Pages

Subscribe:

25 Januari, 2011

[ hang nadim] Single mother’s jail term increased to 11 years for maid abuse.....






















Kes dera amah: Hukuman penjara ditambah
25/01/2011 6:56pm

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi di sini menambah hukuman penjara terhadapnya kepada 11 tahun berbanding lapan tahun sebelum ini, kerana mendera pembantu rumah sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Hau Yuan Tyng, 45, dan meminda tempoh hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen terhadap wanita itu pada 12 November lepas.

Yuan Tyng yang berada di kandang tertuduh kelihatan sebak ketika mendengar keputusan itu.

Dia didapati bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Indonesia Siti Hajar Sadli, 34, dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan oleh Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan serta diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 kepada Siti Hajar, dan Yuan Tyng diperintah menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman pertama dan kedua. – Bernama

Single mother’s jail term increased to 11 years for maid abuse

KUALA LUMPUR: A single mother of two was in shock when her eight-year jail sentence for hurting her maid was increased to 11 years after her appeal was dismissed by a High Court.

Hau Yuan Tyng, 45, a freelance real estate agent, kept turning back to look at her relatives who were seated at the public gallery when Justice Ghazali Cha read his judgment.

Hau was sentenced to eight years in jail and ordered to pay RM5,000 in compensation to her former maid Siti Hajar Sadli, 35, by a Sessions Court on May 20, 2010.

However, Justice Ghazali amended the jail term after rejecting her appeal against the Sessions Court decision here yesterday.

Hau was sentenced to five years in jail each for two counts of causing grievous hurt on Siti Hajar using hot water and a hammer and one year imprisonment for a charge of hurting the maid using a pair of scissors.

The court ordered that the jail term run consecutively from the date of sentencing.

In his ruling, Justice Ghazali said there was no possibility that the injuries were self-inflicted by the victim to get Hau into trouble.

“Although I symphatise with the applicant who is a single mother with a disabled child, I do not see any remorse on her part.

“Maid abuse cases are rampant. They are not slaves that we can simply treat them as such.”

The court also granted Hau a stay of execution and fixed bail at RM25,000 in two sureties on condition the notice of appeal is filed by today.


Majikan dipenjara 11 tahun

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


















Hau Yuan Tyng, 45

KUALA LUMPUR 25 Jan. - ''Walaupun saya bersimpati dengan nasib perayu sebagai seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak yang cacat tetapi saya tidak melihat sifat keinsafan perayu mengenai apa yang dilakukan ke atas mangsa.''

Sejurus selesai membaca penghakiman tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha memutuskan menolak rayuan suri rumah, Hau Yuan Tyng, 45, bagi mengetepikan sabitan salah atas tiga tuduhan mencederakan bekas pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli.

Beliau turut meminda hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 yang dikenakan ke atas bekas ejen hartanah itu kepada penjara 11 tahun bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Sebaik sahaja dimaklumkan oleh jurubahasa, raut wajah Yuan Tyng jelas kelihatan marah dan tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu yang diwakili peguam bela, M. Manoharan sekali lagi berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan terakhir.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.

Pada 20 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Siti Hajar menggunakan air panas dan tukul besi yang boleh menyebabkan kematian.

Hukuman penjara tersebut diperintahkan berjalan secara berasingan.

Komathy turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan mangsa dengan menggunakan gunting dan diperintahkan berjalan serentak dengan hukuman terdahulu.

Yuan Tyng didapati bersalah melakukan perbuatan itu antara Februari hingga 7 Jun 2009 di kediamannya No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara di sini.

Selain hukuman penjara, ibu kepada dua anak itu turut diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM5,000 kepada bekas pembantu rumahnya.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Hakim Ghazali menyatakan, walaupun terdapat beberapa bahagian dalam keterangan mangsa yang kelihatan tidak logik atau bercanggah, apa yang penting, keterangan itu telah disokong oleh keterangan pakar-pakar dan juga laporan-laporan forensik serta kimia.

Beliau turut bersetuju bahawa pembelaan pihak perayu adalah satu perkara yang ditokok-tambah bagi menimbulkan keraguan dan isu yang dibangkitkan tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana saksi di peringkat pembelaan.

''Selepas merujuk kembali kepada kes pendakwaan melalui bukti dan keterangan perubatan serta kecederaan yang dialami oleh mangsa, saya berpendapat tiada kemungkinan kecederaan itu direkacipta oleh mangsa bagi meletakkan perayu dalam kesusahan.

''Tiada juga kemungkinan kecederaan itu sesuatu yang boleh disifatkan dilakukan sendiri oleh mangsa,'' kata hakim tersebut.

Beliau kemudian meminda hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah menggunakan air panas dan tukul besi kepada penjara lima tahun setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan ketiga iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan gunting, hukuman penjara enam bulan dipinda kepada penjara setahun.

Hakim Ghazali turut memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan berasingan bermula dari tarikh jatuh hukum sebelum ini iaitu pada 20 Mei tahun lalu.

Walaupun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman, hakim tersebut menaikkan jumlah jaminan perayu daripada RM15,000 kepada RM25,000 dengan dua penjamin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.