Pages

Subscribe:

15 Disember, 2010

[hang nadim] Putera Al-Waleed
















Putera Al-Waleed minat tambah pelaburan di Malaysia

MUSTAPA Mohamed disambut oleh Putera Al-Waleed Talal di Riyadh Arab Saudi,kelmarin - UTUSAN/AZHAR MOGO

RIYADH 15 Dis. - Kerabat Diraja Arab Saudi, Putera Al-Waleed Talal yang berada di tangga ke-19 orang terkaya dunia berdasarkan senarai yang dikeluarkan Forbes pada Mac lalu menunjukkan minat yang tinggi untuk menambah pelaburannya di Malaysia.

Putera Al-Waleed yang merupakan orang Arab terkaya di dunia bagaimanapun menegaskan, beliau hanya mahu menumpukan perhatiannya dalam pelaburan berskala besar bagi mengelakkan persaingan dengan syarikat tempatan.

Minat itu, jelas beliau, adalah berikutan kejayaan Malaysia yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan oleh negara-negara Islam lain.

"Apabila disebut negara Islam paling berjaya di Asia Barat, kita akan terbayangkan Arab Saudi dan apabila disebut dari konteks Asia pula, Malaysia adalah negara yang paling sinonim.

"Dua negara ini merupakan peneraju dan penanda aras kepada kemajuan negara Islam di seluruh dunia," katanya.

Putera Al-Waleed yang diberi jolokan sebagai 'Warren Buffet Arab' oleh majalah Time berkata demikian sewaktu menerima kunjungan delegasi misi penggalakan pelaburan dan perdagangan Malaysia yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kingdom Holding Company (KHC) di sini, semalam.

Turut serta dalam pertemuan berkenaan ialah Duta Besar Malaysia ke sini, Datuk Syed Omar Syed Mohamad al-Saggaf; Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Zulkafli Abdul Karim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin dan Pengarah Kanan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Azman Mahmud.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira 40 minit dalam suasana mesra dan Putera Al-Waleed turut melahirkan kegembiraan dengan prestasi pelaburannya di Malaysia antaranya Hotel Four Seasons di pulau peranginan Langkawi selain turut mengimbau kenangan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuan berkenaan, Mustapa memberikan penerangan mengenai peluang pelaburan dalam sektor hartanah serta minyak dan gas di Malaysia selain menyerahkan buku Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) kepada Putera Al-Waleed.

Tertarik dengan penjelasan dalam sektor hartanah, Putera Al-Waleed mengarahkan seorang pegawainya untuk terus mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Property Incorporated (MPI), Vasantha Kumar Tharmalingam sejurus pertemuan berakhir.

Mengulas mengenai minat Putera Al-Waleed itu, Mustapa berkata, ia adalah petunjuk bahawa pelabur besar masih mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia sekali gus menolak andaian negatif mengenai sektor pelaburan negara.

"Saya juga mengalu-alukan pendirian beliau yang tidak mahu pelaburannya di negara kita akan menjejaskan syarikat-syarikat tempatan, ia adalah satu petunjuk yang amat baik.

"Lebih penting ialah beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menawarkan pelbagai peluang baru di bawah ETP," katanya

Sejarah Kuwait

Kuwait ditubuhkan pada abad ke-16 ketika beberapa suku bedouin dari puak "Al Aniza" berhijrah ke pesisir utara Teluk Arab dari Najd, tanah air mereka di negeri Arab Tengah yang dilanda kebuluran. Mereka menetap di tempat yang kini dikenali sebagai Qatar selama melebihi 60 tahun sebelum berhijrah sekali lagi menyeberangi laut untuk menetap di Kepulauan De Chader, dan membina sebuah "kut" (kubu yang kecil) di sana.

Pemerintah-pemerintah negara ini yang terkini dari keturunan Sabah I. Sabah I telah dipilih oleh komunitinya yang terdiri terutamanya daripada saudagar-saudagar, dan ditugaskan untuk mentadbirkan hal ehwal negara, termasuk hal ehwal luar negeri dan pencukaian. Cara ini berbeza dengan kebanyakan amiriah yang lain di Teluk Parsi yang dikuasai oleh para pemerintah yang merampas kuasa.

Abad ke-17 melihat Semenanjung Arab mengalami masa-masa yang huru-hara. Kawasan yang kini merupakan Kuwait ketika itu dihuni oleh puak-puak dan dipergunakan untuk perdagangan rempah dari India. Menjelang abad ke-18, kebanyakan orang tempatan mencari rezeki melalui penjualan mutiara. Akan tetapi ketika perladangan mutiara dikembangkan di Jepun semasa dekad 1930-an, Kuwait jatuh miskin.

Pada tahun 1899, pengaruh British yang semakin bertambah menyebabkan Kuwait menjadi salah satu negeri naungan British. Minyak mengubah Kuwait menjadi salah satu negara yang terkaya di Semenanjung Arab. Pada tahun 1953, Kuwait menjadi pengeksport minyak yang terbesar di Teluk Parsi. Pertumbuhan yang pesat ini menarik banyak buruh pendatang yang jarang diberikan kewarganegaraan. Setelah mengumpulkan banyak kekayaan, Kuwait menjadi negara pertama di Teluk Arab untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada 19 Jun 1961. Iraq mencabar pengisytiharan ini, dan menuntut bahawa Kuwait merupakan sebahagian wilayahnya. Iraq mengugut untuk menyerang Kuwait tetapi dihalang oleh pihak British yang menurunkan tenteranya.

Satu tempoh yang penting dalam perkembangan politik, sosial, dan ekonomi Kuwait ialah kejatuhan pasaran saham Souk Al-Manakh pada tahun 1982. Kejatuhan yang utama ini mempunyai akibat-akibat yang meluas dan kekal dalam ingatan awam selama berdekad-dekad kemudian.

Setelah bersekutu dengan Iraq dalam Perang Iran-Iraq sehingga pengakhirannya pada tahun 1988 (Kuwait membayar Iraq untuk melindunginya daripada apa yang dianggap sebagai ancaman yang ditimbulkan oleh Iran), Kuwait diserang dan diilhakkan oleh Iraq (di bawah Saddam Hussein) pada 2 Ogos 1990. Alasan utama Hussein termasuk tuduhan bahawa wilayah Kuwait sebenarnya merupakan sebuah provinsi Iraq, dan pengilhakan itu merupakan tindakan balas terhadap "perang ekonomi" Kuwait yang dikatakan dimulakannya melalui penggerudian condong untuk memperoleh bekalan minyak wilayah-wilayah Iraq. Hussein menggulingkan pemerintahan beraja selepas pengilhakannya dan melantik seorang gabenor Kuwait yang baru.

Diberikan kuasa oleh Majlis Keselamatan PBB, sebuah angkatan tentera campuran yang terdiri daripada 34 buah negara, diketuai oleh Amerika Syarikat, bertempur dalam Perang Teluk Arab untuk membebaskan Kuwait. Selepas enam minggu pertempuran yang ganas pada awal 1991, angkatan tentera Iraq terpaksa berundur dari Kuwait pada 26 Februari 1991. Semasa pengunduran, Angkatan Tentera Iraq mengenakan dasar pembakaran tanah melalui membakar medan-medan minyak Kuwait. Kebakaran itu mengambil melebihi sembilan bulan untuk mematikannya, dengan kos pembaikan infrastruktur minyak melebihi ASD$5 bilion. Sesetengah bangunan dan kemudahan infrakstruktur (termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait) juga mengalami kerosakan yang teruk semasa peperangan.

Kuwait kini di bawah pemerintahan Amir Sabah Al-Ahmad Al-Jabir Al-Sabah (sejak 29 Januari 2006) sebagai sebuah negara merdeka dan mempunyai kepentingan yang strategik untuk Amerika Syarikat.























Terjemahan Inggeris :

My homeland, my homeland, my homeland.
You have my love and my heart.
My homeland, my homeland, my homeland,
You have my love and my heart.

Egypt! O mother of all lands,
My hope and my ambition,
And on all people
Your Nile has countless graces

Egypt! Most precious jewel,
A pearl on the brow of eternity!
O my homeland, be for ever free,
Safe from every foe!

Egypt! Noble are thy children,
Loyal, and guardians of the reins.
We are be war and peace
And we will sacrifice ourselves for you my homeland.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.