Pages

Subscribe:

23 Januari, 2011

[ hang nadim] TIDAK KENANG BUDI.....

Antara gambar dalam blog Ummi Hafilda Ali menunjukkan keakraban abangnya, Azmin yang disifatkannya sebagai anak angkat kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Ummi Hafilda Ali melalui blognya kelmarin memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keakraban abangnya iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam entri semalam juga, Ummi menyifatkan Azmin sebagai ‘si tanggang’ kepada Dr. Mahathir kerana memusuhi dan menabur fitnah bekas pemimpin nombor satu negara itu yang merupakan bekas bapa angkatnya sendiri, selepas Azmin bertugas dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ummi, tindakan Azmin itu amat memalukan mereka sekeluarga kerana Dr. Mahathir telah melantik Azmin sebagai Pegawai Khasnya selepas beliau menamatkan pengajian di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

Pas dicabar bertanding di semua 222 kerusi

LABIS 23 Jan. - Pas dicabar bertanding di semua 222 kerusi pilihan raya di seluruh negara sekiranya mereka ingin terus memainkan fatwa bahawa mengundi UMNO adalah haram.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika benar fatwa itu untuk menyelamatkan umat Islam di negara ini, parti pembangkang berkenaan harus berani untuk bertanding di semua kerusi di seluruh negara.

"Mengundi Pas wajib syarie dan mengundi UMNO haram syarie. Itu jelas fatwa politik yang songsang dan amat merbahaya. Ia hanya fatwa politik dan kalau betul mereka begitu, kenapa tidak bertanding di semua kawasan pilihan raya untuk selamatkan semua umat Islam.

"Kenapa perlu bergabung di tempat tertentu dan bagi DAP bertanding. Apakah di tempat DAP bertanding tidak ada umat Islam? Ia memang hanya fatwa politik songsang dan amat dikesali kerana terus dimainkan pada ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia semasa mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Suria dan Taman Sinar Emas di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Ahmad bukan sahaja mengedarkan risalah mengenai calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, malah turut memberikan senaskhah akhbar Mingguan Malaysia kepada pengundi di rumah-rumah yang dilawatinya.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengulangi 'fatwa' itu bahawa haram mengundi UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika Pas tidak boleh berbuat demikian, memang sah itu fatwa politik sahaja kerana untuk bersekongkol dengan DAP, mereka mengenepikan fatwa tersebut.

Beliau berkata, fatwa yang dibuat Pas sentiasa berubah-ubah semata-mata untuk meraih undi pada pilihan raya. Pada PRK DUN Tenang, Pas mencalonkan calon wanita, Normala Sudirman, 38, bagi menghadapi BN.

"Dulu kata wanita tidak boleh bertanding, tapi sekarang boleh pula. Dulu tak boleh bersama dengan orang bukan Islam, sekarang dia yang berpakat bukan main.

"Dulu tak boleh kerja malam, sekarang ini kalau tak boleh kerja malam, macam mana nak jadi wakil rakyat. Jadi wakil rakyat ini kena kerja siang malam, pagi petang, subuh senja. Kalau tak boleh buat, lebih baik tak payah bertanding," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengundi Tenang supaya tidak terpengaruh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu meletakkan peluang menang pada PRK DUN Tenang 40 peratus sahaja.

Menurutnya, para pengundi di Tenang harus berhati-hati dengan taktik berkenaan yang disifatkannya sebagai 'jerangkap samar' politik Pas untuk meraih undi simpati rakyat.

Beliau berkata, pada mulanya Pas mengatakan hanya bertanding untuk mengurangkan majoriti, kemudian sekadar mendapatkan undi diperoleh seperti pada Pilihan Raya Umum 2008 dan kini hanya menaruh harapan 40 peratus.

Wan Azizah perlu jawab dakwaan Nallakaruppan

PULAU PINANG 23 Jan. - Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah hari ini mengulangi gesaannya supaya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawab segala dakwaan termasuk yang mengatakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang 'putar alam' dan 'pelacur politik'.

Menurut Aminah, dakwaan itu amat penting untuk dijawab memandangkan ia pertuduhan serius melibatkan peribadi suaminya yang dilemparkan oleh bekas pimpinan kanan parti itu sendiri iaitu Datuk S. Nallakaruppan.

Kata beliau, sebagai Presiden PKR, Wan Azizah tidak boleh membiarkan dirinya daripada terus digelar presiden 'tunggul kayu' yang tidak mampu berfikir sendiri dan hanya berlakon mengikut skrip.

"Saya amat pelik dengan perangainya (Wan Azizah). Mengapa sehingga sekarang dia (Wan Azizah) tetap membisu sedangkan dakwaan Nallakaruppan itu amat berat melibatkan perilaku suaminya.

"Wan Azizah perlu tampil untuk menjawab semua dakwaan itu untuk membersihkan nama dan maruahnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) menyatakan Anwar sebagai seorang individu 'putar alam' yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi akhirnya menjadi 'pelacur politik'.

Beliau berkata, sepanjang persahabatannya dengan Anwar selama 30 tahun, banyak rahsia Penasihat PKR itu yang diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

Menurut Nallakaruppan, sebagai rakyat yang sayangkan negara, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan cabaran Anwar dalam apa bentuk sekalipun termasuk melalui perbicaraan mahkamah.

Tambah Aminah, Wan Azizah juga seolah-olah merelakan PKR terus dipergunakan untuk memperkukuhkan pengaruh politik DAP apabila membenarkan Karpal Singh menjadi peguam bela kes liwat membabitkan suaminya itu.

"Tindakannya itu menunjukkan bukti bahawa PKR sekarang adalah parti yang sedang diliwat dan diperkudakan DAP dan beliau (Wan Azizah) sebagai presiden merelakan perlakukan DAP itu," katanya.

Pas terbukti memfitnah PM

HAMZAH Abdul Manaf menunjukkan berita di dalam Buletin Tenang yang mempolitikkan pengurusan jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang pada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang di Labis, Johor, semalam.

LABIS 23 Jan. – Taktik kotor Pas mula terbongkar satu per satu termasuk yang terbaru mengenai penipuan dan putar belit parti itu yang mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lupa menziarahi’ jenazah seorang pimpinan UMNO cawangan yang meninggal dunia pada hari Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke Felda Tenang, 18 Januari lalu.

Ia suatu fitnah nyata yang dilakukan oleh Pas melalui edisi kedua akhbar Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diedarkan kepada orang ramai sepanjang tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini.

Sebaliknya, apa yang berlaku, seperti ditegaskan Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.

Satu lagi penipuan Pas menerusi buletin itu ialah apabila mendakwa jentera parti itu yang menguruskan jenazah Allahyarham, sedangkan hakikatnya ia diuruskan sendiri oleh para penduduk kampung.

Sebaliknya, beberapa wakil dan jentera Pas hanya muncul secara tiba-tiba di masjid berkenaan termasuk calon parti itu, Normala Sudirman untuk memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham.

Kemudian, di dewan solat Masjid An-Nur Felda Tenang itu, salah seorang daripadanya yang memakai jaket Pas secara tidak semena-mena bangun dan mengimamkan solat jenazah ketika pengurusan masjid meminta waris Allahyarham menjadi imam kerana lebih afdal diimamkan oleh keluarga terdekat, atau menunggu kira-kira 15 minit untuk imam tiba.

Hamzah yang ditemui Utusan Malaysia hari ini menegaskan, hati seluruh penduduk di Felda Tenang sangat terluka dengan tindakan Pas menerusi buletin itu bertajuk ‘PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno cawangan Tenang.

Menurutnya, Pas secara terbuka berbohong apabila mendakwa Najib tidak melawat jenazah ketika melintasi masjid itu pada pukul 10 pagi kerana isu itu langsung tidak berbangkit sebaliknya suatu penipuan besar.

Jelasnya, ia bukan isu kerana Perdana Menteri tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham, malah jenazah tiba dari Hospital Segamat untuk disembahyangkan di masjid berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

“Ini suatu pembohongan, bohong, bohong, bohong,” katanya ketika wartawan menunjukkan naskhah Buletin Tenang terbitan Badan Perhubungan Pas Johor itu kepada beliau hari ini.

Abdul Latif Subhi meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi di Hospital Segamat setelah mengadu sakit dada.

Selain itu, tambah Hamzah, para penduduk Felda Tenang berasa sangat kecewa lebih-lebih lagi apabila Pas mendakwa imam masjid Masjid An-Nur Felda Tenang, Mohd. Shariff Hassan, tidak mempeduli dan menguruskan jenazah berkenaan kerana sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ayahanda’ oleh penduduk Felda sangat terkilan dan kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja menabur fitnah semata-mata hendak memburukkan Perdana Menteri dan penduduk kampung semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tanpa mempedulikan hukum hakam agama Islam yang menegah keras umatnya melakukan fitnah sesama Islam.

Sambil berharap supaya pengundi di DUN Tenang yang mendengar atau membaca mengenai fitnah tersebut supaya jangan mempercayainya, Hamzah berkata:

“Siapa kata orang Pas yang kendalikan semua urusan jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan? Semua urusan itu kami yang lakukan kecuali imamkan solat jenazah dan itu pun, dia (orang Pas) tidak diminta berbuat demikian.

“Seperti kebiasaan, kita minta jika ada waris terdekat untuk mengimamkan jenazah, tapi disebabkan anak Allahyarham tidak bersedia menjadi imam solat jenazah, kita tanya sama ada mahu tunggu imam (Mohd. Shariff). Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai jaket Pas terus ke hadapan dan mengimamkan solat tersebut.

“Saya nak ucap ‘tahniah’ kepada Pas kerana memfitnah dan memburukkan orang kampung dia sendiri,” katanya dengan nada sinis menyindir pemimpin Pas yang sengaja menabur fitnah untuk meraih sokongan.

Hamzah berkata, pihaknya sebenarnya memang tidak menghalang tindakan lelaki itu yang bukan pun penduduk Felda berkenaan mengimamkan solat jenazah tersebut tetapi tindakan memutarbelitkan fakta kejadian itu untuk dijadikan modal politik sangat dikesali.

Menurutnya, jika lelaki itu tidak mengimamkan solat jenazah itu pun, ia tetap dilangsungkan awal kerana Mohd. Shariff tiba beberapa minit kemudian iaitu ketika sembahyang baru bermula.

“Sebelum itu, saya telefon imam supaya datang segera untuk mengimamkan jenazah. Saya juga sudah beritahu supaya menunggu kira-kira 15 minit untuk menanti ketibaan imam.

“Sebenarnya semua urusan mengenai jenazah, kita yang lakukan. Ahli Pas ini cuma mengimamkan solat jenazah semasa jenazah tersebut disembahyangkan. Kalau betul Pas uruskan semuanya, kenapa tidak ada seorang pun orang Pas yang membantu urusan sehingga ke tanah perkuburan?” katanya.

Pas terbukti memfitnah PM

HAMZAH Abdul Manaf menunjukkanerita di dalam Buletin Tenang yang mempolitikkan pengurusan jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang pada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang di Labis, Johor, semalam.

UMNO Kelantan bongkar kelemahan Pas

BACHOK 23 Jan. - UMNO Kelantan akan membongkar tembelang dan kelemahan parti Pas di negeri ini dalam kempen Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pendedahan itu penting supaya pengundi DUN berkenaan tidak akan terpengaruh dengan fitnah yang ditaburkan oleh parti pembangkang untuk meraih undi dan simpati rakyat sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, antara kelemahan yang akan didedahkan termasuk isu bekalan air bersih, jalan, perparitan dan punca berlakunya banjir di Kelantan termasuk kepincangan dalam pelaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan kerajaan Pas Kelantan selama ini.

"UMNO Kelantan akan menghantar 20 orang petugas yang berpengalaman ke DUN berkenaan bagi membantu UMNO Johor sepanjang kempen berlangsung sehingga hari pengundian.

"Penceramah berkaliber yang dipilih itu akan membantu dalam kempen pilihan raya berkenaan untuk menangkis dakyah yang dijangka akan disebarkan oleh parti lawan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan Pangkalan Petah, di sini petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persiapan UMNO Kelantan untuk membantu UMNO Johor menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Mohd. Azahar Ibrahim ditentang oleh calon Pas Normala Sudirman.

Bagaimanapun, Awang Adek berkata, UMNO Kelantan perlu mendapat arahan daripada jentera pilihan raya UMNO Johor terlebih dahulu kerana pendekatan di negeri itu agak berbeza daripada tempat-tempat lain sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah pun menyatakan hasrat itu kepada UMNO Johor untuk bersama-sama mempertahankan kerusi berkenaan dengan keyakinan kemenangan berpihak kepada BN.

Katanya, penerangan mengenai kepincangan Pas akan dilakukan sama ada pada majlis ceramah atau berkempen dari rumah ke rumah.

Menurutnya, pengundi di DUN Tenang perlu diberi penerangan yang jelas mengenai hala tuju Pas supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan propaganda kempen yang akan dilaksanakan dengan pelbagai pendekatan termasuk menggunakan agama untuk meraih undi

Jangan biar politik liar bertapak

LABIS 23 Jan. - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya jangan memperjudikan nasib mereka dengan memberi sokongan kepada Pas kerana dibimbangi budaya politik liar yang dipraktikkan oleh pembangkang menular ke negeri ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, seluruh rakyat di kawasan Tenang perlu membuka mata dan melihat sendiri kekecohan yang timbul apabila pembangkang memerintah termasuk menghina sultan.

"Apakah budaya ini yang mahu dilihat oleh rakyat Tenang dan Johor, mereka bertindak sesuka hati tanpa menghormati undang-undang negara malah, sultan sendiri pun dihina dan dicerca oleh pakatan pembangkang termasuk Pas.

"Saya tidak fikir budaya orang Johor begini, Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini sudah 53 tahun tiada sebarang masalah timbul tetapi apabila pembangkang berkuasa, macam-macam terjadi," katanya.

Beliau berucap merasmikan majlis penyerahan kunci rumah kepada penduduk miskin yang dibina oleh RISDA di Kampung Lembah Bakti di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. hafie berkata, pengundi di Johor perlu mengambil iktibar terhadap penyesalan rakyat Selangor dan Pulau Pinang sekarang ekoran terlalu mengikut hati semasa pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, penyesalan itu sudah tidak berguna lagi kerana rakyat terpaksa menunggu lima tahun sekali, baru boleh mengubah semula kerajaan terdahulu dan tempoh lima tahun katanya, adalah suatu jangka masa yang lama.

"Janganlah setelah jadi seperti Selangor dan Pulau Pinang baru hendak menyesal, baru sedar belang sebenar pembangkang kerana suka tidak suka rakyat perlu menunggu lima tahun sekali baru boleh bertindak," katanya.

Mengenai penyerahan kunci rumah, Mohd. Shafie berkata, 24 penduduk miskin kini mampu menikmati kehidupan yang lebih selesa apabila Risda membelanjakan sebanyak RM30,000 bagi membina setiap sebuah rumah untuk mereka.

Menurutnya, projek pembinaan rumah tiga bilik itu yang bermula sejak tahun lalu diberi percuma kepada semua 24 penduduk tersebut.

"Inilah bukti kebertanggungjawaban kerajaan BN yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan bukannya sekadar menabur janji kosong seperti yang selalu dilaungkan pembangkang," jelasnya.

Usah peralat masjid sebar ideologi sendiri

2011/01/24
LANGKAWI: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam mengingatkan semua pihak di negeri ini tidak menjadikan masjid sebagai medan untuk meraih sokongan peribadi atau untuk menyebarkan ideologi masing-masing.

“Mimbar masjid adalah wadah atau ruang memupuk ukhuwah Islamiah sesama Muslim dan bukannya gelanggang atau medan melepaskan geram serta cercaan kepada mana-mana pihak,” titah baginda di sini

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan bangunan baru Masjid Al Ehsan Temoyong di sini.
Bangunan baru bernilai RM7 juta itu boleh menampung 2,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid, titah baginda seharusnya menjadi institusi untuk menyubur rasa kasih dan cinta sesama Islam.

Dalam titah itu, Tuanku Abdul Halim turut melahirkan rasa dukacita melihat umat Islam terus bermusuhan dan bersengketa sesama sendiri.

“Penyakit pecah-belah ini datang dari hawa nafsu dan kepentingan duniawi yang boleh menghancurkan umat, yang untung ialah musuh Islam yang sentiasa menunggu saat-saat kejatuhan," titah baginda.
Sultan Kedah seterusnya menggesa umat Islam di negeri itu memastikan masjid dimuliakan, dihormati dan tidak dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menafikan kekudusannya.

“Beta berharap Majlis Agama Islam Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah meningkatkan pemantauan dan seliaan supaya tidak timbul sebarang kejadian yang mencemar imej dan kesucian masjid di negeri ini,” titah baginda. – BERNAMA

Tolak calon UMNO hanya cerita rekaan
2011/01/24
LABIS: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyifatkan penyebaran risalah kononnya penyokong Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh, menolak calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai cerita rekaan pembangkang yang terdesak untuk melemahkan jentera BN.

Mohd Shafie berkata, jentera parti itu termasuk sayap Wanita sentiasa bekerja keras dan bersatu hati memastikan DUN berkenaan menjadi milik Mohd Azahar kerana bekas Bendahari Pemuda UMNO Labis itu dipilih sebagai calon menerusi persetujuan dan kesepakatan semua pihak.

Sebenarnya tak ada masalah antara jentera sayap dan bahagian. Kita kesal dengan pengedaran risalah seperti ini, takkan UMNO nak mengedarkannya kepada pengundi.

"Saya harap penduduk DUN Tenang supaya tidak mudah terpedaya dan saya juga yakin pengundi di kawasan ini tidak mudah untuk diperalatkan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah RISDA Segamat di Kampung Lembah Bakti, di sini, semalam.

Risalah tertulis 'Kami Penyokong Linda Tidak Akan Menyokong Tok Ai Sebagai Calon, BN Tolak Wanita' yang kononnya disebarkan Kelab Wanita Veteran Labis di sekitar kampung dalam DUN Tenang sejak kelmarin.

Mohd Shafie turut menyifatkan Mohd Azahar calon terbaik untuk mewakili rakyat kerana beliau seorang anak muda yang sudah masak dengan selok belok kawasan DUN Tenang, selain berpengalaman dalam pentadbiran pada peringkat daerah.

Katanya, setiap kali kempen pilihan raya kecil, pembangkang akan melakukan pelbagai usaha termasuk mereka-reka cerita tidak benar untuk melemahkan jentera BN serta mengelirukan pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.