Pages

Subscribe:

05 Januari, 2011

[hang nadim] Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin terbunuh.....



2011/01/06
KUANTAN: Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin terbunuh apabila kereta Honda yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Chevrolet berdekatan simpang sebuah sekolah Cina, di Jalan Pintasan Kuantan, dekat Semambu di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, Abdul Mahat Atan, 49, dari Kampung Bukit Rangin, di sini terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah pelabuhan menuju ke bandar ini. “Kereta Chevrolet yang dipandu seorang remaja berusia 19 tahun dari arah Gambang menuju ke Pelabuhan terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Kereta terbabit kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Honda dipandu mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohamed Fauzi berkata, mangsa yang cedera parah meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian manakala remaja terbabit parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.