09 Januari, 2011
[ hang nadim] Rakyat Malaysia Jangan Biarkan Kaduk naik junjung.....
PENDUDUK membakar gambar Ahli Dewan Undangan Negeri, Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa menderhaka kepada Sultan Selangor ketika demonstrasi di Jalan Kebun Klang, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
Lebih 300 berhimpun bantah ADUN Sri Muda
KLANG 9 Jan. - Lebih 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di sini hari ini, berhimpun secara aman bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.
Perhimpunan itu juga dilakukan bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang merupakan anak jati Kampung Jalan Kebun di sini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) baru.
Para peserta turut melafazkan ikrar taat setia kepada Sultan Selangor seterusnya menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada baginda selain meletakkan jawatannya sebagai ADUN.
"Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga ADUN, beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor.
"Beliau sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata anggota jawatankuasa penduduk di kampung itu, Buang Abdul Basir di sini hari ini.
Shuhaimi dalam blognya baru-baru ini didakwa berkata, pelantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sementara itu, para peserta perhimpunan dilihat turut membawa sepanduk yang tertulis perkataan 'Shuhaimi Petualang Bangsa', 'Jangan Cabar Kesultanan Melayu' dan 'Shuhaimi Penderhaka'.
Dalam demonstrasi itu, mereka juga membakar dan membaling kasut ke arah poster Shuhaimi sambil melaungkan kata-kata, 'Shuhaimi letak jawatan'.
Lagu kebesaran negeri Selangor turut dinyanyikan peserta demonstrasi sebagai tanda taat dan setia mereka kepada Sultan Sharafuddin.
Beberapa anggota polis turut kelihatan di kawasan itu bagi memantau perjalanan demonstrasi aman yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Jalan Kebun itu.
Dalam pada itu, Buang berkata, keputusan Sultan Sharafuddin memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK Negeri adalah tepat memandangkan beliau mempunyai rekod kerja cemerlang sepanjang berkhidmat di negeri ini.
"Penduduk Kampung Jalan Kebun sangat menghormati Mohammed Khusrin kerana beliau adalah anak jati sini.
"Mohammed Khusrin telah berjaya dalam kerjayanya dan sekali gus meletakkan beliau sebagai contoh ikutan yang baik kepada anak muda di kampung ini.
"Semua penduduk kampung ini tahu yang Mohammed Khusrin berasal dari keluarga yang kuat agama. Beliau ialah anak kepada seorang imam di Kampung Jalan Kebun ini," katanya
Tindakan ADUN Komtar macam mafia
REEZAL Merican pada sidang akhbar mengenai sikap Ng Wei Aik di Pulau Pinang, semalam.
Tindakan ADUN Komtar macam mafia
REEZAL Merican pada sidang akhbar mengenai sikap Ng Wei Aik di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 9 Jan. – Tindak-tanduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik sewaktu mengetuai ‘operasi merampas barang’ di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum disifatkan sebagai biadab dan tidak ubah seperti mafia.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau telah meneliti rakaman video di Restoran Aliyar itu dan merasakan tindakan wakil rakyat DAP sebagai tidak wajar.
“Pemilik restoran akur dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya dikenakan tindakan seperti saman dan sebagainya.
“Namun, selepas menyaksikan sendiri video rakaman pada malam kejadian, tindakan Wei Aik yang kasar dan biadab itu tidak boleh diterima,” katanya mengulas kejadian tersebut dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Tengah malam Ahad lalu, restoran yang terletak di Lebuh Maccalum itu kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.
Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.
Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri sebelum terbabas sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.
Tidak lama kemudian, Wei Aik bersama-sama kakitangan MPPP ‘menyerbu’ restoran berkenaan dan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berunsur perkauman kepada pemilik restoran berkenaan.
“Apa hak Wei Aik untuk campur tangan di kawasan ini sedangkan ia berada di luar kawasan DUN Komtar?
“Apakah jawatan Setiausaha DAP Negeri yang dipegangnya membolehkan Wei Aik untuk memberi arahan sesuka hati kepada penguat kuasa MPPP? Dia ibarat mafia kerana meletakkan kuasa di tangannya.
“Sebelum ini, dia juga menafikan dakwaan bahawa dia merampas sendiri barang-barang pemilik restoran ini, tapi video yang kita lihat hari ini menunjukkan Wei Aik mengangkat sendiri barang-barang yang ada,” katanya lagi.
Pada sidang media itu, wartawan ditunjukkan video yang dirakamkan pada hari kejadian yang menunjukkan Wei Aik bersikap kasar terhadap pemilik restoran.
“Sepatutnya sebagai wakil rakyat, kita perlu juga ada timbang rasa dan perikemanusiaan dan bukannya bersikap seperti Wei Aik.
“Mereka (pemilik restoran) juga ada hak dan perlu dihormati apatah lagi mereka warganegara Malaysia,” ujarnya.
Bagi Reezal Merican, perbuatan Wei Aik itu adalah bukti siri tindakan rasis beliau terhadap rakyat di negeri ini.
Sebelum ini, menurutnya, Wei Aik juga terlibat dalam beberapa tindakan menutup kawasan berniaga orang Melayu seperti di Komtar dan Batu Feringghi.
“Mereka baru menang di peringkat negeri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kerakusan dan kekasaran mereka sekiranya dapat mandat memerintah negara,” kata Reezal Merican lagi
Abdul Hadi mungkin dipanggil - Polis
KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan seorang blogger dipukul di Masjid Rusila, Marang, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, meskipun demikian, ia bergantung kepada keperluan dan hasil siasatan kes tersebut.
Katanya, sehingga kini, empat individu telah dipanggil untuk diambil keterangan.
"Kesemua individu lelaki berkenaan yang kita percaya saksi kejadian telah memberi keterangan masing-masing berhubung kejadian itu.
"Jika perlu beliau (Abdul Hadi), akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes seorang blogger AdukaTaruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, yang mendakwa dipukul di hadapan Masjid Rusila, Marang, Jumaat lalu, ketika cuba 'menerjah' Presiden Pas itu selepas selesai solat Jumaat.
Dalam kejadian itu, AdukaTaruna yang sering dikaitkan dengan kumpulan blogger antikerajaan perpaduan mengalami saat cemas apabila dikepung dan dibelasah sekumpulan jemaah di masjid berkenaan kira-kira pukul 2.20 petang kelmarin.
Lelaki yang pernah didakwa atas kesalahan menghina institusi kesultanan Johor itu turut mendakwa di dalam blognya adukateruna.blogspot.com, dia diugut dan dimarahi selain ditahan di dalam sebuah bilik sebelum dilepaskan tidak lama selepas itu.
Dalam pada itu, blogger tersebut di dalam entri terbarunya semalam memberitahu merancang bertemu Presiden Pas untuk diwawancara sekali lagi.
Mohon maaf tiada kaitan tegur kerajaan Pulau Pinang
GEORGETOWN 9 Jan. - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) hari ini menjelaskan permohonan maaf pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini terhadap kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Muhamad Fadzill Hassan berkata, permohonan itu dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain.
"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.
"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau tampil membuat kenyataan itu selepas dilaporkan memohon maaf kepada Lim Guan Eng berhubung beberapa teguran persatuan tersebut terhadap kerajaan negeri, termasuk isu pemberian kontrak kepada kontraktor bumiputera.
Muhamad Fadzill berkata, pertemuan itu jemputan Ketua Menteri bagi menyelesaikan isu 46 kontraktor Melayu di negeri tersebut yang didakwa kroni UMNO.
"Dakwaan kerajaan negeri bahawa kontraktor terbabit adalah kroni UMNO tidak tepat kerana terdapat kontraktor yang disenaraikan itu bukan anggota UMNO," katanya.
Pada pertemuan Jumaat lepas, beliau berkata, Lim Guan Eng bersetuju bahawa masalah membabitkan kontraktor berkenaan dianggap selesai.
"Selaku pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMMPP mengambil langkah bertemu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah 46 kontraktor tersebut bagi membela nasib mereka," katanya. - BERNAMA
Mohon maaf tiada kaitan tegur kerajaan Pulau Pinang
GEORGETOWN 9 Jan. - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) hari ini menjelaskan permohonan maaf pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini terhadap kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Muhamad Fadzill Hassan berkata, permohonan itu dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain.
"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.
"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau tampil membuat kenyataan itu selepas dilaporkan memohon maaf kepada Lim Guan Eng berhubung beberapa teguran persatuan tersebut terhadap kerajaan negeri, termasuk isu pemberian kontrak kepada kontraktor bumiputera.
Muhamad Fadzill berkata, pertemuan itu jemputan Ketua Menteri bagi menyelesaikan isu 46 kontraktor Melayu di negeri tersebut yang didakwa kroni UMNO.
"Dakwaan kerajaan negeri bahawa kontraktor terbabit adalah kroni UMNO tidak tepat kerana terdapat kontraktor yang disenaraikan itu bukan anggota UMNO," katanya.
Pada pertemuan Jumaat lepas, beliau berkata, Lim Guan Eng bersetuju bahawa masalah membabitkan kontraktor berkenaan dianggap selesai.
"Selaku pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMMPP mengambil langkah bertemu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah 46 kontraktor tersebut bagi membela nasib mereka," katanya. - BERNAMA
Wan Azizah didesak mohon maaf
SHAH ALAM – Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan dikecam kira-kira 300 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.
Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli, yang mewakili NGO berkenaan berkata, mereka akan bergabung dan mengadakan demonstrasi, mendesak Dr Wan Azizah memohon maaf.
“Kenyataan yang dikeluarkan beliau sungguh mengguris hati rakyat, terutama kaum Melayu.
“Kenyataan seperti itu menggambarkan betapa ceteknya pandangan pemimpin PKR itu. Beliau nampaknya tidak mengambil kira perjuangan pemimpin dahulu yang bergadai nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Wan Azizah perlu memohon maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu dan rakyat memandangkan kenyataannya mengenai konsep Ketuanan Melayu membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Raja-raja.
“Kami akan bermesyuarat bagi mengadakan demonstrasi mendesak beliau menarik balik kenyataan biadab itu dalam masa terdekat.
“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana akan merosakkan kaum Melayu dan agama Islam,” katanya.
Nukilan hati hang nadim
Rakyat Malaysia ( Melayu Cina India Dan Lain lain) marilah kita bersatu
Jangan biarkan kaduk naik Junjung..... hapuskan Petualang Negara
Jangan Halau Bangsa Malaysia.....Ingat Kita Siapa....?
Bersatu Lebih baik dari kita berpecah.....dalam masa yang singkat
dapat kita memusnahkan negara tetapi untuk membina keamanan dan kemakmuran
akan memakan masa yan panjang.....Fikir,Sedar dan Insaf.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.