Pages

Subscribe:

24 Januari, 2011

[ hang nadim] Sidang DUN Gagal.....Apa dah jadi......


Sidang DUN gagal

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ABDUL YAZID ALIASpengarang@utusan.com.my











SEBAHAGIAN daripada lebih 1,000 anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0) berarak secara aman dari Dataran Shah Alam ke Bangunan SUK Selangor untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap usaha pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. Antara NGO yang terlibat termasuklah Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor.

SHAH ALAM 24 Jan. – Seperti dijangka, pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadang oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor gagal diluluskan setelah tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam sesi pengundian secara belah bahagian kira-kira pukul 6.15 petang ini, pindaan tersebut hanya disokong oleh 34 penyokong kerajaan manakala 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sepakat menolak pindaan tersebut.
Sementara itu, Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Bebas dihalang menghadiri sidang itu setelah kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya diisytiharkan kosong, Isnin lalu.

Kerajaan negeri gagal mendapat empat undi bagi mendapat majoriti dua pertiga kerana mereka sekurang-kurangnya perlu memperoleh sokongan 38 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim ketika mengumumkan keputusan undian tersebut berkata, meskipun pindaan tersebut lebih suara yang bersetuju, ia tidak dapat diluluskan bagi bacaan kedua dan seterusnya.
Katanya, perkara itu diputuskan berdasarkan Perkara 98, Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui usul pindaan perlembagaan negeri untuk membolehkan beliau memperolehi ‘kuasa menasihati’ Sultan Selangor tidak dapat dilaksanakan dari awal lagi.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri menyedari pihaknya tidak mempunyai majoriti dua pertiga kerusi DUN untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, beliau berharap cadangan pindaan untuk memberi kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu dapat dibangkitkan semula selepas pilihan raya umum akan datang.
‘‘Walaupun kita tidak berjaya hari ini, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.
‘‘Kami berpendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai eksekutif bagi memastikan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.
Pindaan yang dibentangkan di bawah Peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri kepada negeri dengan sultan perlu mendapatkan nasihatkan Menteri Besar.
Dalam pada itu, ketika ditanya bilakah kerajaan negeri akan membenarkan Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun, beliau tidak memutuskan bilakah tempoh sebenar perbincangan itu akan diadakan sebaliknya ia bergantung kepada keadaan semasa.
Pada sidang akhbar yang sama, Abdul Khalid yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya untuk meluluskan pindaan tersebut meletakkan kesalahan ke atas BN kerana tidak menyokong usaha kerajaan negeri itu.
‘‘Lebih kesal lagi, BN gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan itu.
‘‘Jelas penolakan itu dibuat di atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya.
‘‘Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlu berdasarkan kepentingan rakyat,” katanya.
Malah seperti dijangka sebelum ini, Abdul Khalid menuduh bahawa penolakan BN terhadap pindaan itu membuktikan UMNO sebenarnya tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan menghalang peranan mereka dalam institusi Raja Berperlembagaan.
‘‘Walaupun kita mungkin tidak berjaya membuat pindaan, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.
‘‘Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula,” katanya.
Abdul Khalid berkata, pihaknya masih mempunyai pendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.
‘‘Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengetepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme, kerajaan negeri akan berusaha memastikan pentadbiran negeri akan terus berjalan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat negeri ini,” katanya.
Terdahulu perbahasan pindaan tersebut disertai oleh empat wakil BN dengan dimulai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman dan enam wakil pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
Turut serta berbahas ialah Sulaiman Abd. Razak (BN-Permatang); Datuk Mohd. Samssudin Lias (BN- Sungai Burung) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).
Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) pula tampil sebagai wakil penyokong yang pertama bangkit berbahas menyokong pindaan rang undang-undang itu.

Published: Monday January 24, 2011 MYT 5:28:00 PM
Updated: Monday January 24, 2011 MYT 5:29:15 PM

Sri Muda assemblyman seeks audience with Sultan

SHAH ALAM: Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei has sent a letter seeking an audience with the Sultan of Selangor to explain and apologise for a remark in his blog.

Shuhaimi said that the letter was delivered by hand to the palace by his representative on Monday morning.

“I will wait for the consent from the palace,” he told reporters here.

Shuhaimi came under fire after a remark in his blog srimuda.blogspot.com was deemed to be an insult to Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Private secretary to the Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani had said in a statement on Jan 4 that the remark was excessive and could confuse the people.

Shuhaimi, however, denied that the remark was to incite the people and an insult to the Sultan.

The posting was in connection with the appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi as the new Selangor state secretary. - Bernama

Khalid gagal
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Khairul Azran Hussin dan Badrul Kamal Zakaria

Pindaan tak dapat sokongan dua pertiga; Status Mohd Khusrin masih tergantung

SHAH ALAM: Kedudukan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi, masih tergantung meskipun usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Ini kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berteka-teki mengenai status Mohd Khusrin yang sehingga kini masih tidak dapat menghadiri mesyuarat EXCO dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) kerana belum mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan beliau.

Khalid gagal
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Khairul Azran Hussin dan Badrul Kamal Zakaria
2011/01/25

ADUN Kinrara, Teresa Kok dan ADUN Sementa, Datuk Rahman Pahlil (gambar kanan) mengambil persetujuan daripada semua ADUN bagi pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.Pindaan tak dapat sokongan dua pertiga; Status Mohd Khusrin masih tergantung

SHAH ALAM: Kedudukan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi, masih tergantung meskipun usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Ini kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berteka-teki mengenai status Mohd Khusrin yang sehingga kini masih tidak dapat menghadiri mesyuarat EXCO dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) kerana belum mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan beliau. Abdul Khalid berkata, majlis angkat sumpah itu bergantung kepada keadaan semasa dan beliau perlu berbincang dengan EXCO negeri. “Kita juga akan tengok prestasi Khusrin dari semasa ke semasa sebelum menilainya untuk angkat sumpah SUK yang baru.

“Khusrin adalah seorang profesional, dia akan melakukan yang terbaik dan dia akan bekerja dengan rakyat,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai status Mohd Khusrin selepas kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Abdul Khalid untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, selepas pelantikan Mohd Khusrin dibantah atas alasan ia tidak dirunding dengan kerajaan negeri.

Mohd Khusrin yang memulakan tugas rasminya, 3 Januari lalu, sudah mengangkat Sumpah Taat Setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 6 Januari lalu.
Terdahulu, pada perbahasan usul itu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman, menegaskan BN tidak menyokong pindaan itu kerana kerajaan negeri derhaka kepada Sultan apabila tidak menerima keputusan baginda memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin.

Beliau berkata, pelantikan SUK baru itu bukan isu besar yang menimbulkan satu keadaan darurat sehingga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor perlu dipinda.

“Kemelut ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri memahami, menghormati dan mematuhi Perlembagaan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor terutama keputusan Sultan Selangor memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin.

“Menteri besar sendiri sedar bahawa pindaan ini tidak akan diluluskan DUN kerana tidak akan mendapat sokongan dua pertiga. Bukankah ini sia-sia,” katanya.

Pada sidang khas itu, 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP menyokong usul berkenaan, manakala 20 ADUN BN tidak setuju. Usul itu memerlukan sokongan 38 ADUN.

Ketika ini, tiga parti yang membentuk kerajaan negeri mempunyai 35 wakil, tetapi Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim tidak boleh mengundi berikutan kedudukannya sebagai Speaker, manakala ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, tidak dibenarkan hadir selepas kerusinya diisytihar kosong.

Teng menjelaskan walaupun sidang DUN mendapat lebih suara bersetuju, iaitu 34 undi berbanding 20 undi tidak setuju, ia tetap tidak dapat dipinda kerana tidak mendapat majoriti dua pertiga.

“Oleh itu, pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tidak dapat dibaca kali kedua," katanya selepas penggulungan hujah oleh Menteri Besar.

Mohamad Satim dalam perbahasannya menjelaskan BN tidak menyokong usul itu berdasarkan empat faktor, iaitu:

Pindaan itu bertentangan dan ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan;

Bermotifkan politik yang membuktikan sikap hipokrit dan tidak ikhlas kerajaan serta kepemimpinan kerajaan negeri pakatan pembangkang.

BN tidak pernah mengetepikan dan membelakangkan Sultan Selangor sejak Pindaan Perlembagaan 1993 berhubung imuniti kuasa Raja-Raja Melayu, dan

Menteri Besar dan kerajaan negeri dianggap derhaka kepada Sultan Selangor kerana tidak menerima keputusan baginda yang memperkenankan Mohd Khusrin.

Mohamad Satim mendakwa kerajaan negeri pimpinan pembangkang sebagai `syok sendiri' kerana mengadakan sidang khas bagi meminda undang-undang berkenaan yang dianggap membuang masa dan membazir wang kerajaan.

Karpal jejas imej peguam

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat hanya mahu menagih sokongan politik dalam mengendalikan kes liwat kedua yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan Karpal itu menjejaskan imej peguam tempatan dan sistem perundangan negara kerana para peguam sepatutnya mengutamakan fakta kes dalam mencari kebenaran.

Bagaimanapun katanya, tindakan Karpal itu yang pada satu ketika mengakui mempunyai bukti kukuh tentang penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat dalam kes pertamanya dahulu dilihat berniat mengukuhkan cengkaman DAP dalam pakatan pembangkang.

Jika tanggapan itu benar katanya, tindakan Karpal tersebut jelas membelakangi etika dan kod amalan guaman yang menjadi pegangan para peguam tempatan.

"Dari segi profesional dan secara moralnya dia (Karpal) perlu menarik diri sebab dia sendiri sudah menyatakan dan pasti dengan bukti-bukti berhubung kes liwat Anwar sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pihak sebelum ini yang mendesak Karpal supaya berundur daripada menjadi peguam bela Anwar bagi kes liwat kedua yang dihadapinya kini.

Karpal sebelum itu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau pernah disapina untuk hadir perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar pada 1997 tetapi tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut mendakwa bahawa tindakannya menyertai pasukan peguam bela Anwar tidak pernah dibantah oleh Peguam Negara ketika itu.

Choo Keong berkata, Karpal perlu menawarkan diri untuk menjadi saksi kepada kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, tindak-tanduk Karpal menunjukkan yang beliau sanggup menggadaikan maruah dan profesionalisme bagi menjayakan agenda DAP.

Katanya, beliau yakin Karpal tidak akan sesekali berundur daripada menjadi peguam bela Anwar walaupun sebelum ini Pengerusi DAP itu pernah mendakwa mempunyai bukti terhadap aktiviti liwat Anwar.

"Karpal sesekali tidak akan tarik diri kerana dia akan mengenali dan mendapat lebih banyak maklumat tentang Anwar apabila dia kekal bersamanya.

"Masing-masing ada agenda dan kepentingan sendiri jadi kedua-duanya saling memerlukan demi mencapai matlamat sendiri," katanya.

Muhyiddin ada formula selesai kontroversi Interlok
2011/01/25
LABIS: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau sudah mempunyai formula bagi menyelesaikan kontroversi berhubung novel Interlok dan menjangka isu berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai formula penyelesaian isu itu dan akan mengadakan perbincangan secara mendalam dengan pemimpin MIC sehari dua lagi.
Muhyiddin berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam atas kapasiti sebagai anggota Kabinet sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk G Palanivel. Kontroversi Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, timbul berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini yang didakwa mengandungi perkataan yang tidak disenangi kaum India.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Bersama Rakyat di Restoran Mustafah Nasi Ayam Gemas di sini, semalam, Muhyiddin berkata, kerajaan mahu isu itu diselesaikan dengan semangat kerjasama dalam BN dan mengambil kira semua perkara berbangkit.

“Ada pihak yang memutar belit dan mahu menimbulkan soal kemarahan dengan pelbagai tuduhan, jangan politik soal begitu (tetapi) ramai yang tidak membacanya.

“Saya nak jelaskan, kita sudah ada formula untuk menyelesaikannya dan saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri. Pertemuan dengan pihak MIC untuk berbincang secara mendalam sehari dua lagi dan berharap bila diputuskan nanti perkara itu tidak ditimbulkan lagi,” katanya.
Mengenai kemungkinan pihaknya akan membuang perkataan yang menjadi kontroversi dalam novel Interlok, beliau berkata, cadangan itu juga akan diambil kira.

“Kita akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelesaikan itu, saya percaya tiada benda terlalu rumit sehingga boleh menjadi besar kerana satu perkataan dalam novel itu saja.

“Ada caranya dan saya sudah mendapat formula untuk kemukakan dengan pemimpin MIC dan percaya mereka akan ada kata sepakat,” katanya.

Beliau berkata, jika isu itu dibincang atas semangat setia kawan, tidak timbul dakwaan ia boleh mencetus perkara tidak baik.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi, ketika ditemui selepas melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis, berkata novel itu tidak boleh ditarik balik tanpa penjelasan secukupnya mengenai isu itu.




NUKILAN HATI HANG NADIM
Ikut perasaan.....tidak fikirkan siapa jadi mangsa.....bangsa sendiri terkorban negara sendiri tergadai agama sendiri gagal di laksana.....Dymm Sultan Di sanggah.....mengapa jadi begini.....fikirkanlah Wahai rakyat Malaysia.....
Bila kita merdeka mengapa kita tidak fikirkan pengorbanan pemimpin kita.....
Kita di jajah bermula 1511 kejatuhan Melaka patut jadi contoh.....mari kita bersama membina negara kita.....semoga negara aman dan merdeka.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.