24 Julai, 2011
[hang nadim] Berpurdah, bertudung labuh tapi mulut macam 'mak lampir'.....
Berpurdah, bertudung labuh tapi mulut macam 'mak lampir'
Oleh Kucing Jantan
SEJAK dulu lagi Bro selalu kata jangan kita menilai seseorang melalui pakaian yang dipakai terutamanya kaum wanita.
Sebahagian kaum wanita pandai berlakon, sesetengah tu berjalan semut pun tersenyum kalau dipijak sebab penuh lemah gemalai, tetapi hakikatnya perangai, Allah sahaja yang tahu.
Sebab itulah Bro tak terkejut apabila beberapa rakan Bro menceritakan bagaimana sekumpulan gadis dari institusi pengajian tinggi (IPT) memaki hamun polis ketika menyertai perhimpunan haram Bersih baru-baru ini.
Apa yang memalukan, mereka ni bukannya pakai jeans ketat atau baju singkat bila nak duduk pun susah tetapi mereka ini pakai purdah atau bertudung labuh.
Yang berpurdah tu kalau Bro tengok mata sahaja, dah tahu mereka cantik-cantik, tetapi malangnya mulut mereka semasa memaki hamun polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan pada hari itu, masya Allah, kalau hantu raya dengar dia pun lari lintang pukang.
Menurut cerita kawan-kawan Bro, ada gadis bertudung labuh atau berpurdah itu bukan setakat memaki hamun, malahan meludah polis.
Lebih teruk lagi, kelompok ini yang mengaku memperjuangkan Islam dan meletakkan diri mereka sebagai muslimah sejati melemparkan perkataan lucah.
Bila dengar sahaja cerita ni, menyirap darah Bro. Bukan apa, kalau betul mereka berpegang kepada perintah Islam maka mereka perlu jaga perilaku. Buat apa bertudung labuh atau berpurdah serta berjubah, kalau mulut macam 'mak lampir' sehingga seorang kawan Bro kata mulut puak-puak yang kata Islam sangat itu lebih teruk daripada perempuan kat rumah urut.
Puak yang bertudung labuh atau berpurdah itu jadi macam tu kerana ketaksuban dan sudah disirami politik kebencian yang melampau. Bagi mereka, orang yang tidak sehaluan politik dengan mereka perlu ditentang sebab tu mereka tergamak memaki hamun orang.
Kasihan mak bapa mereka, hantar anak pi menuntut ilmu kat IPT tetapi kesudahannya jadi 'minah demo jalanan' terpekik terlolong sampai hilang tata susila sebagai seorang muslimah.
Kehidupan
Itu belum lagi diambil kira bagaimana ketika berhimpun berlaku percampuran antara bukan mahram, masa tu tak fikir pula halal haram, tetapi bila dalam kehidupan biasa tutup litup habis sampai pakai sarung tangan dan stokin.
Lepas itu berkempen untuk menegakkan perjuangan Islam tetapi bila terlibat dalam perhimpunan haram seruan Islam entah ke mana. Macam itukah muslimah sejati?
Bro bukannya nak merendah-rendahkan orang berpurdah atau bertudung labuh, yang Bro tegur mereka yang hadir masa perhimpunan haram tu.
Jangan pula ada yang salah faham kata Bro anti orang pakai purdah atau bertudung labuh. Bro cuma tak puas hati dengan golongan yang berpakaian berkenaan tetapi perangai macam perempuan jalanan.
Kalau kita berpakaian sebagai seorang muslimah, maka berperangailah sebagai seorang muslimah, jaga tingkah laku dan tutur kata, jangan main langgar sahaja.
Bro beri peringatan ini kerana Bro tak mahu kesucian Islam dicemari oleh puak-puak yang mengkategorikan diri mereka sebagai muslimah.
Mereka kena faham, kalau dah berpakaian cara Islam maka mereka membawa imej Islam, segala tingkah laku mereka diperhatikan bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga bukan Islam.
Macam mana kalau masa mereka dok memaki hamun itu orang bukan Islam dengar, dah tentu mereka akan tertanya-tanya apakah itu ajaran Islam. Jadi kepada puak-puak perempuan yang terlalu taksub membuta tuli sehingga sanggup terpekik terlolong kat jalan raya tempoh hari, banyak-banyak ingat Allah.
Kalau minah rempit buat macam tu Bro tak kisah, memang itu 'standard' mereka, tetapi yang buat ini dok pi usrah sana-sini, dengar ceramah agama selalu dan belajar hukum hakam agama!
Malahan sebahagian mereka belajar jurusan agama, tak kan tak tahu yang mana boleh yang mana tak boleh? Jangan biarkan amalan baik kita kepada Allah SWT 'gugur' begitu sahaja hanya kerana ketaksuban berpolitik.
Satu lagi yang Bro nak tegur kepada mak cik-mak cik yang sertai perhimpunan haram tersebut, mereka bukan saja maki hamun polis, malah siap baca doa lagi supaya Allah turun bala kepada orang-orang zalim yang mereka rujuk kepada pihak polis.
Woi mak cik! Bro nak tanya siapa sebenarnya zalim, polis yang jalan tugas jaga keamanan ke atau mak cik yang zalim kerana tinggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu semata-mata nak sertai perhimpunan haram!
Sebelum berundur Bro nak ingatkan janganlah zahir sahaja kita bertudung labuh atau berpurdah tetapi hati penuh dengan kekotoran.
- BRO TOMPOK
Hanya di Malaysia...
Bisik-Bisik Awang Selamat
Awang geleng kepala apabila menonton video yang dirakamkan oleh pihak polis berhubung situasi sebenar perhimpunan haram 9 Julai.
Jelas berlaku penipuan oleh beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang. Ternyata tohmahan mereka kononnya menjadi mangsa kekerasan polis, adalah menjijikkan. Mereka menghina diri sendiri. Dalam Awang mengakui sebahagian pemimpin pembangkang masih ada wibawa, sebahagian lagi sah suka berbohong. Lalu Awang melayari Internet untuk mengetahui tingkah laku pembangkang di luar negara. Ada juga kes pembohongan tetapi tidak seburuk tabiat pemimpin pembangkang tertentu di Malaysia.
Tradisi pembohongan semakin menular dalam gerakan pembangkang di negara ini seolah-olah ia menjadi pakaian hidup. Kalau si ketua sudah kaki berbohong sehingga ke tahap di luar tabii, pemimpin yang lain mudah terikut.
Nampaknya tanah air kita cukup makmur untuk menyemai pembohongan. Di negara lain tidak sebegitu, hanya di Malaysia.....
DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah
Bisik-Bisik Awang Selamat
Apa pun kandungan dan rumusan laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) yang diumumkan kelmarin, semua pihak perlu berlapang dada.
Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh pembangkang sejak Julai 2009.
Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.
Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.
Awang setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.
Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Awang berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.
Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Awang boleh faham, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.
Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Awang berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.
Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.
Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.
Tuntutan politik atasi kebenaran
Penubuhan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang berpendapat kerajaan tunduk kepada desakan pihak tertentu. Tidak kurang juga yang menyokong langkah tersebut bagi membuktikan kebenaran terhadap tragedi yang menimpa mendiang dan keluarganya itu.
DATUK SERI NAZRI AZIZ menyangkal dakwaan kerajaan tunduk. Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa kerajaan juga berhadapan dengan risiko sebaik bersetuju menubuhkan suruhanjaya tersebut.
Bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK, Nazri berulang kali menekankan perihalnya pentingnya membuktikan kebenaran tidak kira sama ada memihak kepada mendiang Beng Hock atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sambil menyenaraikan anggota suruhanjaya yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong yang disifatkan tinggi imej dan berintegriti, Nazri melihat ‘kecoh-kecoh’ tentang laporan suruhanjaya itu hakikatnya lebih kepada bermotifkan politik.
Beliau turut menyentuh tentang cadangan suruhanjaya terhadap penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) SPRM dalam menjalankan siasatan terhadap saksi atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes rasuah. Katanya, jalinan erat antara SPRM dan badan pencegahan rasuah Hong Kong sepatutnya membuka ruang yang lebih besar untuk Malaysia mencontohi negara tersebut yang kini menduduk nombor satu dunia.
MINGGUAN: Secara keseluruhannya apa pandangan Datuk Seri terhadap laporan Suruhanjaya Diraja Untuk menyiasat Kematian Teoh Beng Hock?
NAZRI AZIZ: Saya percaya dan yakin secara keseluruhan laporan siasatan itu telah dijalankan dengan adil, teliti dan tanpa hirau kepada tekanan atau pun berlaku pilih kasih. Pendek kata ia dilakukan without fear and favour. Suka saya menekankan di sini bahawa suruhanjaya ini dipengerusikan Tan Sri James Foong, seorang hakim yang masih lagi dalam perkhidmatan, yang disegani dan dua bekas hakim juga dulu dikenali sebagai orang yang cukup bebas pemikiran dan dalam memberi penghakiman mereka. Selain itu seorang patalogis dan psikiatris, masing-masing mempunyai imej dan reputasi yang tinggi. Saya percaya mereka tidak tertekan untuk membuat sesuatu keputusan. Laporan ini telah dijalankan dengan teliti, adil tanpa menghiraukan sebarang tekanan.
Benarkah pendedahan laporan ini dibuat ekoran desakan pihak tertentu?
NAZRI AZIZ: Kita telah membuat keputusan yang saya sendiri bawa memorandum pada 1 Julai iaitu 22 hari yang lalu untuk menetapkan keputusan dasar bahawa laporan ini perlu dimaklumkan kepada ramai. Keputusan itu jauh lebih awal daripada desakan pihak tertentu terutamanya DAP yang mahu supaya laporan tersebut didedahkan kepada umum. Cuma pelaksanaannya sahaja ditetapkan pada kelmarin dan saya mempunyai bukti bahawa pendedahan ini tiada kaitan dengan desakan pihak tertentu dan dakwaan mereka adalah sama sekali tidak betul. Nak kata kita tidak tunduk kepada desakan mereka jauh sekali daripada betul.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
"Saya warga Islam dan warga Amerika"
Oleh Mazlan Nordin
PELBAGAI buku dan makalah mengenai Islam terbit di Amerika dewasa ini, iaitu yang ditulis oleh warga-warga Amerika beragama Islam. Antara yang dilaporkan ialah pembinaan beribu-ribu masjid, mengenai puasa bulan Ramadan dan usaha terus-menerus memupuk jiwa Islam dalam negara pelbagai kaum, agama, budaya dan lain-lain lagi.
Selalu satu buku yang diedar di Malaysia ialah Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith yang diedit oleh Michael Wolfe. Beliau telah sekian lama memeluk agama Islam hingga kemudian menulis mengenai perjalanannya ke Mekah.
Turut menulis ialah Rasheeda Muhammad, keturunan hamba abdi kulit hitam Afrika, Daniel Abdal-Hayy Moore, penulis sajak yang memeluk agama Islam ketika berumur 30 tahun dan Yusuf Islam (dahulunya Cat Stevens).
Mengenai pelbagai masjid di kota-kota besar seperti Los Angeles, Chicago, Atlanta, Cincinneti, Milwaukee dan lain, Wolfe menulis: "Kebanyakan masjid Amerika bukan hanya untuk menunaikan solat tetapi juga mengandungi kelas-kelas agama, bahasa, toko-toko buku, perpustakaan dan juga tempat-tempat pengurusan jenazah.
"Para pemimpin membuka masjid siang dan malam serta mengundang orang ramai mendengar dan menyaksikan betapa orang Islam menunaikan sembahyang".
Rasheeda pula bercerita mengenai nasib sedih hamba abdi kulit hitam waktu zaman silam "dalam sistem perkauman dan penindasan hamba abdi paling kejam dalam dunia".
Lalu diulangi pesanan Nabi Muhammad SAW: "Seluruh manusia adalah dari Adam dan Hawa, orang Arab tidak mengatasi yang bukan Arab, kulit putih juga tidak mengatasi kulit hitam atau kulit hitam mengatasi kulit putih".
Rasheeda kini mengetuai Journal of Islam yang menerbit pelbagai buku mengenai perkembangan agama Islam di Amerika. Beliau adalah lulusan Harvard.
Sheikh Kabir Helminski pula menulis mengenai puasa Ramadan: "Manakala berpuasa kita mendedahkan diri kita kepada emosi diri sendiri dan dengan itu kita lebih terdedah serta jujur dengan diri sendiri. Dengan itu Ramadan menyumbang kepada kesihatan jiwa".
Beliau mengulangi ingatan betapa puasa mengajar seseorang itu bersabar menanggung perlucutan sesuatu dan menjadi lebih sensitif kepada penderitaan orang lain dan dengan itu dapat membantu mereka".
Yusuf Islam dari England pula mengulangi laporan-laporan televisyen yang memperlihatkan nasib sedih warga-warga Islam Eropah di Bosnia pada tahun 1992. "Warga-warga Islam bermata biru itu berkali-kali berteriak Allahuakhbar dan melafaz ayat-ayat al-Quran ketika diselimuti asap daripada api peperangan.
"Rakyat Eropah di Bosnia mati dibunuh hanya kerana mereka Islam," beliau menambah. Seperti telah dicatat seramai 8,000 warga Bosnia mati dibunuh beramai-ramai di Srebrenica.
"Salah satu yang memberi semangat pada diri saya ialah bila mendengar nasyid yang mendorong laskar Bosnia dan bangsa mereka", Yusuf Islam menambah.
Selanjutnya ialah ancaman yang dihadapi: "Hari ini ancaman terhadap Bosnia dan banyak lagi negara bukan bersifat ketenteraan secara langsung, tetapi juga buaya, Internet, fesyen, iklan, minat kepada jaguh-jaguh sukan, bintang-bintang filem dan lain-lain lagi".
Turut menulis ialah Arsalan Tariq Iftikhar, seorang pelajar undang-undang Amerika dengan tajuknya I Believe in Allah and America. Baginya keyakinan bahawa Islam sewajarnya berkembang di Amerika.
Ayat pertama berbunyi: "Termasuk diri saya, maka ada lebih satu bilion manusia yang melafaz nama Allah. Dari jumlah tersebut terdapat kira-kira lima juta yang memanggil Amerika tanah air kami.
Ramai antara kami lahir di Amerika, belajar dipelbagai institusi Amerika, mencari nafkah dan membayar dollar Amerika untuk sistem cukai kami".
Ayat akhir pula berbunyi: "Saya warga Islam dan warga Amerika. Saya berbangga dengan kedua-duanya dan tidak akan bertolak ansur".
nukilan hati hang nadim
"مطالبات سياسية للتغلب على الحقيقة"
"I am Muslim and Americans"?????
"انا مسلم والاميركيين.....?????
"انا مسلم والماليزيين"كل مسلم هو أخ
كل مسلم هو أخ في العالم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.