24 Jun, 2011
[hang nadim] 'Orang pergi Bersih hati tidak bersih' - Dr. M.....
SHAH ALAM 24 Jun - Sekiranya pemimpin dan penyokong pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai hati yang bersih, mereka tidak akan menyertai perhimpunan haram seperti yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
''Kalau ikut bersih boleh... tetapi yang Bersih itu tidak berapa bersih. Kalau hati bersih saya fikir dia tidak buat benda macam itu.
''Orang pergi dengan Bersih ini memang orang yang tidak bersih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Kompleks Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di Seksyen 8 di sini, hari ini.
Beliau mengulas seruan Abdul Hadi agar seluruh ahli Pas supaya turun menyertai perhimpunan Bersih yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga pada 9 Julai ini.
Mengenai kebimbangan orang Melayu akan 'bertempur' sesama sendiri ekoran perhimpunan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, Dr. Mahathir berkata, pada masa ini pun, orang Melayu sudah bertempur.
Katanya, perkara itu berlaku apabila ada pihak yang mengaku hanya diri mereka Islam, manakala orang lain tidak mengamalkan ajaran Islam 100 peratus.
''Semua ini sebabkan kita bertempur (sesama sendiri) dan ini adalah soal politik dan bukannya agama," katanya.
200 penyokong Datuk 'T' hadir beri sokongan
SEBAHAGIAN daripada penyokong trio Datuk 'T' hadir memberi sokongan mereka di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/Amin Farij Hasan
KUALA LUMPUR 24 Jun - Hampir 200 penyokong trio Datuk 'T' berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini bagi memberi sokongan kepada mereka yang menghadapi pertuduhan kerana menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.
Penyokong mula berkumpul sejak pukul 8 pagi untuk menyatakan sokongan terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Trio Datuk 'T' hadir di Kompleks Mahkamah pada pukul 8.15 pagi, bagaimanapun tidak memasuki bangunan mahkamah melalui pintu utama.
Begitupun, para penyokong yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetap menunggu bersama sepanduk yang menyokong Datuk 'T', Perkasa dan mengecam pelaku dalam video lucah berkenaan.
Trio tersebut yang mengaku bersalah dalam pertuduhan itu kemudian keluar melalui pintu utama pada pukul 12.40 tengah hari dengan diiringi sorakan sokongan kumpulan penyokong tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Perak, Ahmad Zaini Ismail berkata, kehadiran penyokong pelbagai NGO itu bertujuan memberi semangat kepada trio Datuk 'T' yang dikecam parti politik pembangkang setelah berjaya membongkar salah laku seorang pemimpin politik.
"Jika sebelum ini, kami hanya memberi sokongan moral, tetapi hari ini kami hadir untuk menunjukkan sokongan kami kepada mereka.
"Pembongkaran yang dilakukan oleh trio itu merupakan satu kejayaan mereka mendedahkan wajah sebenar pemimpin politik berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya jawab isu 11 pemilih guna alamat ibu Azmin Ali
KUALA LUMPUR 24 Jun - Kesemua 11 pemilih yang mendaftar di alamat rumah ibu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ketika memohon untuk menjadi pemilih diminta membuat permohonan menukar alamat pusat mengundi berdasarkan alamat di kad pengenalan mereka sekarang.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, hasil daripada semakan, pihaknya mendapati lima orang pemilih merupakan ahli keluarga Azmin dan enam lagi bukan.
Enam pemilih itu, katanya, ialah Tan Teek Fong yang mendaftar pada 31 Mac 1990, Tan Teek Hock (31 Mac 1990), Song Poo Wan (31 Mac 1990), Amirudin Harun (19 Ogos 1993), Lim Hock Seng (9 September 1994) dan Chong Chee Peng yang mendaftar pada 9 September 1994.
"SPR mendapati permohonan yang dibuat oleh kesemua 11 pemilih itu dilakukan sebelum 16 Julai 2002 atau sebelum Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (SPPST) diperkenalkan.
"Sebelum tarikh tersebut, SPR tidak menguatkuasakan peraturan yang menghendaki pemilih untuk hadir sendiri menghantar permohonan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang dilantik SPR," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan Azmin dalam sidang Dewan Rakyat 21 Jun lalu iaitu terdapat seramai 11 pemilih yang mendaftar di alamat rumah ibunya.
Luangkan masa ikuti Dialog WAY - Idris Haron
MELAKA 24 Jun - Golongan belia yang berhasrat menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini, disaran meluangkan masa mengikuti program Dialog Antarabangsa Belia Melaka anjuran Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Everly Resort Tanjung Kling selama empat hari bermula esok.
Presiden WAY, Datuk Idris Haron berkata, antara objektif dialog kali ini adalah untuk menyedarkan belia tentang usaha pihak tertentu mengeksploitasi mereka bagi mencapai kepentingan pihak tertentu.
"WAY merasakan dialog ini amat sesuai dengan perkembangan isu semasa yang sedang melanda negara pada masa ini, misalnya penganjuran perhimpunan haram Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini," katanya, pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Bertegas pertahan agama anak
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 24 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, umat Islam perlu bertegas mempertahankan peraturan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberikan ruang kepada mereka untuk menetapkan status agama anak dalam dokumen kelahiran iaitu sebagai penganut Islam.
Bekas Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan memastikan umat Islam tidak terpengaruh dengan sebarang trend pihak tertentu yang mahu anak yang baru dilahirkan tidak ditentukan status agama, sebaliknya membiarkan ia menjadi pilihan sendiri apabila dewasa.
"Itu adalah adat kita, mereka tidak boleh mempersoalkannya. Anak kita mesti beragama Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di Seksyen 8 di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam yang meletakkan kesalahan kepada sistem JPN kerana telah menentukan anaknya sebagai penganut agama Buddha sedangkan beliau meletakkan anaknya 'belum ada agama'.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipetik sebagai berkata: "Mengapa dia (pegawai) perlu membuat keputusan ini untuk saya? Ini adalah satu perkara serius..., kenapa kita tidak boleh membuat pilihan untuk anak-anak kita sendiri, untuk mendaftarkan mereka sebagai Anak Malaysia tanpa agama lagi," katanya.
"Ini adalah semangat 1Malaysia dan harus digalakkan. Generasi akan datang kita seharusnya mempunyai kebebasan untuk menentukan bangsa dan agama mereka sendiri," kata Wei Aik.
Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim berkata, pihaknya bimbang sekiranya status agama anak penganut Islam tidak ditentukan lebih awal, kemungkinan boleh timbul soal murtad di kalangan umat Islam apabila anak tersebut sudah dewasa atau tua.
PETALING JAYA: Several Independ-ent MPs have called on Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down to preserve Parliament’s sanctity in light of revelations that the man in the sex video was “99.99% certain” to be him.
Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim said Pakatan Rakyat leaders should make a stand and ask Anwar to resign.
“Some PKR MPs told me they are quitting politics because Anwar has misled them,” he said, adding that Anwar should be the one to quit instead and “migrate elsewhere”.
Wangsa Maju MP Wee Choo Keong said Anwar should resign for lodging a false report when he claimed that the video was fabricated.
“The police should make a counter report against Anwar for lodging the false report and he should step down for misleading the public,” he said.
Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin said Anwar should resign on moral grounds.
“Recently, leaders in Turkey, United States and Indonesia, implicated in various sex-related scandals, have resigned. Why should there be an exception for Anwar?” he asked, adding that a Royal Commission of Inquiry should be set up to probe the matter further.
Zulkifli said Anwar should also focus on clearing his name.
Padang Serai MP N. Gobalakrish-nan said Anwar should apologise to all Malaysians if it was proven that he had lodged a false report.
“Anwar should also ask the Bersih 2.0 (Coalition for Clean and Fair Election) organisers to stop the rally on July 9,” said Gobalakrishnan.
Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali said he was convinced that Anwar would never admit to any wrongdoing.
“He will never own up. He will continue blaming others.”
Nukilan hati hang nadim
Nasihat untuk Anuar tumpukan kes liwat bela diri bukan membina huru hara bagi
megelakan kes hang jadi tumpuan apa hal nak buat huru hara tunjuk perasaan tak
guna kes hang bukan fitnah.....hang patut bertaubat.....hang berhenti Politik
Tulis Buku "Kejatuhan Aku Kerana Perbuatan Sendiri" "PM Bukan Hak Aku" kemudian
bertaubat.....kemudian Tulis Buku" Rupanya ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT"
dan FITNAH YANG AKU BUAT KEPADA ORANG KEMBALI KEPADA AKU DAN PEMBOHONGAN MEMBAWA
PADAH.....?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.