Pages

Subscribe:

05 Januari, 2011

[ hang nadim] Selangor oh Selangor.....Apa Dah jadi Pak Khalid.....





Selangor elders lodge police report against rep

SHAH ALAM: Nine Selangor territorial chiefs have lodged a police report against Seri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei for allegedly undermining the Sultan of Selangor’s authority in appointing the state secretary.

Speaking on behalf of the territorial chiefs, Gombak Territorial Chief Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh said Shuhaimi’s blog posting showed that he was trying to drag the ruler’s institution, especially Sultan Sharafuddin Idris Shah, into politics for giving assent to the appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi as the new Selangor state secretary.

“His Highness should not be drawn into any political dispute. When the name of His Highness is drawn into the issue by using inappropriate words, we feel the author should be taken to task.

“Shuhaimi should not involve the Sultan over the state secretary’s appointment for political mileage,” he said after lodging the police report yesterday.

Urging the police to investigate Shuhaimi under Section 3 and 4 of the Sedition Act, Wan Mahmood said the words uttered by Shuhaimi such as “beraja di mata, bersultan di hati” (acting at one’s whim and fancy) could be deemed as denigrating the ruler’s institution.

Shuhaimi said he planned to seek an audience with the Sultan to ask for forgiveness. — Bernama

Orang Besar Daerah Selangor buat laporan polis terhadap Adun Seri Muda

SHAH ALAM 5 Jan - Sembilan Orang Besar Daerah Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap memperlekehkan kuasa Sultan Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru menerusi laman blognya.

Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, yang mewakili semua Orang Besar Daerah di negeri ini berkata kenyataan Shuhaimi dalam tulisan blognya yang disiarkan 30 Dis lepas, seolah-olah mengheret institusi raja terutama Sultan Sharafuddin Idris Shah ke kancah politik dalam tindakan baginda memberi perkenan kepada pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru.

"Nama Tuanku (Sultan) tidak boleh diseretkan ke dalam apa jua perselisihan politik. Apabila nama Tuanku diseretkan dengan kata-kata tidak sopan (melibatkan pelantikan SUK baru), kami berasa orang itu patut dibawa ke tengah supaya pendapat tidak baik ini dipatah daripada tunas sebelum ia merebak.

"ADUN Shuhaimi tidak patut mengheret Raja negeri ke dalam isu pelantikan ini semata-mata untuk memuaskan nafsu politiknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Seksyen 6 di sini.

Wan Mahmood berkata, Shuhaimi tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap menghina institusi Raja dalam laman blognya seperti "Sultan beraja di mata, bersultan di hati" semata-mata untuk memuaskan nafsu politiknya.

"Kata-kata ini tidak patut dilafazkan oleh seorang ahli politik dan wakil rakyat matang, apatah lagi oleh seorang yang berbangsa Melayu seperti Shuhaimi.

Orang Melayu berpegang kepada adat sopan dan adat beraja. Perkataan seperti ini tidak harus keluar walau apapun matlamat kita," katanya.

Beliau juga meminta polis menyiasat kes Shuhaimi mengikut Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan 1948.

Dalam laman blog http://srimuda.blogspot.com, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya "tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana". - BERNAMA

Pelantikan bukan berdasarkan input politik

KUALA LUMPUR 5 Jan. — Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menjelaskan bahawa pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang dan bukannya berdasarkan input politik.

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 serta terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

“Dalam proses pelantikan ini saya tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Perdana Menteri.

“Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Pelantikan Mohd Khusrin sah

2011/01/06
Bekas Pengarah JAIS dipilih Sultan daripada tiga senarai nama diserah JPA

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang dan bukannya berdasarkan input politik.

Beliau berkata pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 serta terdapat elemen konsultasi dengan kerajaan kegeri melalui SUK Selangor ketika itu, Datuk Ramli Mahmud. "Dalam proses pelantikan ini saya tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Perdana Menteri. "Urusan ini dilaksanakan secara profesional membabitkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa proses konsultasi turut dilaksanakan dalam proses pelantikan SUK bagi negeri lain yang berkaitan sama ada ditadbir Barisan Nasional (BN) atau yang tidak ditadbir BN termasuk pelantikan SUK Pulau Pinang.

Penjelasan Mohd Sidek itu dibuat berikutan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin bagi jawatan itu.

"Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan dibuat ‘Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan’ atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri Selangor tidak menyatakan keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK dibuat dan ia tidak menjejaskan pelantikan berkenaan.

Namun begitu mengikut amalan, katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama berkenaan kepada kerajaan negeri melalui SUK ketika itu sebagai budi bahasa.

Katanya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sudah memaklumkan kepada SUK ketika itu melalui surat bertarikh 23 November 2010 bahawa Ketua Setiausaha Negara dan JPA mengenal pasti dan memperakukan tiga pegawai untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi jawatan SUK yang baru termasuk Mohd Khusrin berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.

Katanya surat bertarikh 23 November 2010 juga seterusnya memohon supaya nama tiga orang calon itu dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Mohd Sidek berkata seterusnya JPA melalui surat bertarikh 3 Disember 2010 kepada SUK ketika itu sekali lagi memperakukan tiga orang calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan berkenaan.

Katanya surat itu juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebagai amalan dan SUK ketika itu melalui surat bertarikh 13 Disember kepada JPA memaklumkan bahawa nama tiga orang calon itu sudah dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Datuk Mohd Khusrin diperkenankan oleh Baginda. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.