24 Jun, 2011
[hang nadim] Isteri saksi pesawat dipandu suami terhempas.....
KUALA LUMPUR 24 Jun - Isteri Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, Leila Zurina Ahmad Nordin, 50, tidak dapat melupakan peristiwa yang meragut nyawa suaminya apabila dia menyaksikan sendiri nahas itu di depan matanya semalam.
Anak kedua mereka, Nur Ilyani, 29, berkata, ketika kejadian, ibunya menemani bapa mereka di pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 di Padang, Sumatera Barat.
Nur Ilyani berkata, dia berasa sedih apabila diceritakan oleh ibunya sendiri mengenai kejadian yang menimpa bapa mereka.
"Kali terakhir kami sekeluarga berkumpul adalah pada sambutan Hari Bapa di kompleks beli-belah The Curve, Damansara, pada Ahad lalu.
"Alhamdulillah, kami adik beradik sempat menunaikan tanggungjawab dan beberapa hajat arwah seperti menyiapkan rumah serta melangsaikan hutang. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, malam ini.
Semalam, Allahyarham Zakaria terbunuh setelah pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik itu terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, di Padang, Indonesia.
Jenazah Allahyarham yang tiba dari Indonesia petang ini disembahyangkan di Surau As-Sobirin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Country Homes, Rawang malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.