Pages

Subscribe:

06 Januari, 2011

[hang nadim] Shuhaimi umpama cacing kepanasan.....








Shuhaimi tidak perlu tinggal di Selangor

KUALA SELANGOR 6 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negeri ini tampil menunjukkan taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bertekad akan mempertahankan institusi raja-raja Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.

Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil ayahanda-ayahanda dari sembilan daerah negeri Selangor bersatu hati memohon Sultan Selangor agar teguh menghadapi isu yang melibatkan pertikaian yang ditimbulkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Kamal Shahlan yang berasal dari Sabak Bernam berkata, pemimpin seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei perlu keluar dari negeri ini sekiranya mahu terus menyentuh titah dan perkenan Sultan Selangor.

''Kami sepakat menyatukan suara kami dan memohon Shuhaimi menutup mulut daripada mempertikai segala titah dan perkenan Sultan Selangor," katanya

Shuhaimi umpama cacing kepanasan

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei kini umpama cacing kepanasan selepas membuat kenyataan yang memperlekeh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi blog beliau, baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Shuhaimi cuba berdolak-dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk mengalih perhatian daripada isu pokok iaitu kenyataan beliau yang jelas menghasut rakyat menentang institusi raja-raja Melayu.

"Saya telah meneliti tulisan blog beliau dan mendapati di sebalik hujah dan pandangannya mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Shuhaimi juga telah menconteng arang ke muka Sultan Selangor dengan menyelar tindakan baginda sebagai sesuatu yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

"Malah beliau juga mengumpamakan Sultan Selangor sebagai pihak yang berkepentingan," katanya.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Shuhaimi menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com baru-baru ini yang didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sebaliknya, Utusan Malaysia menjadi sasaran serangan Shuhaimi apabila menuduh akhbar ini telah memanipulasi kenyataan beliau dalam blog itu.

Khairy menambah, ADUN Sri Muda itu dengan jelas telah 'meniupkan' semangat penentangan rakyat terhadap institusi raja-raja Melayu di perenggan akhir kenyataan dalam blog tersebut

Don’t cause confusion, Ruler tells state leaders

SHAH ALAM: The Sultan of Selangor has called on all parties to stop sensationalising and politicising the appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi as state secretary.

Sultan Sharafuddin Idris Shah also expressed disappointment that many of his statements had been manipulated by irresponsible quarters which had caused confusion among the people.

Khusrin taking the oath of loyalty to the state before the Sultan as Khalid and other state dignitaries look on at Istana Bukit Kayangan in Shah Alam yesterday.

Other developments:

> Mohd Khusrin took his oath of loyalty at the Istana Bukit Kayangan before the Sultan in the presence of Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and state exco members;

> Khalid, however, insists that Mohd Khusrin’s appointment is not final;

> The palace has released the chronology of letters regarding the controversial appointment.

‘Saya tidak berpihak mana-mana parti’

Oleh Khairul Azran Hussin dan Badrul Kamal Zakaria
2011/01/07

SULTAN SHARAFUDDIN berkenan bertitah pada majlis angkat sumpah pelantikan Mohd Khusrin di Istana Bukit Kayangan, semalam.Setiausaha Sulit Sultan Selangor nafi dakwaan kerajaan negeri

SHAH ALAM: Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan beliau mengekalkan sikap berkecuali dalam hal berkaitan politik dengan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan mengatakan beliau orang UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mohamad Munir berkata sebagai wakil istana negeri dan Sultan Sharafuddin Idris Shah, dirinya hanya memikirkan keputusan terbaik untuk kebaikan rakyat dan negeri, bukannya mementingkan sesetengah pihak saja. "Saya tidak menyokong mana-mana pihak kerana saya hanya menjalankan tugas yang sudah digariskan dan berkhidmat dengan Sultan. Tuanku pun ada bertitah agar menjalankan hubungan baik dengan mana-mana kerajaan negeri yang memerintah. Jadi, cakap-cakap mengatakan saya tidak menyebelahi kerajaan negeri sekarang adalah tidak benar," katanya pada sidang media di pejabatnya di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam. Hadir sama, peguam terkenal yang juga ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin.

Mohd Munir juga berharap kerajaan negeri memberi peluang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru melaksanakan tugas yang diamanahkan itu.

"Biar Khusrin berkhidmat dulu dan biar kita nilai kemudian. Janganlah terus hukum beliau kerana tindakan seperti ini tidak adil," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila tidak peka dengan tarikh persaraan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud pada akhir tahun lalu sehingga menyebabkan mereka gagal menyerahkan senarai calon lebih awal untuk jawatan itu.
“Sepatutnya Menteri Besar tahu perkara ini dan serah calon lebih awal selain boleh berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bukan apabila sudah dipersembahkan kepada Tuanku, baru hendak bincang," katanya.

Sementara itu, Salehuddin berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) negeri tidak mempunyai kuasa melantik pegawai perkhidmatan awam divisyen tinggi kerana kuasa eksekutif tertakluk kepada SPA.

Ditanya kedudukan Mohd Khusrin jika Menteri Besar terus berdegil tidak menjemputnya menghadiri majlis angkat sumpah menyimpan rahsia, Salehuddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Mohd Khusrin mempunyai hak untuk hadir ke mesyuarat EXCO.

"Tiada peruntukan undang-undang lain untuk digunakan jika Menteri Besar tetap enggan adakan sumpah menyimpan rahsia. Namun, beliau ada hadir menurut undang-undang," katanya.

MB Selangor ‘keras kepala’ – NGO

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih enggan mengiktiraf pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru walaupun Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Sambil menyifatkan Abdul Khalid ‘keras kepala’, mereka mahu Menteri Besar itu berhenti daripada mempertikaikan pelantikan tersebut.

Lebih-lebih lagi, dalam titah ucapan Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini, baginda telah menegaskan bahawa pelantikan Mohammed Khusrin adalah mengikut peraturan-peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga tidak tidak mahu isu pelantikan SUK yang baru itu terus diperbesar, dipolitik dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang diedarkannya kepada media di istana tersebut berkata, Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.

“Kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran ini (Selangor),” kata Abdul Khalid.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, tindakan Abdul Khalid itu boleh mengakibatkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara.

“Sikap Abdul Khalid yang ‘keras kepala’ berhubung pelantikan SUK itu dibimbangi akan mengheret rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Jalan terbaik mengubah keadaan tersebut adalah dengan cara mengubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.

Abdul Khalid dan barisan Exco kerajaan negeri yang hadir pada upacara angkat sumpah jawatan dan taat setia pelantikan di Istana Bukit Kayangan menegaskan, kehadiran itu tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap pentadbiran Selangor.

Mengulas lanjut, Feriz berkata, tanpa menunjukkan imej yang ikhlas mengenai penerimaan pelantikan SUK, ia jelas menampakkan sikap ingkar dan tidak taat Abdul Khalid kepada Sultan Selangor.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad dengan nada tegas menggesa, Abdul Khalid berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor.

“Sudah-sudahlah. Tak perlu bising lagi, jangan mengeruhkan lagi keadaan. Kenyataan Menteri Besar yang tidak merelakan pelantikan SUK jelas menampakkan ia seperti memperlekehkan kuasa Sultan. Yang sudah dilantik, biarlah. Kenapa masih hendak memperlekeh Sultan?

“Tindakan itu nanti akan menyebabkan rakyat terus keliru. Demi perpaduan rakyat di Selangor berhentilah daripada membuat kenyataan mengelirukan. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Pelantikan itu sudah sah di sisi undang-undang,” jelasnya.

Kata Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, kehadiran Abdul Khalid pada upacara angkat sumpah itu sendiri membuktikan beliau setuju dengan pelantikan Mohammed Khusrin yang mendapat perkenan Sultan.

“Oleh itu, beliau kena hormat perkenan baginda. Jangan buat kecoh lagi. Kalau pertikai, ia seolah-olah mengajak rakyat terus membenci Sultan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor mengulangi desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mengadakan demonstrasi aman di Shah Alam semalam agar Abdul Khalid meletak jawatan.

“Kalau Abdul Khalid cuba menghalang Mohammed Khusrin menjalankan tugasnya, beliau sendiri yang sepatutnya meletak jawatan. SUK boleh hadir dalam apa jua majlis atau mesyuarat kerajaan negeri,” jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah pula menyatakan, Abdul Khalid sudah lupa sumpah taat setianya kepada Sultan Selangor sewaktu dilantik sebagai Menteri Besar apabila beliau mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin.

Tegasnya, sebagai seorang Melayu yang menjawat jawatan Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya menderhaka kepada Sultan.

“Kami mencadangkan pihak istana mengambil tindakan terhadap golongan yang menderhaka agar mereka keluar dari Selangor,” katanya.


Nukilan Hang Nadim
Saudara Khalid .....Balik ke Kg Jeram Jumpa Keluarga minta nasihat jangan
ikut Nasihat Orang yang tak faham kesetian kepada Raja dan Negara
di samping berpeggang kepada Agama agar tidak munafik...yang ikhlas ingat
pantang Melayu menderhaka.....Ingat kecemerlangan Dulu semasa dlm PNB
tiba-tiba hilang pedoman.....kerana penasihat yang songsang.....Fikiaq...
Melayu ka Jawa ka tak kira.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.