Pages

Subscribe:

07 Januari, 2011

[hang nadim ] Tarik ungkapan 'balik India'.....

Tindakan saman tutup mulut media
Oleh ARDYHANSAH AMAT
ardyhansah.amat@utusan.com.my

PULAU PINANG 7 Jan. – Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyaman Utusan Malaysia dilihat seolah-olah menafikan hak akhbar itu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, tindakan Guan Eng dilihat bercanggah dengan sikapnya yang memperjuangkan kebebasan media sewaktu menjadi pembangkang dahulu.

“Dulu sewaktu menjadi pembangkang, beliau (Guan Eng) adalah antara orang yang paling lantang memperjuangkan kebebasan media.

“Namun kini, sikapnya yang kerap menggunakan medium mahkamah dilihat bercanggah dengan sikapnya dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng mendakwa artikel bertajuk Kebiadaban Guan Eng yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkannya mengalami kerosakan dan kerugian.

Tambah Jais, sebagai pemimpin, Guan Eng sepatutnya tidak mudah melenting dan bersedia untuk bersikap lebih terbuka dalam menerima apa jua kritikan terutamanya yang disiarkan di media.

“Apa yang perlu dilakukan ialah Guan Eng perlu membuktikan kepada media dan masyarakat melalui kerja dan maklum balas tetapi bukan menerusi mahkamah,” katanya.

Bagi Jais, GPMS berpendapat tindakan Utusan Malaysia adalah wajar dalam melaporkan apa jua agenda berkaitan masyarakat khususnya yang menyentuh perihal orang Melayu.

“Mungkin Guan Eng mengambil contoh kejadian di Selangor yang mana banyak kepincangan di peringkat kepimpinan negeri dipaparkan media sehingga menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) goyah di sana, dan Guan Eng tidak mahu perkara yang sama berlaku di sini (Pulau Pinang.

“Namun, jika Guan Eng benar, rasanya tiada apa yang perlu ditakutkan sehingga boleh mengambil tindakan saman,” ujarnya.

Kenyataan Jais itu, turut disokong oleh penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian.

“Kebelakangan ini, banyak pihak (pemimpin politik) yang mengambil tindakan saman media. Ia seolah-olah bersifat defensif atau menyekat satu-satu maklumat daripada sampai kepada umum.

“Biarlah orang ramai yang membuat penilaian sendiri akan satu-satu laporan tersebut dan bukannya dengan menyekat media daripada menyampaikan maklumat.

“Ia seolah-olah mahu menakut-nakutkan pengamal media daripada terus menjalankan tanggungjawab menyampaikan maklumat kepada orang ramai,” ujarnya.

Bagi Sivamurugan, tindakan mahkamah adalah langkah terakhir dan seboleh-bolehnya dielakkan kerana ia boleh menyekat integriti media.

Katanya, pemimpin politik perlu mengambil langkah yang lebih efektif seperti perbincangan dengan pihak media terlebih dahulu.

Tindakan KM P. Pinang untuk halang Utusan dedah kebenaran

UALA LUMPUR 7 Jan. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. hanyalah senjatanya untuk menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada terus menyatakan kebenaran dan mendedahkan kelemahan pembangkang.

Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akbar Ali berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan disebabkan Guan Eng hakikatnya terperangkap dalam dunianya sendiri kerana banyak pihak telah 'masak' dengan permainan dan senjata politiknya.

"Apabila perkara ini dibawa ke mahkamah, pihak lain tidak boleh memperkatakan mengenainya kerana ia akan menjadi subjudis dan dianggap menghina mahkamah.

"Ini semua untuk menutup 'mulut' pihak lain dan akhbar Utusan Malaysia daripada melaporkan apa yang benar sedangkan ucapan beliau tersebar luas untuk dibaca di Internet," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr. Maamor Osman menganggap tindakan Guan Eng itu sebagai sebahagian daripada trend politik baru dengan menggunakan mahkamah untuk mengiyakan sesuatu pandangan demi kepentingan sendiri.

Jelasnya, politik seperti itu hanya membazir masa dan wang ia boleh dielak dari awal sekiranya setiap pihak tidak menyentuh isu-isu sensitif serta mengamalkan berpolitik secara profesional.

"Ibarat pepatah lama, kembang jarak kembang jagung, berani bawak, beranilah tanggung.

"Ahli politik kita perlu bersikap profesional. Hormatilah hak media untuk melaporkan fakta kerana anda sendiri juga yang mencanangkan tentang kebebasan akhbar.

"Usahlah apabila sudah bercakap demikian, nafikan pula. Saya harap budaya ini tidak diikuti kerana ia hanya akan membentuk masyarakat yang saling tidak menghormati," ujarnya.

Bagi Presiden Majlis Usahawan Malaysia, Datuk Suhaimi Yacob, tindakan Guan Eng itu tidak lebih daripada hanya mencari kepentingan politik daripada benar-benar mencari keadilan.

"Itu strategi normal DAP untuk merendahkan motivasi wartawan dan pengarang Utusan Malaysia dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu," katanya.

Tarik ungkapan 'balik India'

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my












Faruk Raja Mohamed (tiga kanan) menunjukkan memorandum membantah tindakan Ng Wei Aik membangkitkan isu perkauman yang dihantar kepada Lim Guan Eng, di Georgetown, semalam.

PULAU PINANG 7 Jan. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memberi tempoh seminggu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar semasa operasi penyitaan di premis itu Ahad lalu.

Wei Aik diberi tempoh itu bermula hari ini kerana mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, kenyataan Setiausaha DAP negeri itu begitu biadab dan mengguris hati golongan India Muslim di negara ini.

Menurutnya, Kimma negeri mahu permohonan maaf dibuat disebabkan tiada sebarang maklum balas daripada Wei Aik walaupun telah digesa berbuat demikian oleh pelbagai pihak.

''Kami menggesa Wei Aik memohon maaf kepada pihak restoran dan seluruh masyarakat India Muslim di negara ini di atas kebiadabannya. Dia juga perlu bertindak menarik balik kenyataan itu.

''Kami beri dia tempoh seminggu untuk berbuat demikian. Jika cara ini juga tidak berkesan, kita akan berbincang untuk melihat bentuk tindakan selanjutnya yang akan dibuat.

''Setakat ini kita tengok dulu apa yang berlaku seterusnya," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyerahkan secara terus memorandum itu kepada Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Komtar gagal kerana Ketua Menteri tidak berada di pejabatnya.

Memorandum tersebut yang mengandungi gesaan Kimma negeri supaya Guan Eng menyuruh Wei Aik membuat permohonan maaf kepada pengusaha restoran dan masyarakat India Muslim itu diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebelum itu, kira-kira 100 ahli Kimma Pulau Pinang berarak secara aman dari Masjid Simpang Enam di sini menuju ke pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Mereka turut melaungkan 'Allahuakbar' sebaik sahaja sampai di kawasan Komtar kira-kira pukul 2.30 petang sebelum lima daripada mereka termasuk Faruk dibenarkan naik ke pejabat Guan Eng.

Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.

Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan

Menurut Faruk, beliau juga mempunyai bukti mengenai tindakan yang dilakukan Wei Aik itu dan bersedia menyerahkan bukti tersebut kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.

''Kita ada bukti. Ia rakaman video. Setakat ini kita tidak mahu dedahkan lagi. Kalau perlu baru kita buat demikian," katanya.

Kenapa MB tolak tetapi Guan Eng boleh terima?

LUNDU 7 Jan. - Mengapa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor enggan menerima pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh menerima perkara itu pada 2009.

Persoalan itu dibangkitkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu mengulas sikap 'keras kepala' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam hal itu walaupun Datuk Mohammed Khusrin Munawi sudah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Katanya, perkara itu membuktikan bahawa Abdul Khalid mahu mempolitikkan semua perkara walaupun ia boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri selain memberi kesan langsung kepada rakyat.

"Perkara yang sama telah dilakukan di Pulau Pinang oleh SPA dan Ketua Menterinya menerima nama SUK (Datuk Zainal Rahim Seman) yang dihantar malah mereka tiada masalah.

"Saya bukan mahu menyatakan Lim Guan Eng itu lebih baik daripada Abdul Khalid, maksud saya ialah prosedur SPA yang diikuti Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah prosedur biasa dan beliau tiada agenda politik dalam hal ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sebat Melayu, Sematan di sini hari ini.

Mohammed Khusrin semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai SUK Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, namun Abdul Khalid berkata pihaknya tetap dengan pendirian bahawa ia belum muktamad.

Malah, beliau menegaskan kehadirannya dan Exco-Exco Selangor ke upacara itu bukan bermakna mereka 'rela' dengan pelantikan itu.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, isu pelantikan SUK di Selangor sebenarnya sudah selesai apabila Mohammed Khusrin mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin dengan disaksikan Abdul Khalid dan seluruh barisan Exconya.

Katanya, soal mahu menerima atau menolak pelantikan itu adalah terpulang kepada kerajaan negeri, namun daripada aspek pentadbiran mereka mesti bekerjasama dengan pegawai kerajaan.

"Bagi saya Menteri Besar Selangor harus akur dengan titah Sultan Selangor kerana baginda telah memberikan perkenan. Isu ini mesti diselesaikan kalau mereka mahu kerajaan negeri berjalan dengan licin dan baik," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menyeru seluruh rakyat Selangor supaya menyedari kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang terlalu sibuk berpolitik walaupun dalam urusan penting.

"Dalam pilihan raya umum akan datang, tolak kerajaan negeri sekarang untuk digantikan dengan kerajaan negeri terdahulu kerana mereka telah terbukti berjaya membawa pembangunan.

"Penolakan ini adalah penolakan mutlak yang mesti dilakukan pengundi di Selangor terhadap kerajaan pakatan pembangkang," katanya.

I did not pick Khusrin, says ex-state sec

SHAH ALAM: Datuk Ramli Mah­mud has denied that he was directly involved in picking Datuk Mohd Khusrin Munawi to succeed him as Selangor state secretary.

“I was only involved in listing qualified candidates based on seniority. Eight candidates were considered and Datuk Mohd Khusrin was fifth on the list,” he said in a statement.

The list was then given to the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah and Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ramli also asked Khalid to discuss the matter with the Sultan.

“It was given more than three months before my retirement. They are all my officers, I don’t have any preference or personal interests.”

JPA shortlisted three names with Mohd Khusrin at the top of the list, Ramli said adding that he was asked to present it to the Sultan.

He said the Sultan consented that Mohd Khusrin be his successor by way of a letter.

“I informed the Public Service Department (JPA) of this.

“It was put under embargo until an announcement was made by JPA,” he added.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan announced Mohd Khusrin’s appointment as Selangor state secretary on Dec 27. — Bernama

Nukilan hati hang nadim
YB Guan Eng Benci Melayu atau Utusan Melayu.....????
YB Wei Aik Ingat kalau anda boleh menyuruh mereka balik India.....
Mereka juga boleh menyuruh Anda Balik.........balik Mana Ya.....??
Ingat Megata Dulang Paku Serpih.....mengata orang Aku yang lebih
Saudara Khalid dipersilakan balik ke Jeram.....jumpa sanak saudara
minta nasihat.....atau jumpa dukun cakap dah melalut macam
orang tak boleh tidur malam.....

YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA KAMI.....JADIKANLAH NEGARA KAMI
AMAN MAKMUR BAHAGIA DAN JAUHKANLAH KAMI DARI PETUALANG NEGARA
YANG MENGHURUHARAKAN NEGARA,YA ALLAH TEGUHKANLAH PERPADUAN
RAKYAT NEGARA INI.....AMIN.....

KONTRAK SOSIAL
( 1) Tun Tan Siew Sin , Presiden MCA dalam Akhbar tempatan bertajuk “ Tun Tan Answers critics on special privileges “ dalam ucapan pada 30 April 1969.
“ The malay trough UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 month of independence, 90 percent of the non Malays had become citizens whereas before independence 90 after nearly 100 years of colonial rule in the Malay states. In return for this major concession , the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities”
Sumber: Tan Sri Haji Khalid Awang Osman,Malaysia –An Anthologi , Vantage press ,New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

TERJEMAHAN
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab kritikan mengenai keistemewaan orang Melayu , yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969 ,Presiden MCA Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat syarat dalam Undang-undang Negara ini sehingga dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan , 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi Warganegara , berbanding keadaan sebelum merdeka dimana 90 peratus dari mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hamper 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu.Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju menghormati kedudukan istemewa orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

<><><><><><><><><><><><><>
Ucapan Tun V.T. Sambanthan , Presiden MIC merangkap Menteri Kerjaya ,Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

Now , in 1955 we won the elections with a great majority .Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now ,what did the Malay do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay Leadership do ? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship ?.
If we look around in Asia and East Asia , particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon,is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , In Cambodia , in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma ,as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it .And yet In Malaya what happened ? Here, we found thad the Malay leadership “ we shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country ,we shall give them every opportunity to live in this country, we shall give them full opportunity to become citizens”And so, in 1957 , for the whole years, we waived language qualification , and tens of thousand of Indians, Chinese,Celonese and other s becam e citizens…….
As said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race ? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you . These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here”.

TERJEMAHAN

Pada 1 Jun 1965 , Tun Sambathan merangkap Menteri Kerja Raya , Pos dan Telekom dalam Ucapannya berkata,
Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majority yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan . Persoalannya di sini , apakah yang dilakukan oleh Orang melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman ? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi men yokong mereka . Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
Jika kita lihat di serata Negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan di terima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan Lihat kepada saudara kita kaum Cina , mereka tidak di terima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di Negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wlayah tersebut?
Di Burma,i seperti yang kita semua sedia maklum , kaum India telah diusir keluar ,di Ceylon mereka tidak di beri taraf warganegara seperti juga di Burma, Saya tahu dan juga anda tahu . Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?.
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata,”Kita akan menerima mereka sebagai saudara , kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini , kita akan berikan mereka setiap peluang untuk menjadi warga Negara. Dan seterusnya pada tahun 1957,dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) , ribuan orang India ,Cina dan Ceylon menjadi warganegara.”
SEperti yang saya nyatakan ,saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini . Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih perihatin ,bersopan santun dan tertib selai dari Bangsa Melayu
Di manakah anda boleh mendapat layanan Politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? ,Saya bertanya kepada anda. Ini adalah Fakta. Siapakah anda untuk mejaga k eselamatan kami ? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minority di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber: Tan Sri Haji Khalid Awang Osman,Malaysia –An Anthologi , Vantage press ,New York, tanpa tarikh, halaman 60FAHAM ,FIKIR DAN SETIA

"Kita tidak mahu keamanan tersebut tergugat hanya kerana perjuangan politik yang bersifat peribadi semata-mata," .

Rulers call for understanding, unity among races

KUALA LUMPUR: The Malay rulers yesterday urged the people to understand and appreciate the history of the formation of the country.

They also hoped for an under standing of the Federal Constitution which was founded on the social con tract — that is the spirit of consensus and understanding among the races and the concurrence of the the Malay rulers.

“The Malay rulers uphold that the social contract agreed upon represents an instrument, which is the basis of social justice in the country that encompasses the aspirations to achieve the objective of fair economic distribution.

“The attitude of compromise among the races reflects the maturity of the people of various races in this country,” said a statement issued by the Keeper of the Rulers’ Seal, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, following the 222nd meeting of the Conference of Rulers on Oct 13 and 14.

The statement said that the meeting viewed with great concern the current political trend, which was seen to be stoking racial sentiments and challenging the sovereignty of the Federal Constitution.

It said the meeting took note of current developments as well as the anxiety expressed by individuals and non-governmental organisations over matters touching on Islam, the position of the Malay Rulers, the Malays and the Malay language.

The Conference of Rulers according to the statement, also viewed with concern the prevalence of such issues which could be categorised as serious crimes that could threaten the country’s security, peace and image.

The statement was issued by the Keeper of the Rulers' Seal, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, following the 222nd meeting of the Conference of Rulers on Oct 13 and 14.

The meeting viewed with great concern the current political trend, which was seen to be stoking racial sentiments and challenging the sovereignty of the Constitution.

It said the meeting took note of current developments as well as the anxiety expressed by individuals and non-governmental organisations over matters touching on Islam, the position of the Malay rulers, the Malays and the Malay language.

The Conference of Rulers also viewed with concern the prevalence of such issues that could threaten the country's security, peace and image.

The statement said the Malay rulers and Yang Dipertuan Negeri understood and appreciated the efforts of the Federal Government to unite the people in the spirit enshrined in the Federal Constitution.

The Malay rulers, it said, urged all the people, regardless of race and religion, to continue to be united and remain loyal to the country.

"Everyone has a role in national development. The Malay rulers hope that all the people will continue to respect and abide by the Federal Constitution and prevailing laws, and avoid actions which can lead to racial quarrels, misunderstanding and suspicion which could undermine national prosperity and harmony.

"For the sake of sovereignty and harmony, the Malay rulers hope that the people will not allow outside involvement and interference in the country's affairs," the statement said.

It said the Malay rulers also urged the Malays to be united and not to quarrel among themselves, based on the spirit of Islamic brotherhood, so that they were neither marginalised nor their position eroded in the course of national development.

"Leaders of Malay organisations should seek out similarities and engage in discussions with prudence and wisdom."

The Malay rulers emphasised that the integrity of the Malay race and the plight of the Malays would not be safeguarded if the leaders of Malay organisations were inclined to quarrel and chose to be at loggerheads.

"The Malay rulers pray that beloved Malaysia will always remain peaceful and its multiracial people continue to be united and prosperous." -- Bernama


Ucapan墩V.T. Sambanthan,Presiden麦克风merangkap Menteri Kerjaya,名次电信迪德瓦恩丹国阵pada 1965年6月1日。

现在,在1955年我们赢得了绝大多数的选举。然后我们在两年的时间获得自由。在此期间,我们要讨论的公民和其他各种东西。现在,马来人做了什么 - 因为我们是讲种族线 - 马来什么领导呢?他们有百分之88的选民仍然比较。那他们与公民身份呢?。
如果我们看一下在亚洲和东亚各地,特别是,你会发现,我的比赛,印度的比赛,是不是在锡兰的欢迎,是不是在缅甸的欢迎。看看我的兄弟中比赛,它是不欢迎在泰国,越南,柬埔寨,在所有其他领域。他们得到哪些帮助在所有这些地区的公民?在缅甸,我们知道,印度人已经送包装,锡兰他们拒绝他们的公民,缅甸是同样的研究。我知道。然而,在马来亚发生了什么事?这里,我们发现萨德领导的马来人,“我们应采取他们到自己的兄弟,我们应当给予充分机会生活在这个国家,我们应当给予他们一切机会生活在这个国家,我们应当给予充分机会成为公民“于是,在1957年,在整整十年,我们放弃语言资格和万印度人,华人,Celonese和公民除外﹞becam é ... ...不等。
至于说,它一直是我的福气已在这个国家出生的。还有哪儿能找到更慈善,更有礼貌,比马来种族更体面的比赛?还有哪儿能得到任何移民种族这些政治体面的待遇?还有什么地方在世界历史?我问你。这些都是fects。你是谁,以保障我们吗?我在这里百分之十的少数族裔。但我在这里很开心。“

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.