Pages

Subscribe:

08 Januari, 2011

[ hang nadim] Saudi Arabia praised Malaysia.....



















Arab Saudi puji Malaysia
Suudi Arabistan Malezya övdü

ROSMAH Mansor bersama delegasi Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri mengaminkan doa sebelum berlepas ke Arab Saudi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

RIYADH 8 Jan. - Arab Saudi berpendapat Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang paling maju daripada segi pendidikan termasuk pendidikan dan latihan vokasional, kata Duta Besar Mutlak dan Istimewa Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Omar Al Saggaf.

Beliau berkata, ini terbukti melalui jemputan yang diterima isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyampaikan ucaptama bertajuk, Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Arab Saudi dari 8 hingga 10 Januari.

"Arab Saudi mempunyai keupayaan kewangan dan fizikal, tetapi dalam pendidikan dan latihan, mereka melihat Malaysia lebih ke hadapan.

"Dengan jemputan yang diterima oleh Rosmah untuk memberi ucaptama pada persidangan antarabangsa itu, ia mungkin boleh memberi impak yang lebih tinggi pada hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi yang sudah terjalin sejak kita merdeka lagi," katanya kepada wartawan Malaysia di Kedutaan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, Arab Saudi juga kagum dengan aktiviti pendidikan awal di bawah program Permata Negara yang diilhamkan oleh Rosmah dan kemungkinan akan mencontohi program itu pada masa depan untuk generasi mudanya.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi.

Sementara itu, Rosmah juga dijadual menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Menerusi MoU itu, USIM dan Mawhiba akan bekerjasama membangunkan kurikulum program Permata Insan yang menggabungkan pendidikan, alam sekitar, sains dan matematik dengan al-Quran dan hadis.

Lawatan Rosmah ke Arab Saudi adalah atas jemputan Timbalan Menteri Pendidikan, Nora Abdullah Al-Fayez yang merupakan wanita pertama di Arab Saudi dilantik sebagai timbalan menteri. - BERNAMA


Manmohan Singh terharu Najib hargai masyarakat India
Manmohan Singh appreciated the people overwhelmed Najib India
मनमोहन सिंह की सराहना लोगों नजीब भारत अभिभूत
مانموهان سينغ عن تقديره للشعب طغت نجيب الهند

Daripada SANTHY MUTHALU
santhy.muthalu@utusan.com.my

NEW DELHI 8 Jan. - Perdana Menteri India, Manmohan Singh (gambar) melahirkan rasa bangga terhadap komitmen kerajaan Malaysia dalam mewujudkan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu.

Menurut beliau, kewujudan Little India membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai pengorbanan masyarakat India terhadap kejayaan Malaysia sejak 100 tahun lalu.

"Saya bersama Najib merasmikan Little India di ibu kota negara itu.

"Itu adalah satu peristiwa yang sangat emosi bagi saya kerana buat kali pertama sejak menjadi Perdana Menteri India saya berpeluang merasmikan sebuah tempat yang dikenali sebagai Little India di luar India.

"Saya tidak boleh melupakan pengalaman itu. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib, kerajaan Malaysia dan masyarakat India di negara itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pravasi Bharatiya Divas Ke-9 yang menghimpunkan masyarakat India dari seluruh dunia di sini hari ini.

Ucapan beliau disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 160 delegasi dan media dari Malaysia.

Kata Manmohan, pada tahun lalu beliau membuat lawatan di beberapa negara termasuk Malaysia, dan lawatan ke Malaysia merupakan peristiwa yang akan dikenang selama-lamanya.

Dalam pada itu, kata Manmohan, beliau juga sangat bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh masyarakat India di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

"Oleh itu, kerajaan India akan memberi penghormatan khas kepaada individu yang berjaya mencapai kejayaan di negara masing-masing pada Pravasi Bharatiya Divas yang akan datang.

"Ini bagi memberi semangat baru kepada golongan muda kaum India di luar negara ini untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan masing- masing," katanya.

Sementara itu, beliau juga mempelawa semua masyarakat India dari seluruh dunia untuk menggunakan peluang perniagaan yang terdapat di negara tersebut. - Mingguan Malaysia










Nukilan hati hang nadim
Malaysia ,Arab Saudi dan India
Negara Sahabat.....
You Are My Best Friend.....??
你是我最好的朋友.....??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.