Pages

Subscribe:

07 Januari, 2011

[hang nadim] Amah tak diperkosa .....Amah not raped.....阿妈不强奸.....

Amah tak diperkosa - Detik.com

JAKARTA 7 Jan. - Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) hari ini menegaskan, tidak wujud sebarang kes pemerkosaan melibatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah dari Indonesia seperti mana digembar-gemburkan.

Ketuanya, Jumhur Hidayat berkata, berdasarkan kepada keterangan daripada pembantu rumah berkenaan iaitu Rubingah, kejadian tersebut tidak pernah berlaku sepanjang dia bekerja dengan Rais.

''Malahan dalam kenyataan bertulisnya, Rubingah turut menafikan berlaku sebarang perbuatan tidak senonoh oleh majikannya itu,'' kata beliau seperti mana dilaporkan oleh Detik.com hari ini.

Penjelasan Jumhur adalah berdasarkan kepada pertemuan empat pegawai Balai Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman, baru-baru ini.

Rubingah bekerja di rumah Rais mulai tahun 1999 hingga 2007 selepas itu dia kembali ke kampungnya di Banjarnegara, Jawa Tengah.

Dia mempunyai dua anak iaitu Monika Umami, 26 dan Agustina Umami, 21.

Menurut Jumhur, beliau sudah menyerahkan penjelasan Rubingah kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan sedemikian kerana ia berkait rapat dengan nama baik Rubingah dan keluarga wanita tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan bersumpahnya, Rubingah menjelaskan, sepanjang 8 tahun bekerja dengan Rais tidak pernah berlaku sebarang gangguan seksual ke atasnya.

''Semuanya baik-baik sahaja tidak pernah ada masalah, apa tah lagi berkaitan perlakuan tidak senonoh terhadap saya," katanya.


Saturday January 8, 2011
Rais’ former maid denies rape story

PUTRAJAYA: The Indonesian maid, said to be the rape victim of Datuk Seri Dr Rais Yatim, has denied the allegation.

An online news portal in Jakarta reported that the maid denied that Rais raped her in the eight years she served with him.

Detik.com reported that the woman denied the allegations in a statement to four officials from the Indonesian Workers Protection and Placement Centre (BP3TKI) in Semarang.

Earlier, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak urged the people not to pre-judge the allegations of rape made against Dr Rais, who is Information, Communication and Culture Minister.

Najib said everyone should let the due process take its course because Rais had expressed his willingness to be investigated.

“We cannot pre-judge and pronounce anything,” he told reporters.

Kes perkosa 2007, kenapa baru ditimbulkan?

PUTRAJAYA 7 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa dakwaan berlakunya satu kes jenayah memperkosa pada 2007 membabitkan seorang anggota Kabinetnya baru ditimbulkan sekarang.

Malah, kata beliau, menteri berkenaan telah pun membuat kenyataan menafikan alegasi tersebut dan bersedia untuk disiasat.

"Beliau telah membuat kenyataan dan bertegas dengan kenyataannya. Jadi, biarkan proses ini dijalankan dan kita tidak boleh menghukum dan mengumumkan tentang sesuatu perkara sehingga siasatan penuh telah dijalankan.

"(Cuma) persoalannya ialah perkara ini berlaku pada 2007 tetapi kenapa ditimbulkan masa sekarang," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini bagi mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penubuhan suruhanjaya itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Rabu lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

Rais berkata: "Alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir- akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelik dan jahat.

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara."

Kata anggota Parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh Pas dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi itu bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

Rais' former maid denies she was raped

KUALA LUMPUR: The Indonesian maid who allegedly told a non-governmental organisation in 2007 that she had been raped by a minister has denied that the incident ever took place.
On the contrary, Robingah, 47, said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim had been nice to her, often buying her gifts and giving her money whenever he came back from his trips overseas.

This was reported by two newspapers, Media Indonesia and Republika, which published their interview with Robingah at her hometown in Banjarnegara, Central Jawa, Indonesia, yesterday.

"I was never raped by Datuk Rais Yatim. It is not true," she said.

The reports were also published online. According to MediaIndonesia.com, Robingah said: "Datuk was a very nice man, he never treated us (maids) badly. I went home to Banjarnegara after my work permit expired, not because I was raped."

Her husband, Sukirman, 52, was also quoted in the newspapers as saying that he had never heard of any complaints from Robingah about her employer.

It was reported that Robingah had worked for Rais for eight years between 1999 and 2007.

On Wednesday, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) lodged a police report at the Seremban district police headquarters against Rais for the alleged rape.

SAMM chairman Badrul Hisham Shaharin, also known as blogger Chegubard, said they wanted police to investigate the allegations and proposed that Rais be suspended from ministerial duties pending investigation.

Rais had issued a statement on Wednesday refuting the allegation.

He described them as "wild allegations, ugly and wicked lies" and that he was willing to be investigated and would extend his full cooperation.

Read more: Rais' former maid denies she was raped http://www.nst.com.my/nst/articles/04hhr/Article#ixzz1AOtxKIpk

Persoalan Agama: Sabar hadapi ujian dunia tidak lama
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2010/12/19
Umat yang tenang menghadapi setiap musibah, ujian-Nya dijanjikan pahala di akhirat

MAKSUD sabar adalah menahan diri daripada sesuatu yang sukar. Sabar terpuji yang dituntut oleh Islam ialah sabar dalam mentaati Allah SWT, sabar dalam meninggalkan larangan-Nya serta sabar dalam musibah yang ditakdirkan. Banyak ayat al-Quran berbicara mengenai sabar. Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un adalah ucapan istirja’ ketika ditimpa musibah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita: “Pada suatu hari, selepas menemui Rasulullah SAW, Abu Salamah mendatangiku, lalu beliau menceritakan bahawa beliau telah mendengar ucapan Rasulullah SAW yang membuat aku merasa senang.

Baginda bersabda: Tidak ada seorang daripada kaum muslimin yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun, lalu ia berdoa, Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan. Ummu Salamah berkata: Kemudian aku menghafal doa darinya itu. Ketika Abu Salamah wafat, maka aku pun mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un dan berdoa: “Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha.” Kemudian aku berkata kepada diriku sendiri: Dari mana aku akan memperoleh orang yang lebih baik dari Ummu Salamah? Selepas masa ‘iddahku berakhir, Rasulullah SAW meminta izin kepadaku. Ketika itu, aku sedang menyamak kulit milikku lalu aku menyuci tanganku dari qaraz (daun yang digunakan untuk menyamak). Lalu kuizinkan Baginda masuk dan kusiapkan untuknya bantal tempat duduk yang berisi sabut.

Maka Baginda duduk di atasnya. Lalu Baginda menyampaikan lamaran kepadaku. Selepas Baginda berbicara, aku berkata: Ya Rasulullah, keadaanku akan membuatmu tak berminat. Aku ini seorang wanita yang sangat cemburu, maka aku takut engkau mendapatkan dari diriku sesuatu yang kerananya Allah akan mengazabku, sementara aku sendiri sudah tua dan mempunyai banyak anak. Maka Baginda bersabda (yang bermaksud): Adapun kecemburuanmu yang engkau sebutkan, maka semoga Allah SWT menghilangkan darimu. Dan usia tua yang engkau sebutkan, maka aku pun mengalami apa yang engkau alami. Dan keluarga yang engkau sebutkan itu, maka sesungguhnya keluargamu adalah keluargaku juga”.
Maka Ummu Salamah menyerahkan diri kepada Rasulullah SAW dan kemudian Baginda menikahinya. Selepas itu Ummu Salamah pun berkata: “Allah memberi ganti kepadaku yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW”.

Begitu juga sabar dalam melaksanakan ketaatan serta meninggalkan pelbagai hal yang diharamkan dan perbuatan dosa sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 45 (yang bermaksud): “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Manusia paling sabar adalah Nabi sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin Mas’ud ra, beliau berkata: “Seakan-akan saya masih melihat Rasulullah SAW sewaktu menceritakan seorang dari nabi-nabi ketika dipukul oleh kaumnya sehingga berlumuran darah dan ia mengusap darah dari mukanya sambil berdoa: Wahai Allah, ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Kepada saudara yang bertanya, sabar dengan ujian kehidupan dunia bukanlah satu tempoh yang lama kerana pahala dijanjikan Allah sangat besar sebagaimana firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 10, bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Wallahua’lam.

SEBARANG kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Pak Lah nafi sembunyi tuduhan terhadap Rais

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan beliau menyembunyikan kes mengaitkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam satu kes jenayah memperkosa semasa pentadbirannya pada 2007.

Tegasnya, beliau tidak pernah menerima laporan mengenai dakwaan itu dan tidak perlu baginya memberi kenyataan berhubung perkara yang tidak benar.

Menurut beliau, Rais perlu mengambil tindakan kepada pihak terlibat sekiranya tuduhan tersebut tidak benar.

"Saya tidak tahu (tuduhan rogol), bagaimana pula saya hendak sembunyi. Tak patutlah mereka tuduh saya macam itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada syarahan Dr. Muzaffar Iqbal bertajuk Between Believers and Disbelievers: The Quran in the Contemporary World dan pelancaran buku The History of the Quranic Text di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Pendidikan Islam, Datuk Mohamad Iqbal, Pengerusi Islamic Book Trust, Prof. Datuk Dr. Osman Bakar, Presiden Islam dan Sains Kanada, Dr. Muzaffar Iqbal.

Abdullah mengulas mengenai tuduhan penulis blog di Internet berhubung dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan laporan yang mengaitkan Rais dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007.

Rabu lalu, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada tahun tersebut dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

Dalam pada itu, Abdullah enggan mengulas mengenai pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini.

"Itu (pertemuan) Tuanku yang jemput. Jadi saya hanya pergi dan tidak perlu saya ulas lagi," katanya.

Rentetan pertemuan itu menyebabkan isu kerajaan perpaduan kembali diperkatakan umum termasuk di laman blog dan di Internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.