Pages

Subscribe:

07 Februari, 2011

[hang nadim] Najib praises 1Malaysia spirit.....








SEPANG: The mission to rescue thousands of Malaysians from Egypt, codenamed Ops Piramid, was a success because everyone, irrespective of race and religion, rallied behind the effort, said Datuk Seri Najib Tun Razak,

The Prime Minister said this was reflective of the 1Malaysia spirit where Malaysians were united at all times, stressing the mission had no political motive but was of national interest.

“The Government decided that whatever the circumstances, we would launch a mission to rescue all Malaysians there.

“There was no political interest, as long as they were our people, our mission was to save them.”

Najib said Deputy Foreign Minister A. Kohilan Pillay risked his life to see that Malaysians were evacuated safely while his colleague Datuk Richard Riot Jaem helped out from Wisma Putra.

“We are also touched with the commitment given by (AirAsia group chief executive officer Datuk Seri) Tony Fernandes to fly the students out of Egypt and back to Malaysia.

“Everyone, no matter what their religion and race, was concerned about the safety of their fellow Malaysians and wanted to do their bit to help. This is truly the 1Malaysia spirit,” he said when welcoming 778 Malaysians, who were mostly students, on special Malaysia Airlines and AirAsia flights.

Najib, together with his wife Datin Seri Rosmah Mansor, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and ministers, including Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai and Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha were on hand to welcome them.

Tuesday February 8, 2011

Saudis give Malaysia a week to finish mission

SEPANG: Malaysia has been given a week to complete its rescue mission in Jeddah, Saudi Arabia.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said those remaining after that week would have to get their visas extended until they can be flown home.

A total of 778 Malaysians, of whom 459 were flown by MAS and 319 by AirAsia, arrived at the Bunga Raya Complex of the KL International Airport (KLIA) here at about 10am yesterday.

They were the first group of Malaysians to arrive home in the massive evacuation operation.

Jamil Khir said while thousands were on their way home, about 200 students chose to remain in Egypt for various reasons, including family ties and study related matters.

“This is a historic moment because we have successfully moved our children back to Malaysia,” he said. “The Saudi Arabian government has also, for the first time, issued visas-on-arrival, specially for the Malaysian evacuees,” he added.

Deputy Foreign Minister A. Kohilan Pillay, who was among the first to leave for Egypt to coordinate the rescue mission, said the effort was a true reflection of the 1Malaysia spirit.

He said, although most of the affected were Muslims, many people of other races came forward to volunteer their help.

“This episode truly reflects how Malaysians, irrespective of race, come together to help those facing trying times,” he added.

Khaled: Local varsities can host Egypt exams

SEPANG: Local universities have no problems allowing Malaysian medical students whose studies have been disrupted due to the protests in Egypt to sit for their written examinations here.

Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin said this was on condition the universities in Egypt were agreeable to the arrangement.

Khaled said he was told that 1,200 medical students — 1,000 from Tanta University and 200 from Al-Azhar University — were supposed to sit for their written examinations on Feb 12 before the unrest occurred.

“It does not matter if the exams are taken later than the scheduled date but this will save the students from losing a year of studies,” he said yesterday,

Khaled said there were a total of 5,000 Malaysians studying medicine in Egypt while another 6,000 were religious studies undergraduates.

It was earlier reported that the agent for medical studies in Egypt, MedicMesir, was discussing with a local university the possibility of allowing its students to take their written examinations here.

Bantuan bukan sebab pilihan raya

MERLIMAU - Pembangkang diminta tidak mempolitikkan setiap bantuan dan peruntukan dihulurkan kerajaan terhadap negeri yang menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK).

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, setiap peruntukan dan bantuan tidak mempunyai masa tertentu.

Menurutnya, ini termasuk bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap usahawan kecil dan pelajar setiap tahun.

“Seperti hari ini, kita serahkan bantuan RM1.3 juta kepada GiatMara Melaka bukan sebab Merlimau ada PRK, tetapi kerana peruntukan ini sudah kita maktub sejak awal.

“Kebetulan kita datang Melaka hari ini untuk serah bantuan. Selepas ini, kita akan pusing satu Malaysia serah bantuan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Program Perantisan GiatMara - EPU dan Seminar Kerjaya dan Keusahawanan di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin Merlimau, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah dan Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Shahirudin Ab Moin.

Hasan berkata, tahun ini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) menambah RM24 juta bantuan Fasa Kedua Program GiatMara-EPU untuk menambah RM12 juta Fasa Pertama.

Program membantu golongan remaja bawah 20 tahun tidak mampu meneruskan pelajaran kerana kemiskinan dimulakan pada 2009 dan setakat ini seramai 5,525 sudah tamat program.

Pelajar yang pulang perlukan bimbingan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bercadang membawa pensyarah dari universiti di Mesir ke negeri itu bagi mengajar pelajar yang terpaksa menangguhkan pengajian mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu dicadangkan bagi mengelak berlaku keciciran dalam pengajian kerana difahamkan, kebanyakan universiti di Mesir dijangka ditutup selama enam bulan hingga setahun berikutan rusuhan yang melanda negara itu.

“Kita bercadang akan membawa pensyarah di universiti Mesir supaya mengajar di negeri ini, memandangkan tempoh penutupan sementara universiti di Mesir agak lama. Ini supaya pengajian mereka tidak terjejas.

“Sekiranya pensyarah ini dapat dibawa ke Terengganu, mereka dapat mengajar di negeri ini dan berharap ia dapat dibincangkan untuk dibawa ke sini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Rendah Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Serada, di sini, semalam.

Mengulas berhubung pelajar Terengganu di Mesir, Ahmad berkata, setakat semalam, 78 pelajar tajaan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan 119 orang tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) berjaya dibawa pulang ke negeri itu.

Beliau berharap ibu bapa tidak berasa bimbang kerana baki rakyat Terengganu yang masih berada di Mesir akan dibawa pulang dengan segera dan semuanya berada dalam keadaan selamat

Nukilan hati hang nadim
Operasi Menyelamat Rakyat Malaysia pun ada orang Politik
Salah Faham kerana nak cari nama atau konon dia lah yang
bijak dan cuba menjatuhkan Kerajaan tetapi apa yang mereka
buat.....cakap saja.....tapi apa pun tak buat tindakan kerajaan
menyelamat nyawa rakyat Malaysia tanpa kira fahaman Politik
pun ada saja komen mereka.....tapi bila kita soalkan Duit
Tabung Yayasan Allah Yarham Ibrahim Libya (Rakan Hang Nadim)
kemana.....Mulalah melenting.....masa nak pungut derma ada
saja hujah dengan Ayat Al Quraan dan hadis tapi bila dah
dapat.....hilang hukum Allah pakai hukum sendiri ????






















Ops Piramid tiada unsur politik: Najib

SEPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi selamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, adalah misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa saja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan. Kita akan lancarkan misi selamatkan pelajar dan warga Malaysia.

“Misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali... tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar yang segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira jam 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.

Najib berkata, oleh kerana misi itu bukan sesuatu yang mudah, kerajaan buat perancangan teliti, termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Pelbagai pihak terbabit dalam misi untuk pastikan rakyat Malaysia selamat.

Beliau berkata, kerajaan bimbang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini, tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.

Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan pertama rakyat Malaysia itu adalah kelegaan kepada mereka yang berada di tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah mesyuarat penting pagi semalam menangguhkannya untuk bersama dengan mereka di sini.

Malah, Najib berkata, beliau dan isteri juga tidak ‘bercuti’ sepanjang dua tiga hari lalu sedangkan pada masa itu cuti umum, kerana memikirkan urusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia itu.

“Ada, jam 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan bawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua urusan ini berjalan baik. Saya doakan penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS, AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam urusan membawa balik rakyat Malaysia itu.

Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur. - Bernama

Wanita beri 10 bintang kecekapan kerajaan Malaysia














MUHAMMAD Ammar Jusof Khadidi mencium pipi ibunya, Kasmah Abd. Hamid sebaik tiba dari KLIA di Ipoh, semalam.

IPOH 7 Feb. - "Jika diminta memberi markah, saya beri 10 bintang kepada kerajaan Malaysia. Mereka memang cekap dan pantas sehingga membolehkan anak saya selamat sampai ke Malaysia hari ini."

Itu kata-kata pujian Kasmah Abd. Hamid, 54, ibu kepada salah seorang rakyat negeri ini yang belajar di salah sebuah universiti di negara yang sedang bergolak, Mesir.

"Saya puji usaha kerajaan Malaysia atas susah payah mereka menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana serta kesanggupan mereka membawa pelajar pulang dengan selamat.

"Saya percaya semua yang berada di sana pasti bertungkus-lumus sehingga ada yang tidak tidur bagi menguruskan keperluan semua pelajar yang berada di sana,'' katanya.

Beliau ditemui sejurus ketibaan lapan pelajar dari Mesir yang dibawa pihak kerajaan negeri dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke sini.

Ketibaan kesemua pelajar itu disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Mohamad Zahir Abdul Khalid di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Seramai 60 anak negeri ini tiba dengan penerbangan AirAsia dan dianggarkan keseluruhan 150 pelajar lagi akan tiba menerusi penerbangan yang diadakan secara berperingkat hari ini.

Kasmah yang merupakan ibu kepada Muhammad Ammar Jusof Khadidi, 24, penuntut Universiti Al-Azhar jurusan al-Quran dan Qiraat meminta mana-mana pihak supaya berhenti mempertikaikan usaha kerajaan.

Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pengorbanan yang tidak mampu dinilai harganya.

"Tidak mampu untuk saya membayar budi kesemua yang terlibat dalam usaha menyelamatkan pelajar di sana. Ucapan terima kasih yang mampu saya berikan,'' katanya.

Sementara itu, menurut seorang pelajar, Muhammed Anas Ridzuan, 22, dia tidak menjangka dapat pulang cepat ke Malaysia.

Katanya, menerusi tiket yang diterima sepatutnya mereka akan dibawa ke Jeddah terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia.

"Saya tak sangka secepat ini dibawa pulang, sepatutnya kami singgah di Jeddah terlebih dahulu dan agak memeranjatkan apabila diberitahu kami terus ke Malaysia dan hanya singgah sebentar di Jeddah.

"Apa pun saya bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu kami sepanjang di sana,'' katanya yang merupakan pelajar jurusan Usuluddin tahun kedua di Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig.

Sementara itu, Muhammad Hanif Abdullah, 21, memberitahu, tiada sebarang insiden buruk berlaku kepada dia dan rakan-rakannya sepanjang pergolakan di Mesir.

Katanya, cerita mengenai pelajar dikasari dipercayai berpunca daripada keengganan mereka mematuhi perintah berkurung yang ditetapkan oleh kerajaan Mesir.

"Tiada kejadian buruk yang berlaku. Kami masih bebas keluar tetapi perlu mengikut arahan perintah berkurung yang ditetapkan.

"Lagi pun mereka tidak mengganggu orang luar kerana mereka tahu yang kita tidak terlibat dengan rusuhan di sana,'' katanya yang berasal dari Malim Nawar, Kampar.

Duduki peperiksaan di Malaysia

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi akan berunding dengan pihak universiti di Mesir bagi membenarkan pelajar Malaysia yang terpaksa pulang ke tanah air, menduduki peperiksaan di negara ini.

Ini berikutan sebahagian besar pelajar terbabit telah dibawa pulang oleh kerajaan berikutan konflik dan ketegangan yang berlaku di negara itu baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rundingan itu bertujuan membolehkan penuntut dari Malaysia dalam bidang perubatan mengambil peperiksaan di universiti tempatan, pertengahan bulan ini.

Menurut beliau, kira-kira 1,100 pelajar perubatan dijadualkan menduduki peperiksaan pada 12 Februari ini membabitkan, masing-masing 800 orang dari Universiti Tanta dan 300 orang di Universiti Al-Azhar.

"Sepatutnya universiti di sana menyambung semula kuliah dan sebahagiannya perlu menghadapi peperiksaan, ini isu utama masa kini.

"Kita nak selesaikan masalah ini dulu, kita akan berbincang dengan universiti di Mesir sama ada boleh atau tidak peperiksaan dilaksanakan di Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis kecemerlangan sukan kementerian di sini hari ini.

Pada majlis itu, pihak kementerian menyerahkan skim kecemerlangan sukan kepada atlet-atlet institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam pertandingan kebangsaan dan antarabangsa pada tahun lalu.

Ia membabitkan penglibatan dalam Sukan Asia, Guangzhou; Sukan Komanwel, New Delhi dan Sukan Universiti Asean (SUA).

Mohamed Khaled berkata, peperiksaan itu boleh dilaksanakan lewat dari jadual asal pada Februari dan jika dipersetujui universiti tempatan, ia boleh dilaksanakan Mac ini.

"Kita sudah tulis surat kepada semua universiti di sana dan kini menunggu persetujuan mereka.

"Pihak kementerian akan beri segala kerjasama untuk memungkinkan peperiksaan itu diambil di sini tanpa mereka perlu pulang ke Mesir,'' ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan menghentikan serta-merta sebarang permohonan sijil sokongan luar negara (NoC) kepada pelajar perubatan ke Mesir.

"Maksudnya, tidak ada pelajar ke Mesir untuk bidang perubatan dan dia kena ada NoC baru. Kita gantung NoC, kita tidak akan keluarkan sebarang NoC, maknanya tiada pelajar baru,'' katanya.

Katanya, terdapat kira-kira 11,000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti Mesir iaitu 5,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 6,000 orang lagi dalam jurusan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.