Pages

Subscribe:

24 Mac, 2011

[hang nadim] Selamat Hari Polis Ke 204.....






























Imej polis perlu diangkat lebih tinggi
KUALA LUMPUR 25 Mac - Imej pasukan polis perlu diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi jika pasukan itu mahu memenuhi harapan rakyat terhadap mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam konteks itu, integriti menjadi kunci utama kerana hanya dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu membuat perubahan.

Bagaimanapun, katanya, tahap keyakinan masyarakat terhadap pasukan itu sudah menunjukkan peningkatan kepada 55.8 peratus pada September tahun lalu, berbanding 35.8 peratus tahun sebelumnya mengikut kajian yang dijalankan oleh perunding bebas, TNS Research.

"Perubahan yang harus dilaksanakan perlu dibuat menerusi pengambilan baru pasukan penguat kuasa itu agar memenuhi kriteria yang digariskan.

"Jika proses pengambilan mengutamakan ciri-ciri baru, saya pasti pasukan yang bakal dibentuk mampu muncul sebagai sebuah pasukan yang lebih disegani,'' katanya ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204, di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pucuk pimpinan PDRM perlu mengenal pasti potensi anak-anak muda untuk diserapkan dalam pasukan itu tanpa perlu menunggu mereka tampil memohon.

"Tugas membentuk prasarana dan modul dalam latihan bukanlah perkara yang terlalu sukar. Namun, membentuk jiwa dan keperibadian tulen selaku anggota pasukan adalah satu tugas yang amat penting untuk digerakkan.

"Dengan sokongan pengetahuan, kemahiran peruntukan undang-undang dan perkakasan terkini mereka pasti dapat menangani jenayah alaf baru yang tidak pernah terbayang selama ini,'' katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kementerian akan memperkenalkan skim perkhidmatan baru kepada anggota pasukan itu agar sentiasa relevan dan berdaya saing.

Katanya, skim itu bakal menumpukan kepada penambahbaikan berkaitan kelayakan masuk, penggredan semula struktur pangkat dan gaji matrik serta imbuhan tetap sejajar dengan saranan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.