Pages

Subscribe:

25 Mac, 2011

[hang nadim] Pok Nik Tolong bagi Petua,,,,,باك نيك تعليمات للحصول على نصائح
















Di manakah Anwar Ibrahim?

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?

Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.

Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.

"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.

Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."

Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."

Nik Aziz dicabar keluar fatwa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

Laman sosial Anwar tidak dikemas kini
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2011/03/26
Alibi rekod tulisan tempoh video seks dipersoal

KUALA LUMPUR: Laman sosial Twitter milik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dikemas kini pada tempoh video seks yang membabitkan seorang lelaki yang dikatakan miripnya dan seorang warga asing pada malam 21 Februari lalu. Ketua Pembangkang itu hanya mengemaskini akaun Twitter miliknya pada jam 9.20 malam dan kembali berbuat demikian pada 11.39 malam.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily mempersoalkan alibi Anwar yang menyatakan bahawa dia merekodkan tulisannya dalam Twitter dan Facebook pada tempoh rakaman video seks itu, antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

Katanya, dia tidak menemui sebarang pengemaskinian pada kedua-dua akaun laman sosial milik Anwar ketika masa rakaman video seks itu didakwa dilakukan.

Isnin lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’, ketika menayangkan satu rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media mendakwa adegan itu berlaku antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

‘Datuk T’ ketika mendedahkan perkara itu di Carcosa Seri Negara, turut mendakwa adegan itu dirakam menggunakan empat kamera litar tertutup pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Beberapa jam selepas pendedahan itu, Anwar dalam satu sidang media menafikan beliau ialah individu dalam adegan seks itu.

Nanyang Siang Pau dalam laporannya Selasa lalu, memetik Anwar sebagai berkata dalam sidang medianya bahawa beliau juga merekodkan tulisannya dalam Twitter dan Facebook pada tempoh rakaman video itu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa ketika itu, wartawan yang menghadiri sidang media membuka komputer riba bagi menyemak perkara itu dan mendapati di antara jam 9 malam hingga 11 malam tiada sebarang rekod dalam Twitter.

Apabila wartawan bertanya mengenainya dan jawapan Anwar ialah “tak apa, kita ada,” kata Nanyang Siang Pau, serta ayat sama turut disiarkan Sin Chew Daily pada laporannya.

Sementara itu, sehingga semalam Anwar belum mengeluarkan salinan mengandungi maklumat kemas kini akaun Facebook dan Twitter yang didakwa dilakukan beliau pada tarikh dan masa rakaman video itu.

Bagaimanapun sehingga semalam tiada sebarang salinan dokumen itu diterima daripada pegawainya.

Saya juga tonton: Zaid

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, berdasarkan apa yang ditontonnya beberapa persoalan mesti dijawab, sebaik-baiknya oleh sebuah badan bebas.

“Ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptikal terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebas yang terdiri daripada pakar dari Scotland Yard, badan penyiasat dan polis berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” katanya dalam blognya, http://zaiduntukrakyat.com.

Zaid, yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), bagaimanapun, tidak menyatakan bagaimana beliau memperolehi seks video berkenaan.

Rahim serah video, jam tangan Omega

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menyerahkan dua bahan bukti video aksi seks serta jam tangan yang didakwa milik Ketua Pembangkang kepada polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, malam tadi.

Abdul Rahim, dilihat keluar kira-kira jam 10 malam setelah hampir lima jam dirakamkan percakapan oleh polis.

Menurutnya, beliau menyerahkan rakaman asal itu serta jam tangan jenis Omega itu kepada polis bagi membantu siasatan.

“Saya harap penjelasan yang diberi dapat memudahkan polis menjalankan siasatan berhubung isu video seks ini dan lebih penting rakyat mengetahui kebenaran siapakah ‘aktor’ dalam video ini kerana ia merupakan satu kepentingan negara.

“Saya harap polis dapat mempercepatkan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas keluar dari ibu pejabat polis malam tadi.

Menurutnya, walaupun terdapat penafian berhubung bahan bukti itu tetapi beliau mendakwa siasatan secara forensik boleh dijalankan bagi membuktikan kesahihannya.

“Boleh nafi tetapi jangan terlalu banyak menafikan berhubung isu ini kerana sepatutnya pihak tersebut akur,” katanya.

Menurutnya, sekiranya kerajaan bersetuju, beliau berharap agar suruhanjaya diraja dapat diwujudkan bagi memuaskan hati semua pihak berhubung isu tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, :Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut dipanggil untuk memberi keterangan.

Azizah nafi mahu lihat video

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan beliau meminta untuk menonton video seks yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa pihak tertentu melakukan hubungan seks dengan wanita tidak dikenali.

“Saya menafikan bersungguh-sungguh. Saya tidak mahu menonton video itu.

“Saya tahu ia palsu, jadi kenapa harus saya (tonton)?” katanya, yang dipetik dari portal berita The Malaysian Insider, semalam.

Kelmarin, kumpulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T mendakwa mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada teman rapat Dr Wan Azizah yang mewakilkannya untuk mendapatkan video itu.

Sementara itu, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mendedahkan dirinya diminta menjadi orang tengah menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah. Katanya, beliau diminta oleh Datuk T untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah agar Anwar yang juga Ketua Umum PKR meletakkan jawatan.

“Bagi mendapatkan video itu, saya berpura-pura bersetuju mengenai apa yang diberitahu mengenai video itu dan diterangkan secara terperinci.

“Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang tengah kepada Dr Wan Azizah, namun terbantut setelah Datuk T, mahu menyerahkan sendiri video itu,” katanya.

Menurutnya, beliau telah dua kali menonton video seks itu di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur, Isnin lalu atas jemputan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

:Bagaimanapun, Badrul Hisham menegaskan, individu dalam rakaman video seks itu bukan Anwar Ibrahim seperti mana yang didakwa.

“Saya amat yakin lelaki itu bukan Anwar Ibrahim, memang sekali imbas seakan-akan beliau tetapi sebenarnya tidak.

“Daripada susuk tubuh, gerak-geri saya boleh kenal dan saya yakin lelaki itu bukan Anwar Ibrahim,” katanya.


Police record Shuaib’s statement over sex video scandal
By LOURDES CHARLES and M. KUMAR
newsdesk@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: Datuk Shuaib Lazim, the last member of the Datuk T trio who exposed a sex video showing a man resembling Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a foreign prostitute, has had his statement recorded.

Shuaib, who is Perkasa treasurer, arrived at Bukit Aman at 5.30pm yesterday - 24 hours after two other members of the trio, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah - gave their statements to police.

Both Abdul Rahim and Eskay handed over the video recording as well as an Omega watch to the police as evidence.

Royal Malaysian Police Secretary Deputy Comm Datuk Ghazali Md Amin said in a statement yesterday police had arrested two men and obtained several items as evidence from them. He also said the two were released on bail.

He did not reveal their identities, giving rise to speculation that it was Abdul Rahim and Eskay.

He went on to say that one of them even disclosed to police the location where the alleged sex video was filmed.

“A team of investigators including a forensics team went to the location and conducted their investigation,'' he added.

However, both Abdul Rahim and Eskay have vehemently denied that they were arrested by police when they went to give their statements.

They said they were not told by the officers investigating the case or those who recorded their statements that they were arrested.

The men also claimed they did not sign any documents pertaining to their alleged arrest or release.

Inspector-General of police Tan Sri Ismail Omar said police were trying to determine the identity of the people seen in the video as well the person who recorded it.

“There are a few things we are looking into right now,” he said when speaking to reporters after attending the 204th Police Day celebration at Pulapol, here, yesterday.

As to why the trio were not arrested, Ismail replied: “What offence (did they commit), you tell me?”

However, he added that if investigations showed that the trio was involved and if there was sufficient evidence, then police would arrest them.

“Let us determine if they have broken the law first. We can always arrest them later,” he said.

Ismail also urge the public not to speculate on the case and let police investigate the case.

“Give us time to do our job. We are working on it as thoroughly and quickly as possible,” he added.

Besides the trio, the police also recorded statements from senior news editors and journalist from the media and news portals who were invited to view the sex tape by the trio at the Carcosa Sri Negara on Monday.

Laman sosial Anwar tidak dikemas kini
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2011/03/26
Alibi rekod tulisan tempoh video seks dipersoal

KUALA LUMPUR: Laman sosial Twitter milik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dikemas kini pada tempoh video seks yang membabitkan seorang lelaki yang dikatakan miripnya dan seorang warga asing pada malam 21 Februari lalu. Ketua Pembangkang itu hanya mengemaskini akaun Twitter miliknya pada jam 9.20 malam dan kembali berbuat demikian pada 11.39 malam.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily mempersoalkan alibi Anwar yang menyatakan bahawa dia merekodkan tulisannya dalam Twitter dan Facebook pada tempoh rakaman video seks itu, antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

Katanya, dia tidak menemui sebarang pengemaskinian pada kedua-dua akaun laman sosial milik Anwar ketika masa rakaman video seks itu didakwa dilakukan.

Isnin lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’, ketika menayangkan satu rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media mendakwa adegan itu berlaku antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

‘Datuk T’ ketika mendedahkan perkara itu di Carcosa Seri Negara, turut mendakwa adegan itu dirakam menggunakan empat kamera litar tertutup pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Beberapa jam selepas pendedahan itu, Anwar dalam satu sidang media menafikan beliau ialah individu dalam adegan seks itu.

Nanyang Siang Pau dalam laporannya Selasa lalu, memetik Anwar sebagai berkata dalam sidang medianya bahawa beliau juga merekodkan tulisannya dalam Twitter dan Facebook pada tempoh rakaman video itu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa ketika itu, wartawan yang menghadiri sidang media membuka komputer riba bagi menyemak perkara itu dan mendapati di antara jam 9 malam hingga 11 malam tiada sebarang rekod dalam Twitter.

Apabila wartawan bertanya mengenainya dan jawapan Anwar ialah “tak apa, kita ada,” kata Nanyang Siang Pau, serta ayat sama turut disiarkan Sin Chew Daily pada laporannya.

Sementara itu, sehingga semalam Anwar belum mengeluarkan salinan mengandungi maklumat kemas kini akaun Facebook dan Twitter yang didakwa dilakukan beliau pada tarikh dan masa rakaman video itu.

Bagaimanapun sehingga semalam tiada sebarang salinan dokumen itu diterima daripada pegawainya.

Nukilan hati hang nadim
Tolomg Lihat Video di bawah contoh Video palsu



Yang ini Betul Fikiaq Anwar Tuhan melihat apa yang hang buat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.