25 Januari, 2011
[hang nadim] Pengasas RTM kembali ke rahmatullah.....
DR. Rais Yatim sempat menziarah Dol Ramli sebelum bekas Ketua Pengarah Penyiaran itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Tan Sri Dol Ramli, 88, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 8 malam ini kerana mengalami masalah lemah jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Puan Sri Che Kamilah Marzuki, 84, dan kelima-lima anaknya, tiga lelaki dan dua perempuan.
Salah seorang anaknya, Aziz, 58, berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah beliau di No.3, Lorong Mutiara 3, Off Jalan Mutiara, Taman Bukit Ampang di sini.
"Jenazah akan dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi esok di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang," katanya.
Allahyarham meninggalkan 11 orang cucu dan dua orang cicit.
Pengasas Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan bekas Pengurus Besar Bernama itu dimasukkan ke wad Unit Penjagaan Koronari (CCU) IJN malam semalam.
Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tiba di IJN pada pukul 7.20 malam ini sempat menziarahi Allahyarham selama kira-kira 20 minit sebelum Allayarham menghembuskan nafas terakhir.
Rais yang ditemui pemberita di IJN menyifatkan Dol sebagai sahabat lama yang banyak menyumbang jasa kepada RTM dan negara dalam pelbagai aspek khususnya dalam Bahasa Kebangsaan.
Allahyarham juga adalah penulis lirik lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan aktif dalam aspek pemberitaan di surat khabar. - BERNAMA
RTM founder Dol Ramli dies of heart ailment
KUALA LUMPUR: Former Broadcasting director-general Tan Sri Dol Ramli, died of heart ailment at the National Heart Institute (IJN) here yesterday.
Dol was surrounded by his wife, Puan Sri Che Kamilah Marzuki, 84, and their five children, when he breathed his last at 8pm.
He was 88.
He left behind 11 grandchildren and two great grandchildren.
His son, Aziz, 58, said Dol would be buried at Taman Kosas Muslim cemetery in Ampang at 11am today.
Dol, who was also the founder of Radio Televisyen Malaysia (RTM) and former Bernama general manager, was admitted to the coronary care unit of the IJN on Monday evening.
Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim managed to spend about 20 minutes with Dol before the latter breathed his last.
Rais said Dol had contributed so much for the development of RTM and the country, especially in promoting the national language.
He added that Dol, who also wrote the lyrics for the song entitled Bahasa Jiwa Bangsa, was also active in news reporting. — Bernama
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa lirik di tulis oleh Allah Yarham Dol Ramli
Nukilan hati hang nadim
Takziah untuk keluarga dan sanak saudara Allah Yarham
semoga Allah Mencucuri Rahmat keatas Rohnya.....Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.