09 Februari, 2011
[hang nadim] 1,439 lagi rakyat kita selamat tiba.....
SEPANG 9 Feb. – Para pelajar Malaysia yang dibawa pulang oleh kerajaan melalui Ops Piramid berikutan pergolakan di Mesir meminta usaha murni kerajaan itu tidak dijadikan isu politik.
Pelajar tahun pertama Pengajian Syariah di Universiti al-Azhar, Muhammad Hafiz Iliyas, 20, berkata, hanya mereka yang berfikiran sempit akan menjadikan isu kepulangan mereka sebagai bahan politik.
‘‘Perlu diingatkan bahawa bukan mudah hendak menguruskan kepulangan 13,000 rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika negara itu sedang bergolak.
‘‘Usaha murni kerajaan yang sanggup bersusah payah membawa keluar rakyat kita dari Mesir untuk dipindahkan ke Jeddah kemudian pulang ke tanah air perlulah dihargai,” katanya.
Muhammad Hafiz merupakan antara 1,439 pelajar daripada kumpulan ketiga Ops Piramid yang selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat MH 8031 di sini, hari ini.
Sementara itu, pelajar tahun kedua jurusan pergigian juga dari Universiti al-Azhar, Norsaidah Abdullah berkata, pujian perlu diberikan terhadap usaha kerajaan memindahkan sejumlah besar rakyat melalui Ops Piramid.
Pelajar berusia 20 tahun itu berkata, layanan yang diberikan oleh para petugas semasa proses pemindahan tersebut juga amat memuaskan hati.
“Dalam keadaan yang agak mencemaskan di Mesir, layanan istimewa bukanlah perkara yang perlu diberi keutamaan namun keselamatan para pelajar amat dititikberatkan oleh pihak keselamatan Malaysia semasa di sana,” katanya.
Pelajar perubatan Universiti Mansourah, Rafiqah Mat Yasin, 20, turut berkongsi pandangan yang sama mengenai misi bantuan yang disifatkan amat sistematik oleh kerajaan.
“Apa yang penting sekarang, kami sudah selamat sampai ke tanah air dan jauh daripada kekecohan dan rusuhan yang melanda Mesir,” kata pelajar tahun dua itu.
1,439 lagi rakyat kita selamat tiba
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my
Pelajar minta Ops Piramid tidak dipolitik
اسأل الطلاب الهرم ليس في مكتب خدمات المشاريع السياسية
PARA pelajar dan rakyat Malaysia daripada kumpulan ketiga Ops Piramid selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. - Utusan/Zaki Amiruddin
SEPANG 9 Feb. - Seramai 1,439 lagi pelajar dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Jeddah, hari ini.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, penerbangan pulang kumpulan ketiga Ops Piramid itu menggunakan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan tiga buah pesawat Saudi Arabian Airlines sumbangan kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata, masih terdapat 3,864 lagi rakyat Malaysia yang berada di Jeddah dan kesemuanya akan dibawa pulang ke tanah air selewat-lewatnya Ahad ini.
"Kita yakin proses ini akan selesai mengikut jangkaan memandangkan jumlah pelajar yang tinggal di Jeddah tidak begitu besar seperti di peringkat awal pemindahan Ops Piramid.
"Sasaran itu akan dapat dicapai sekiranya kita berjaya membawa keluar antara 1,000 hingga 1,500 pelajar sehari, ditambah pula dengan kerjasama MAS, AirAsia dan kerajaan Arab Saudi," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika menyambut ketibaan 357 pelajar dengan pesawat MH 8031 di KLIA di sini pada pukul 7.30 pagi ini.
Jumlah selebihnya tiba secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan pesawat Saudi Arabian Airlines.
Dua hari lalu, kerajaan berjaya membawa pulang kumpulan pertama melibatkan 778 rakyat Malaysia diikuti 556 orang pada hari berikutnya.
Kohilan berkata, sehingga kini terdapat hampir 7,000 rakyat Malaysia yang sudah dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah.
Namun begitu, katanya, bukan semuanya akan pulang ke tanah air ekoran terdapat sebahagian daripada mereka akan menuju ke destinasi lain.
"Ini kerana ada antara mereka bukan pelajar atau pekerja Malaysia yang menetap di Mesir sebaliknya sedang bercuti di negara itu semasa rusuhan berlaku.
"Mereka memilih untuk ke destinasi lain atas perbelanjaan yang ditanggung sendiri," katanya.
Sementara itu, katanya, masih terdapat hampir 2,000 pelajar yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke tanah air kerana mahu menamatkan pengajian yang dijangka berakhir Mac depan.
"Kerajaan bersetuju dan menghormati keputusan pelajar berkenaan, namun atas sebab keselamatan, wakil pihak Kedutaan Malaysia akan memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati para pelajar terbabit agar mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum membuat keputusan untuk terus berada di Mesir
Dataran Tahrir kembali panas
ميدان التحرير الساخنة مرة أخرى
KAHERAH 9 Feb. - Setelah bilangan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dilihat menurun sejak Sabtu, momentum mereka kembali meningkat semalam dengan ribuan orang memenuhi kawasan tersebut dan berterusan hari ini dipercayai didorong oleh kemunculan seorang aktivis politik yang baru dibebaskan daripada tahanan polis, kelmarin.
Kembalinya penunjuk perasaan menentang kerajaan Hosni Mubarak itu jelas menyebabkan kerajaan tidak senang hati. Petanda paling ketara ialah akses kepada Internet ditutup sejak semalam, berbanding sebelum ini akses boleh diperolehi pada waktu malam.
Utusan Malaysia bersama lima lagi rakan wartawan tiba di kawasan Dataran Tahrir kira-kira pukul 11 pagi dan melihat pergerakan yang luar biasa orang ramai memasuki dataran, berbanding hari-hari sebelumnya.
Untuk memasuki kawasan dataran, orang ramai harus melalui pos pemeriksaan tentera yang telah menutup kawasan itu dengan kawat berduri dan bilangan tentera yang ramai. Ketika beratur, kami melihat sekumpulan wartawan Barat bercakap dengan seorang pegawai tentera, yang jelas tidak membenarkan mereka masuk.
Pada masa yang sama, seorang jurugambar Barat berjalan ke arah kami yang berkata, beliau tiba-tiba dilarang masuk pula hari ini, walhal semalam tidak ada masalah berbuat demikian.
Katanya, wartawan dan jurugambar atau sesiapa yang membawa peralatan kamera tidak dibenarkan memasuki kawasan dataran.
Ini mendorong kami menukar program kerana tiga daripada kami memiliki kamera dan memilih untuk meninggalkan kawasan dataran atas faktor keselamatan.
Tinjauan Utusan Malaysia semalam di sekitar pusat bandar raya ini hingga ke Giza mendapati walaupun kereta-kereta kebal tidak mengubah kedudukannya di lokasi strategik dan sensitif, kehidupan di kota ini berjalan seperti biasa.
Cuma kerajaan Mesir jelas mengambil langkah yang sudah dijangka dalam usaha menyekat aliran komunikasi, dengan menggantung akses Internet. Malah wartawan Malaysia yang tinggal di hotel yang sama, mula merasai 'perhatian' yang tinggi daripada kakitangan hotel yang terletak kira-kira dua kilometer dari Kedutaan Malaysia di Mohandessine, Giza di sini.
Semalam, wartawan Utusan 'ditawarkan' berpindah bilik ke tingkat yang sama dengan rakan yang lain, walhal tiada aduan atau alasan lebih munasabah untuk berpindah. Semasa Internet tiada, seorang kakitangan mahu memeriksa komputer bimbit wartawan Utusan ke pejabatnya atas alasan mahu memeriksa sambungan. Yang sedikit menyeramkan ialah talian telefon dari bilik ke bilik pula ditiadakan semalaman. Mujurlah telefon bimbit masih boleh digunakan.
Belum dapat dijangka apakah langkah seterusnya yang akan dibuat oleh pihak berkuasa Mesir terhadap sekumpulan media Malaysia yang tinggal lama ini. Sekurang-kurangnya kami sudah menyedari sejak Isnin lalu, pergerakan kami sudah ada 'bayang-bayang' yang mengikuti ke mana saja kami pergi. - UTUSAN
All Malaysians back from Egypt before Sunday
جميع الماليزيين العودة من مصر قبل الأحد
SEPANG: The Foreign Ministry is confident that it will be able to fly back all the Malaysians moved from Egypt to Jeddah before Sunday, said its deputy minister A. Kohilan Pillay.
“About 7,000 of the Malaysian students, visitors and workers in Egypt have already been flown home and we are confident that we can move the remainder 3,864 Malaysians currently in Jeddah before Sunday, if we can continue to fly about 1,000 of them daily,” he told reporters Wednesday at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Also evacuated from Egypt, he said, were Malaysians students studying in other countries and visitors planning to head to other countries but they were offered free passage only up to Jeddah and had to pay their own way to their destinations from there.
On the Ops Piramid cost, Kohilan said it had yet to be calculated as the evacuation was still underway but according to his own estimation it could reach RM50mil in total.
On complaints that the Malaysian Embassy in Egypt had been slow to help those stranded at the Cairo Airport, Kohilan said there were students who rushed to the airport right after the unrest began to return home but did not inform the embassy.
He said as a result of the repeated flight cancellations that followed, about 200 of the students and other Malaysians were left stranded at the airport.
“By the time the embassy was informed that our students were stranded at the airport, the curfew was already in place and there was no way to get to them immediately,” he said, adding the embassy did go to the students aide as soon as the curfew lifted and provided daily meals for all those awaiting flights there.
He said the students who wanted to stay should get their parents consent while those who were not yet registered with the embassy should do it immediately.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.