Pages

Subscribe:

17 Januari, 2011



Anwar tidak akan beri bukti: Nazri
2010/12/27
SAUK: Barisan Nasional (BN) yakin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengemukakan buktinya mengenai dakwaan terhadap pembabitan APCO Worldwide (APCO) dalam Kempen 1Malaysia yang dikatakan berasal dari 1Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata ini disebabkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sememangnya tidak mempunyai bukti untuk menyokong kenyataannya di Parlimen.

yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, rakyat tahu bahawa Anwar sudah menipu berkali-kali dalam Parlimen. “Saya dengar Saifuddin (Nasution, Setiausaha Agung PKR) kata kalau kita boleh bayar RM77 juta untuk APCO, kita (kerajaan BN) boleh beli surat itu.

“Itu cara PKR. Mereka bayar P Balasubramaniam untuk mengeluarkan akuan bersumpah palsu.

“PKR sanggup tipu dan bayar orang untuk menipu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Rumah Terbuka Krismas Peringkat Parlimen Padang Rengas di Kampung Baru Sauk, di sini, kelmarin.

Minggu lalu, APCO mengeluarkan kenyataan bahawa afidavit oleh syarikat perunding mengesahkan APCO tidak terbabit dengan kempen 1Malaysia.
Nazri berkata, Anwar sehingga kelmarin masih tidak mengemukakan sebarang bukti mengenai perkara itu sejak beliau mendedahkan afidavit syarikat perunding berkenaan, Selasa lalu.

Beliau berkata, Anwar juga tidak akan menggunakan peluang mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk mempertahan dirinya dengan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataan mengenai 1Malaysia.

Anwar’s sodomy trial to continue from Feb 14 to March 25

KUALA LUMPUR: The sodomy trial of Datuk Seri Anwar Ibrahim will continue at the High Court here from Feb 14 to March 25.

High Court Judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah set the date after meeting Anwar's counsels and public prosecutors in chambers when the case came up for mention Monday.

The trial at this stage has seen the defence team cross-examine third prosecution witness, Hospital Kuala Lumpur (HKL) forensic pathologist Dr Siew Sheue Feng.

So far, four prosecution witnesses have been called up. They were the complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan and three HKL experts.

Speaking to reporters later, Anwar's counsel, S.N.Nair said that the defence was concerned with the availability of their medical experts due to the floods in Australia.

He said that the experts, involved in DNA and forensic work, would not be free until February 20, because of the floods in Australia, but the defence would try to get one of them to be present during the trial.

The trial was set for mention Monday after the court had on Dec 6, allowed a request by Anwar's counsel, Karpal Singh, to stay the trial proceedings pending its appeal at the Court of Appeal over Mohamad Zabidin's refusal to recuse himself from hearing the trial.

On Jan 14, the Appeal Court rejected Karpal's appeal and held that Anwar has no right to appeal against the High Court judge's decision as the ruling was made at the interlocutory stage in the course of the trial.

Justice Mohamad Zabidin had on Dec 6, last year, rejected Anwar's second bid to recuse him from hearing the trial.

Anwar, 63, made the application on grounds that the judge had intimidated his counsel during the last proceedings and that even though the judge had withdrawn the alleged intimidation, there was a real danger of bias if the judge was to continue hearing his case.

Mohamad Zabidin had also rejected Anwar's first application to have him disqualified, which was filed on grounds of bias when Mohamad Zabidin refused to entertain his counsel's request to cite Utusan Malaysia for contempt over two articles carried by the newspaper.

Anwar filed an appeal to the Court of Appeal but later withdrew it.

Anwar is charged with sodomising Mohd Saiful, 25, his former personal aide, at Unit 11-5-1 of Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008. - Bernama

Debat: anwar kena jawab 10 soalan

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjawab 10 soalan terlebih dahulu sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini termasuk sama ada beliau berani bersumpah menggunakan al-Quran di masjid bahawa dia tidak meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau pasti 'Pelan 100 Hari' yang dicadangkan Anwar bukan berkisar kepada isu ekonomi sebaliknya kemungkinan ada kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.

"Itulah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang cukup pintar berdolak-dalik, berbohong dan memanipulasikan keadaan supaya rakyat simpati kepada beliau.

"Banyak pihak memberitahu saya bahawa Anwar sebenarnya tidak layak untuk berdebat dengan mana-mana pihak pun, apatah lagi dengan Najib.

"Mereka memberi 10 pertanyaan mudah yang memerlukan Anwar menjawabnya secara terbuka terlebih dahulu sebelum ingin berdebat," katanya dalam entri terbarunya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menurut Syed Ali, persoalan lain yang 'wajib' dijawab Anwar ialah sama ada beliau sanggup menjelaskan kepada rakyat bahawa dirinya bukan tali barut dan alat kepada kuasa asing khususnya rejim Yahudi.

Katanya, persoalan lain yang perlu dijawab Anwar adalah:

Menyatakan kepada rakyat bahawa dia tidak bersubahat dengan DAP untuk hancurkan Melayu.

Beranikah beliau bersumpah bahawa dia tidak berbohong dalam isu politik di Selangor dan Perak?

Benarkah pengakuan Karpal Singh yang dibuat di Parlimen bahawa dia terbabit dalam kes liwat?

Jelaskan secara terbuka bahawa beliau berpakat dengan DAP untuk ketepikan Pas dalam pakatan pembangkang.

Mengaku bahawa beliau selama ini menggunakan media asing untuk memburukkan imej negara dan merosakkan nama baik kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Mengaku bahawa beliau tidak pernah terbabit sebagai ejen dan alat kepada Amerika Syarikat.

Menyatakan pendirian secara terbuka bahawa beliau tetap mempertahankan institusi raja-raja Melayu daripada diperlekehkan oleh DAP; dan

Mengaku bahawa beliau bukan petualang untuk menghakis ketuanan Melayu dan agama Islam di negara ini.

Kedah terus jalin hubungan dengan Pusat

ALOR SETAR 16 Jan. - Kerajaan Pas Kedah akan terus menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat di bawah konsep Persekutuan serta mendokong prinsip demokrasi dan pembahagian kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri juga berharap, prinsip yang sama akan didokongi dan dihayati oleh Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus mengeratkan perpaduan dan menyeru rakyat supaya sentiasa hormat-menghormati dan saling mengasihi serta mengelak daripada melakukan kezaliman dan ketidakadilan ke atas mana-mana kaum dan agama.

"Dalam konteks hubungan dua hala dengan Kerajaan Pusat, sukacita patik sembah maklumkan bahawa kerajaan negeri akan terus menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan di bawah konsep federalisme.

"Kerajaan negeri juga akan terus mendokong prinsip demokrasi dan pembahagian kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis Istiadat Menyembah Tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Ke-83 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Berangkat ke majlis itu ialah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri berpegang teguh kepada prinsip demokrasi dan mengutamakan pentadbiran yang adil untuk semua lapisan masyarakat.

Katanya, prinsip seperti itu diterima dan disokong oleh semua peringkat rakyat.

Azizan turut mengucapkan tahniah di atas Hari Keputeraan Sultan Kedah dan mengulangi lafaz taat setia terhadap baginda.

"Patik bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat jelata menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Tuanku yang merayakan Hari Keputeraan ke-83 pada hari ini.

"Patik mewakili semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, anggota perkhidmatan awam dan seluruh rakyat Kedah mengulangi lafaz taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tuanku," katanya.

Rakyat diminta nilai gelagat Kit Siang, Karpal

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Rakyat diminta membuat penilaian terhadap setiap tindak-tanduk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung isu pindaan Perlembagaan Negeri Selangor yang kononnya untuk mengembalikan kuasa raja-raja Melayu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kedua-dua pemimpin itu adalah antara dalang paling besar menentang kuasa raja-raja Melayu sebelum ini dan hanya kelekatu yang buta lagi bodoh sahaja akan terperangkap dengan mainan politik menjahanamkan itu.

Beliau berkata, rakyat juga tidak harus lupa mengenai peranan Karpal kerana Pengerusi DAP itu merupakan peguam yang akan menentukan nasib pembelaan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

''Karpal ini jugalah yang membuat pendedahan tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar di Dewan Rakyat pada 22 Oktober 1997.

''Inilah Karpal yang sama memaklumkan kepimpinan Pas bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat, selain pernah membuat pendedahan di Hotel Federal (yang beliau) mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Enemy Of State: The Tools Of Evil di blognya http://zul4kulim.blogspot.com semalam.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, Karpal yang sama turut menjadi peguam kepada bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar atas dakwaan kes liwat.

''Inilah Karpal yang sama mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 September terbongkar. Karpal ini jugalah yang menentang keras perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.

''Karpal, Kit Siang dan kepimpinan DAP sebenarnya telah berjaya menjadikan Anwar dan juak-juaknya sebagai lembu tunggangan mereka. Pendek kata, Anwar kini dalam genggaman mereka,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, itulah yang sedang dibuat dan didalangi oleh kepimpinan DAP terutama di Selangor.

''Strategi dan taktik mereka sangat halus dan tidak akan dapat dilihat oleh mata kelekatu namun bagi yang mempunyai sedikit nur iman, dengan petunjuk Allah akan dapat melihat dengan jelas betapa bahayanya kedudukan kita umat Islam sekarang,'' katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, menggunakan isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, mereka memainkan gendang kompang bahawa pelantikan itu sebenarnya membelakangkan kuasa raja-raja Melayu.

''Sehingga rakyat dibohongi dengan kenyataan konon tuanku bertitah bahawa 'tuanku tiada kuasa menerima atau menolak pelantikan itu', menggunakan titah tuanku yang diputar belit dan dibohongi itu, maka mereka mencanang ke seluruh negara bahawa 'kami mahu mengembalikan kuasa sultan'.

''Untuk itu mereka merancang mengadakan sidang haram pada 24 Januari 2011 untuk meminda undang-undang tubuh kerajaan Selangor,'' katanya.

Beliau berkata, persoalan pertama yang perlu rakyat sedar ialah, benarkah mereka mahu mengembalikan 'kuasa raja Melayu'?

Katanya, tindakan pakatan pembangkang di Selangor mahu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 berhubung pelantikan tiga pegawai termasuk SUK adalah cara halus mereka untuk membelakangkan kuasa sultan

Nukilan hati hang nadim

Kenapa nadim di persalahkan..... di bunuh
nadim hanya Ingin perpaduan , kejujuran
dan membina keamanan negara.....Jangan
teruskan Pembohongan Saudara Anuar.....
Janji dalam ABIM kemana hilangnya.....
Azizah.....Nasihat Anuar tu.....lagi
banyak bohong lagi banyak keburukan
terbongkar.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.