Pages

Subscribe:

20 Mei, 2011

[hang nadim] Wakil BN pertahan Hadi demi perpaduan UMNO-Pas.....

ARKIB : 11/05/2011
















MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan Abdul Hadi Awang semasa Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12 di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 10 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu terus diberi kepercayaan menerajui Pas kerana Presiden parti pembangkang itu sebenarnya menampakkan keikhlasan untuk berperanan menyatukan orang Melayu.

Seorang penyokong kerajaan, Alias Abdullah (BN- Alor Limbat) menegaskan, beliau akan bersama-sama mempertahankan kedudukan Abdul Hadi (Pas-Ru Rendang) jika kedudukannya dalam parti cuba dicabar.

"Selaku orang Marang, saya beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri sebagai Presiden Pas dan akan tetap mempertahankan beliau pada bila-bila masa.

"Kenapa saya mempertahankan beliau? Kerana saya nampak keikhlasan dalam dirinya untuk menyatukan orang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, Insya-Allah, pada suatu hari nanti," ujarnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong usul ucapan penghargaan atas ucapan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Ke-12.

Alias menarik perhatian, betapa mulianya pemimpin di sisi Allah jika di kalangan mereka dapat melaksanakan suruhan agar umat Islam bersatu padu.

"Alangkah mulianya Datuk Seri Abdul Hadi jika mendahului langkah menyambut salam perdamaian daripada saudara Islamnya sendiri berbanding menjulang kafir harbi.

Tuduhan sezalim-zalim pemimpin UMNO, mereka tetap bersaksikan dua kalimah syahadah tetapi sebaik-baik kafir harbi, mereka tidak meredai Islam bertakhta," ujarnya.

Menjawab pertanyaan Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) yang bangun mencelah, beliau berkata, pimpinan MCA tidak pernah membuat kenyataan memerangi usaha mendaulatkan Islam berbanding pemimpin DAP yang melontar kalimah 'langkah mayat saya dulu'.

Terdahulu katanya, Pas di negeri ini tidak mempunyai banyak alasan untuk mengajak rakyat agar menggantikan UMNO dalam pemerintahan, di sebalik keyakinannya dapat mempengaruhi semula rakyat.

"Nak dikatakan rasa ingin mencuba yang baru iaitu Pas, rakyat masih ingat orang yang sama pernah memerintah Terengganu pada 2000. Tetapi kalau tengok di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, DAP yang menggantikan Pas," ujarnya.

Tetapi katanya, apa yang belum kebanyakan rakyat rasai dan sebilangannya tidak mengingati, adalah kewujudan sebuah kerajaan perpaduan

Dakwaan Anwar mahu saman Eskay cuma helah

KUALA LUMPUR 20 Mei - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah hanyalah satu helah.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, dakwaan tersebut sengaja diuar-uarkan oleh Anwar kepada rakyat bagi menutup perasaan takutnya untuk bertindak dengan serta-merta ke atas Shazryl Eskay.

"Sejak bila Anwar pandai merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum menyaman seseorang. Kenapa dalam kes Eskay ini beliau begitu berhati-hati sedangkan tuduhan yang dilemparkan terlalu berat.

"Kenapa rujukan yang sama tidak dibuat semasa beliau menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Dr. Chandra Muzaffar dahulu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Anwar ketika ditanya oleh orang ramai semasa dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, kelmarin.

Ketua Pembangkang itu ketika ditanya mengenai cabaran pelbagai pihak supaya beliau mengambil tindakan undang-undang memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah bagi tujuan tersebut.

Dalam pada itu, Anuar berkata, Ketua Pembangkang tersebut perlu menyaman Shazryl Eskay dengan segera jika benar beliau tidak terbabit dalam isu video seks seperti yang didedah trio 'Datuk T' baru-baru ini.

"Anwar tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk menutup perasaan takut terhadap Eskay. Tuduhan ini sudah berlarutan sejak bulan lalu, kenapa baru sekarang kononnya rujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah," katanya.

Nukilan hati hang nadim.....Azizah dan nurul hentikan menyokong Anwar yang banyak bohong jangan cari dosa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.