Pages

Subscribe:

08 Februari, 2011

[ hang nadim] Guan Eng ramal peluang sukar jika BN pertaruh Zaini



Noh Omar cabar Khalid

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 8 Feb. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar agar mengotakan janjinya untuk mendedahkan laporan audit dua anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid pernah berjanji untuk mengedarkan kepada umum laporan itu pada 5 Januari lalu tetapi sehingga kini belum berbuat demikian.

"Saya cabar Abdul Khalid dedahkan laporan audit berkenaan agar rakyat tahu kedudukan sebenar kewangan PKNS dan Yayasan Selangor. Tidak usah lagi bermain wayang dan terus menipu rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat itu baru-baru ini.

Antaranya kata beliau, Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran.

Selain itu katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa.

"Pelantikan individu muflis ke jawatan pengurusan kanan dalam Yayasan Selangor seperti didedahkan sebuah blog pula menunjukkan Abdul Khalid tidak mengamalkan ketelusan kerana mengutamakan kronisme," ujarnya.

Katanya, Abdul Khalid sanggup mengetepikan peraturan kerana mahu suku-sakatnya dilantik ke jawatan tertentu.

"Agak menghairankan kerana pelantikan ini tidak dibuat mengikut prosedur yang betul sedangkan ia jawatan penting dalam organisasi itu.

"Menteri Besar turut menggunakan kuasanya dalam menentukan pelantikan jawatan pengurus besar yayasan itu kerana individu dilantik bukan daripada dua calon yang dikemukakan jawatankuasa penemuduga," katanya.

Beliau mendakwa, segala keputusan yang dibuat Menteri Besar tidak tertakluk kepada peraturan melainkan keputusan yang dibuat sendiri.

"Bayangkan sebulan kerja, individu berkenaan dinaikkan gred ke Jusa B dengan gaji sebanyak RM16,920.05 termasuk elaun.

"Individu berkenaan sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan Yayasan Selangor apabila meluluskan sendiri pembayaran bonus sebanyak RM11,283.61 tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah," katanya.

Beliau berkata, Abdul Khalid juga sanggup menderhaka kepada Sultan Selangor kerana menentang pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kerana bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bukan kroninya.

Usah politikkan Ops Piramid

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Sikap pembangkang yang menuduh bahawa Ops Piramid adalah misi berunsurkan politik membayangkan bahawa mereka terdesak untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana pembangkang selama ini menganggap bahawa Mesir adalah kubu kuat untuk merekrut pelajar dengan ideologi dan kefahaman pembangkang.

''Sedangkan sanak-saudara kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang diselamatkan di Mesir tidak tergamak untuk mempolitikkan keselamatan mereka.

''Kali ini, orang ramai boleh benar-benar menilai dan mengenali bagaimana cara pembangkang berpolitik," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ops Piramid membayangkan bahawa kerajaan benar-benar memaksudkan apa yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia apabila rakyat dalam situasi di Mesir didahulukan.

Katanya lagi, apa yang lebih memalukan, pembangkang pula cuba menuduh kerajaan bersikap pilih kasih dalam Ops Piramid kerana kononnya kebanyakan pelajar Malaysia di sana merupakan penyokong pembangkang.

''Namun begitulah sikap dan tabiat pembangkang, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan termasuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir ini dilihat salah," kata beliau.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Ops Piramid menunjukkan keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada pergolakan di Mesir.

Zambry menambah, Ops Piramid yang disusun dengan pantas dan sistematik itu tidak seharusnya dipolitikkan kerana matlamat utama kerajaan adalah untuk membawa pulang rakyat Malaysia dengan selamat tanpa mengira ideologi dan fahaman politik mereka.

Bagi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula, kejayaan Ops Piramid itu merupakan lambang keprihatinan kerajaan mengenai keselamatan dan kebajikan rakyat yang berhadapan situasi sukar di negara Mesir.

Katanya, operasi itu juga jelas menunjukkan betapa semangat 1Malaysia itu diterjemahkan dengan perbuatan dan kecekapan bekerja tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.


Selangor Govt may finally accept new state secretary
By WANI MUTHIAH wani@thestar.com.my

KLANG: Embattled Selangor state secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi is expected to take his oath of secrecy today before the beginning of the weekly executive council meeting.

According to a source close to the state Government, there were many indications that Mohd Khusrin would finally be fully accepted as the state secretary.

The source said the decision to allow Mohd Khusrin to take the oath of secrecy was made after the much publicised meeting between him and Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

The Mentri Besar and Mohd Khusrin had probably come to an agreement to work amicably and to put a stop to the controversy surrounding the latter’s appointment.

Mohd Khusrin’s appointment by the Public Services Commission was rejected by the state Government which clearly stated that it preferred other candidates.

When contacted, Mohd Khusrin said he had not been informed about the swearing-in before Khalid today.He added that he had started attending various state related meetings in his capacity as the state secretary.

To a question of his relationship with Khalid and the state executive council, Mohd Khusrin said he would give them his fullest cooperation.

Mohd Khusrin added that he hoped the controversy surrounding his appointment would end.

“There has been so much negative perception about me being in the state Government.

“I am not a troublemaker,” said Mohd Khusrin.

DAP tak yakin PAS menang
Oleh Amin Ridzuan Ishak

2011/02/09
Guan Eng ramal peluang sukar jika BN pertaruh Zaini

GEORGETOWN: DAP tidak yakin PAS yang diberi laluan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, mampu merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata peluang PAS untuk menang dilihat agak sukar terutama jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor.
"Ini (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang. DAP akan tetap menghulurkan bantuan kepada PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya di sini, semalam. Guan Eng diminta mengulas peluang pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang dijadualkan 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada BN yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, 20 Januari lalu.

Kelmarin, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang memilih PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu, sekali gus mengenepikan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang mahu meletakkan Pengerusinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Difahamkan PAS menyenaraikan beberapa nama untuk dicalonkan antaranya Yang Dipertua PAS kawasan Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka; Kamaruddin Sidek dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizat Abdullah Jasme.
Bagi BN pula, tujuh nama disebut-sebut yang terdiri daripada kalangan pegawai kerajaan antaranya Zaini, 50, yang berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau. Beliau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah pertama.

Nama lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat; Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad, Penghulu DUN Bemban, Jezlee Pit dan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Di kalangan ahli politik yang akan dicalonkan termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Abdul Nasir Bazid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.