08 Februari, 2011
[ hang nadim] Move on Valentine’s Day ‘sins’.....التحرك على 'الخطايا' عيد الحب
Dr Mahathir mahu rakyat ambil iktibar
2011/02/09
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat negara ini mengambil iktibar terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara berbilang kaum.
Beliau berkata situasi di Mesir jauh berbeza dengan Malaysia kerana menerusi kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) rakyat hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu
Katanya, rusuhan berlaku di beberapa buah negara Islam kini disebabkan rakyatnya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan yang menekan serta penyalahgunaan kuasa. “Di Malaysia ia tidak akan berlaku kerana kerajaan memberi perhatian terhadap penderitaan rakyat terutama pengangguran. Di negara kita peluang pekerjaannya banyak.
“Walaupun demikian manusia tetap tidak berpuas hati dengan pemerintah... bagaimanapun rusuhan seperti yang berlaku di negara Islam lain tidak akan berlaku di sini, kalau ada pun hanya kecil saja.
“Rakyat yang melakukan rusuhan mungkin berjaya menumbangkan sesebuah kerajaan, namun, mereka belum tentu akan mendapat kerajaan yang adil selepas itu” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Guru tipu diculik minta RM1,000
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
2011/02/09
Lelaki berpakat dengan rakan guna wang tebusan beli ganja
KUANTAN: Gara-gara terdesak mendapatkan duit untuk membeli dadah, seorang guru sekolah rendah berpakat dengan dua rakannya menipu isterinya dengan mendakwa bahawa beliau diculik dan meminta wang tebusan RM1,000 bagi membebaskannya.
Dalam kejadian di Temerloh, Sabtu lalu, guru berusia 30 tahun itu mengarahkan seorang daripada rakannya menyamar dan menghubungi isterinya bagi memaklumkan suaminya ‘diculik’ sejak Jumaat lalu.
Rakan guru terbabit juga meminta wanita berusia 30 tahun itu menyediakan wang tebusan jika mahu suaminya dibebaskan. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata mangsa yang ketakutan kemudian menghubungi Balai Polis Temerloh memaklumkan kejadian berlaku sebelum polis menyusun strategi dengan meminta mangsa menuruti arahan suspek.
“Sebaik mangsa meninggalkan wang tebusan di tepi tong sampah seperti diarahkan, sepasukan anggota polis membuat intipan melihat seorang lelaki mengambil bungkusan itu.
“Lelaki terbabit kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh untuk siasatan sebelum suspek mendedahkan dua lagi rakannya sedang menunggu dalam kereta, tidak jauh dari bangunan berkenaan.
“Polis kemudian membuat serbuan terhadap kereta berkenaan dan menahan dua lagi suspek sebelum dibawa ke IPD Temerloh dan memanggil mangsa berhubung penahanan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Md Nor berkata, sebaik tiba di IPD Temerloh, mangsa terkejut apabila mendapati dalang sebenar perbuatan terbabit adalah suaminya sendiri.
“Siasatan awal mendapati, suami mangsa mengaku melakukan perbuatan terbabit kerana terdesak untuk mendapatkan wang RM1,000 dipercayai untuk membeli ganja,” katanya.
Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan kecewa disisih
2011/02/09
Sollahudin hidup daif dakwa parti tidak menjaga kebajikan
ALOR SETAR: Bekas Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sollahudin Mansor yang kini hidup daif dan menanggung seorang anak terencat akal selain dua anak yang masih belajar di Kolej Kemahiran MARA dan isteri, melahirkan rasa kecewa kerana mendakwa disisihkan oleh parti itu.
Sollahudin, 71, yang tinggal di Kampung Baru Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, berkata ketika Presiden PAS ketika itu, Datuk Fadzil Noor belum meninggal dunia, pemimpin PAS itu sentiasa menjaga kebajikan keluarganya
Pada masa itu saya cukup rapat dengan Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor. Bagaimanapun selepas beliau meninggal dunia, tiada siapa dalam parti mempedulikan nasib saya dan beberapa rakan bekas tahanan ISA,” katanya yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sollahudin ditahan di bawah ISA selama dua tahun kerana menyertai demonstrasi harga padi di hadapan Wisma Negeri (ibu pejabat pentadbiran negeri) di Alor Setar pada 1979 ketika menjawat Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah.
Beliau sedih kerana PAS tidak menghargai perjuangannya itu dan menyisihkannya dan tidak pernah menghantar wakil untuk melihat keadaan dan menjaga kebajikannya.
“Dalam usia emas ini tidak banyak yang dapat saya lakukan. Syukurlah tapak rumah ini peninggalan orang tua saya, dapatlah kami sekeluarga berteduh," katanya ketika dikunjungi Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Haron, semalam.
Sollahudin yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long Solah berkata, dia tiada pendapatan tetap dan perbelanjaan keluarganya ditampung dengan ihsan saudara mara dan rakan.
Dalam kunjungan itu, Abdul Mutalib menghulurkan bantuan UMNO Kuala Kedah berupa barang makanan kepada Sollahudin dan berjanji membantu mendapatkan kerja untuknya di syarikat Kumpulan Wetra.
Beliau juga berjanji akan membantu mendapatkan bantuan bulanan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anaknya yang terencat akal, Samrah, 29.
Pegawai JKM Kota Setar, Mohd Shahril Radzli yang turut serta dalam kunjungan itu berkata, Samrah layak mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300. – BERNAMA
Isteri, anak cekup suami berkhalwat2011/02/09
BUKIT MERTAJAM: Lakonan seorang lelaki yang berjaya ‘menutup’ hubungan sulit dengan wanita berusia 25 tahun sejak tiga tahun lalu, terbongkar setelah dia dicekup oleh isteri dan empat anaknya ketika bersama pasangannya dalam rumah di Taman Impian Ria di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 51 tahun yang mempunyai enam anak serta sudah mempunyai tiga cucu, ditahan isterinya berusia lewat 40-an yang pergi ke rumah berkenaan bersama anak mereka berusia belasan tahun dan 20-an serta beberapa anggota polis, kira-kira jam 8.30 malam.
Selepas wanita itu menahan suaminya bersama pasangannya, anggota polis menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) untuk tindakan lanjut. Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penahanan satu pasangan yang disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah oleh isteri suspek dengan kehadiran anggota polis.
“Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Machang Bubuk untuk dibuat laporan tangkapan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” katanya.
Lelaki dan wanita itu dibebaskan dengan jaminan JHEAIPP dan akan dipanggil semula untuk membantu siasatan.
Khairul Azman berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai enam anak hasil perkahwinan hampir 30 tahun, tetapi segala tindak tanduknya gagal dikesan isterinya atau menunjukkan perubahan pelik.
Sengkang mata jaga kandungan
Oleh HAKIMI ISMAIL dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
SEPANG 8 Feb. - Bagi memastikan bayi dalam kandungannya selamat, seorang ibu sanggup bersengkang mata tidak tidur sambil tidak putus-putus berdoa agar keselamatannya sekeluarga terjamin di Mesir.
Ia merupakan detik cemas yang tidak akan dilupakan oleh pelajar tahun tiga Universiti Al-Azhar, Nurhidayah Mohd. Isa, 24, yang kini sarat mengandung lapan bulan setengah.
Menurut Nurhidayah, dia dan suami yang juga penuntut di universiti yang sama bersengkang mata demi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Saya rela tidak tidur selama beberapa hari demi memastikan anak dalam kandungan selamat walaupun suami menyuruh saya tidur untuk seketika.
"Saya bersyukur ketika Mesir bergolak, suami berada di sisi, saya tidak dapat bayangkan macam mana keadaan saya jika dia tiada," katanya.
Nurhidayah berkata demikian kepada pemberita sejurus tiba dari Mesir menerusi misi Ops Piramid melalui Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hari ini seramai 566 pelajar dan rakyat Malaysia tiba di tanah air melalui pelbagai penerbangan. Ketibaan mereka di sambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem.
Menurut Nurhidayah, suaminya terpaksa meletak pelbagai perabot sebagai penghadang di pintu rumah sewa mereka bagi mengelak ia dipecahkan oleh kumpulan perusuh.
"Memang ada cubaan daripada perusuh untuk memecahkan pintu rumah sewa kami, namun dengan adanya perabot yang diletakkan oleh suami, percubaan mereka gagal. Perasaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu," jelasnya.
Seorang lagi penuntut tahun akhir Universiti Al-Azhar, Siti Zakiah Salleh, 26, berkata, dia kini dalam dilema untuk menamatkan pelajaran kerana khuatir akan banyak terlepas kuliah.
Menurut Siti Zakiah, kuliah di universiti tersebut akan bermula 12 Februari ini dan statusnya kini tidak diketahui.
"Saya amat risau kerana jika pengajian ditangguhkan ia akan merugikan saya memandangkan saya kini berada di tahun akhir," katanya.
Beliau amat berharap kerajaan dapat berunding dengan pihak universiti di Mesir bagi memastikan kelancaran pembelajaran pelajar Malaysia di sana.
Sementara itu, Saiful Islam Mohd. Shafie, 25, dan isterinya Nuraishah Ali, 24, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kerana membawa pulang mereka ke tanah air.
"Langkah yang diambil oleh kerajaan membolehkan kami keluar daripada kekalutan yang melanda Kaherah ekoran demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan," kata Saiful Islam yang turut pulang bersama adiknya, Nadiah, 22.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) turut menyediakan 1,000 bekas bubur lambuk untuk diberikan kepada pelajar dan ahli keluarga yang hadir.
Yang Dipertuanya, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, pemberian bubur lambuk yang menggunakan resipi Kampung Baru itu adalah untuk meringankan beban pelajar yang sebelum ini berdepan dengan keadaan serba kekurangan.
"Walaupun Yadim tidak berkesempatan untuk ke Mesir membantu para pelajar kita di sana, kami tetap tidak mahu ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mereka.
"Ini dapat dibuat dengan membekalkan bubur lambuk kepada mereka setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Kaherah dan kemudian ke Jeddah untuk pulang ke tanah air," katanya.
Kata beliau, pihaknya secara berterusan akan memberikan bubur lambuk kepada pelajar dan ahli keluarga yang hadir sehingga Ops Piramid selesai.
Wednesday February 9, 2011
Move on Valentine’s Day ‘sins’
By SIRA HABIBU
sira@thestar.com.my
PETALING JAYA: PAS Youth chief Nasrudin Hasan Tantawi said the Kedah, Kelantan and Selangor governments have directed all local authorities to work closely with police and Rela in order to carry out operations to check immoral activities during Valentine’s Day.
This is because pre-emptive measures need to be taken to promote sin-free lifestyle, he said.
Nasrudin also called on the authorities to take stern action against organisers who blatantly promote sinful activities.
“For example, several years ago, a hotel in Kuala Terengganu offered free rooms for 100 couples on first-come-first-served basis.
“Last year, there was a campaign to promote a no-panties day in conjunction with Valentine’s Day,” he said.
He said the National Fatwa Council forbids Muslims from celebrating Valentine’s Day because of elements of Christianity and sin.
“We are not against love. We are merely raising awareness on self-dignity and moral values,” he said.
In Penang, PAS youth is working closely with the Islamic Religious Department to check immoral activities among Muslims, he said.
Nasrudin added that PAS youth in every state had also been directed to launch campaigns to promote sin-free lifestyle.
“We have identified favourite spots in every state where lovebirds mingle.
“We are deploying our members to preach and to distribute pamphlets promoting healthy sin-free lifestyle.
“Among the spots identified are Pantai Batu Buruk in Terengganu and Taman Gelora in Pahang,’’ he said.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.