10 Januari, 2011
[ hang nadim] Air mata sasterawan......
ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.
Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
Anak cucu boleh merana – PM
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 10 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk melaksanakan ‘Pelan 100 Hari’ jika dapat memerintah negara sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.
Perdana Menteri menegaskan, terdapat keanehan serta amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala janji yang populis tanpa membentangkan sebutir maklumat pun mengenai punca sumber kewangannya untuk pembangunan rakyat.
“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak. Kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan.
“Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.
“Justeru, janganlah kita menang sorak kampung tergadai, saya percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, buatlah penilaian,“ kata beliau sambil menyifatkan 2011 tahun untuk meningkatkan momentum pelaksanaan segala agenda dasar utama negara.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam ‘Program 100 hari’ yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
Selain itu, pembangkang berjanji untuk menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Dalam aspek ini, Perdana Menteri meminta rakyat berfikiran rasional dengan membuat penilaian bijaksana kerana ‘apabila sesuatu yang diidamkan, maka ia sepatutnya perlu berasaskan kepada kemampuan sendiri’.
Sebagai contoh, kata Najib, jika mahu membeli kereta dan rumah baru, maka perlulah bertanya pada diri sendiri ‘adakah kita mampu dan dari mana punca kewangannya?’.
“Saya selalu berpegang pada ungkapan, kalau kita percaya ada sesuatu yang begitu baik sekali tetapi tidak berpegang dan tidak berpijak pada bumi yang nyata, kita (sebenarnya) telah menipu diri kita sendiri,“ kata beliau.
Justeru, tegas Perdana Menteri, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab secara fiskal, segala perancangan yang telah dibentangkan dan dilaksanakan sepanjang tahun lalu merupakan tindakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kerana mampu menunaikannya.
Katanya, dua pencapaian utama kerajaan pada tahun lalu adalah berkat daripada usaha bersama antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.
“Pertama, kita telah berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia.
“Kita telah pulih kerana kerajaan mengambil tindakan berani dan tegas membentangkan dua pakej rangsangan ekonomi terbesar dan antara terbesar di dunia berdasarkan peratusan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta sistem kewangan negara yang kukuh serta urus tadbir negara yang baik.
“Kedua, pada tahun lalu, kita telah berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui GTP, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan lapan strategik inisiatifnya, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pembentangan Bajet 2011 dan kita telah mula pelaksanaan awal segala agenda kerajaan itu,“ kata Najib.
Perdana Menteri turut menyatakan rasa syukur apabila sambutan rakyat terhadap agenda utama negara dilihat amat memberangsangkan dengan banyak pihak menzahirkan reaksi positif termasuk juga nilai bursa saham berada di paras tertinggi dalam sejarah negara.
Sehubungan itu, beliau mahu para penjawat awam di semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan memastikan segala yang dirancang dan dibentangkan sebagai agenda utama negara untuk dilaksanakan secara berkesan dan sampai kepada kumpulan sasar iaitu rakyat.
“Saya berharap semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi dan dilaksanakan secepat mungkin jika kita nak negara kita maju dan capai kejayaan berdasarkan perancangan kita yang begitu teliti.
“Satu daripada pra syaratnya ialah wujudnya institusi perkhidmatan awam yang mampu mendokong, melaksanakan dengan tegas dan berkesan mengikut jadual yang telah ditentukan supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat,“ katanya.
Menurut beliau, antara pelaksanaan yang telah menampakkan kejayaan ialah pengurangan sebanyak 30 peratus kadar jenayah iaitu tertinggi dalam masa 20 tahun serta kejayaan membawa keluar 40,000 keluarga miskin daripada tergolong dalam miskin tegar manakala 4,000 lagi dalam proses untuk dikeluarkan dari kelompok tersebut.
“Kita juga dapat perbanyakkan kelas-kelas pra sekolah, meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam, usaha memerangi rasuah semakin meningkat serta projek prasarana berjalan lebih rancak.
“Saya harap kejayaan awal ini memberi kita lebih keyakinan bawa kita berada di landasan yang betul, jika dapat digembleng seluruh kekuatan dan kemampuan, saya percaya pencapaiannya akan bertambah lagi,“ katanya
Interlok: 7 NGO gesa meja bulat
Oleh Osman Lisut dan Nor Fariza Ramlan
bhnews@bharian.com.my
2011/01/11
SEBAHAGIAN NGO dan ahli PENA menunjukkan laporan polis selepas membuat laporan berhubung insiden pembakaran novel Interlok di Balai Polis Dang Wangi, semalam.Persatuan penulis minta polis siasat tindakan bakar novel di Klang
KUALA LUMPUR: Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis semalam, berikutan insiden pembakaran novel Interlok meminta Kementerian Pelajaran mengadakan persidangan meja bulat bagi menyelesaikan isu novel itu. Pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata bantahan terhadap novel Interlok hanya boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan bukannya membakar novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Husain itu.
“Perbuatan membakar novel berkenaan adalah penghinaan terhadap sistem pendidikan negara, lebih-lebih lagi karya penulis terkenal yang menerima anugerah Sasterawan Negara daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Saya melihatkan Interlok sekadar menitikberatkan isu-isu berkaitan pendidikan, kekeluargaan dan berkait rapat antara kaum di negara ini.
“Pembakaran itu adalah contoh kurang baik untuk ditonton semua warga Malaysia dan ia bukannya lambang keharmonian serta tatasusila sesuatu bangsa di negara ini,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan bersama lima NGO di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.
NGO yang turut membuat laporan ialah Persatuan Penulis-penulis Nasional (PENA), Gabungan Persatuan Penulis-penulis Nasional (GAPENA), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara (IMAN).
Sabtu lalu, sekumpulan 100 penduduk India membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), bagi mendesak kerajaan mengharamkan novel karya Abdullah berikutan satu frasa yang mereka sifatkan sensitif.
Terdahulu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim membuat laporan polis di IPD yang sama. Dalam laporan itu, semua NGO berkenaan meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terbabit dalam insiden itu.
Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata pembakaran Interlok bukanlah isu utama laporan polis dibuat semalam, tetapi perbuatan membakar gambar pengarang novel berkenaan dianggap keterlaluan dan tidak seharusnya berlaku.
DI SHAH ALAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Klang bersama Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor (KEMUDI) turut membuat laporan polis membantah demonstrasi membakar novel Interlok.
Ketua KEMUDI yang juga Naib Ketua PERKASA, Klang, Abu Hassan Ashari Abas, berkata perbuatan membakar novel itu membangkitkan kemarahan semua ahli yang sentiasa memperjuangkan, menjaga hak dan kepentingan Melayu.
Paria adalah suatu kaum di India kuno, yang berada lebih rendah daripada kasta shudra dimana manusia dianggap sama dengan binatang dan tidak diakui keberadaannya. Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat sulit pada masa itu. Namun saat ini HAM (Hak Azasi Manusia) sudah diakui banyak negara dan termasuk India, maka daripada itu perbedaan warna kasta sudah berangsur-angsur hilang.
Kasta dari bahasa Portugis adalah pembagian masyarakat.
Kasta yang sebenarnya merupakan perkumpulan tukang-tukang, atau orang-orang ahli dalam bidang tertentu, semestinya harus dibedakan dari warna atau Catur Warna (Hindu), karena memang pengertian di antara kedua istilah ini tidak sama. Pembagian manusia dalam masyarakat agama Hindu:
Warna Brahmana, para pekerja di bidang spiritual ; sulinggih, pandita dan rohaniawan.
Warna Ksatria, para kepala dan anggota lembaga pemerintahan.
Warna Waisya, para pekerja di bidang ekonomi
Warna Sudra, para pekerja yang mempunyai tugas melayani/membantu ketiga warna di atas.
Sedangkan di luar sistem Catur Warna tersebut, ada pula istilah :
Kaum Paria, Golongan orang terbuang yang dianggap hina karena telah melakukan suatu kesalahan besar
Kaum Candala, Golongan orang yang berasal dari Perkawinan Antar Warna
Nukilan hati hang nadim
Naok bakarlah berapa banyak kamu hendak tetapi jangan rampas
beli.....harap pencetak cetak lagi banyak.....mereka bakar
kemudian beli baru.....mereka belum pandai baca.....bakar
kita untung juga.....Sabar Datuk kita harap ada yang tulis
tentang Paria.....saja.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.