehingga Datuk Zaid Ibrahim sendiri meninggalkan parti.

"Tidak cukup dengan itu, PKR juga sanggup memalsukan (forgery) tandatangan bekas setiausaha agungnya sendiri, Datuk Salehuddin Hashim bagi menghalalkan pemecatan bekas Timbalan Setiausaha Agung, S. Jenapala kerana bimbang beliau akan mencabar Azmin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, adalah malang jika rakyat mahu meletakkan harapan kepada sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan undang-undang demi memastikan matlamat serta cita-cita politik mereka tercapai.

Jelasnya, jika dalam parti sendiri pun Anwar, ahli keluarga serta anak emas beliau, Azmin, sanggup menipu dalam pemilihan serta memalsukan tandatangan, negara ini akan hancur jika PKR menerajui pentadbiran Kerajaan Pusat pada masa hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Puad berkata, tindakan pembangkang yang diketuai PKR mengadakan demonstrasi kononnya bagi membantah tarif air serta mempersoalkan hukuman terhadap Anwar ekoran pembohongan dalam isu APCO adalah usaha terdesak parti itu untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.

Kata Mohd. Puad, hal yang sama juga dilakukan terhadap kes pendakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dengan menuduh kononnya pendakwaan itu hanya sekadar gimik kerajaan.

"Mereka cuba nak tunjuk kepada rakyat bahawa PKR masih lagi parti yang mendapat sokongan tetapi hakikatnya tidak. Ini terbukti melalui kajian ilmiah yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) yang didedahkan baru-baru ini bahawa sokongan terhadap Anwar dan PKR jatuh merudum.

"Semuanya kerana segala tembelang Anwar sudah terdedah. Rakyat sudah sedar bahawa pemimpin seperti ini tidak boleh dipercayai, maka sebab itu mereka mengadakan demonstrasi dan mempersoalkan hukuman ke atas Anwar sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen belum membuat keputusan," katanya

Wan Azizah didesak mohon maaf

SHAH ALAM – Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan dikecam kira-kira 300 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli, yang mewakili NGO berkenaan berkata, mereka akan bergabung dan mengadakan demonstrasi, mendesak Dr Wan Azizah memohon maaf.

“Kenyataan yang dikeluarkan beliau sungguh mengguris hati rakyat, terutama kaum Melayu.

“Kenyataan seperti itu menggambarkan betapa ceteknya pandangan pemimpin PKR itu. Beliau nampaknya tidak mengambil kira perjuangan pemimpin dahulu yang bergadai nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Wan Azizah perlu memohon maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu dan rakyat memandangkan kenyataannya mengenai konsep Ketuanan Melayu membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Raja-raja.

“Kami akan bermesyuarat bagi mengadakan demonstrasi mendesak beliau menarik balik kenyataan biadab itu dalam masa terdekat.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana akan merosakkan kaum Melayu dan agama Islam,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.