24 Julai, 2011
[hang nadim] Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa.....
MOHAMED Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
KEPALA BATAS 24 Julai - Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.
Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.
Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.
"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.
Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.
Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.
Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.
"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.
"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.
Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.
Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan
Banduan menyamar polis dicekup
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
SALAH satu koleksi gambar suspek lengkap berpakaian seragam polis yang terdapat dalam album miliknya.
KOTA BHARU - Tembelang seorang bekas banduan yang menyamar sebagai polis berpangkat Inspektor dan Asisten Supritendan (ASP) untuk memperdaya orang ramai sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan di Jalan Long Yunus dekat sini Khamis lalu.
Lelaki berusia 34 tahun dari Miri, Sarawak itu ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta Toyota Alphard yang disewa. Turut menemui ‘vest’ bertulis polis dan wang RM2,619.
Modus operandi suspek ialah akan mengaku sebagai pegawai kanan polis sebelum memperdaya mangsa kononnya dia mampu membebaskan rakan atau ahli keluarga mereka yang ditahan selain memiliki album gambar di mana dia memakai seragam polis dalam pelbagai aksi.
Difahamkan, dalam tempoh tersebut, suspek berjaya mengaut RM145,000 selepas memperdaya lima mangsa di Lembah Klang dan di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis kemudian telah menyerbu rumah suspek di Tanjong Chat dekat sini dan merampas gari, seragam polis, sarung tangan dan sarung pistol.
Katanya, selain itu, pihaknya turut menemui satu album gambar suspek lengkap berpakaian seragam, lencana polis, pangkat Inspektor dan ASP.
“Semakan mendapati suspek pernah terlibat memperdaya mangsa masing-masing seorang dari Dang Wangi, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, dan tiga di sini sebaik sahaja dibebaskan dari penjara tiga bulan lalu.
“Salah satu penipuan yang dilakukannya ialah menyamar polis dan berjanji dengan mangsa untuk membebaskan seorang suspek yang ditahan dengan kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, suspek meneruskan kegiatannya dengan menyamar sebagai polis Bukit Aman dan meminta wang RM20,000 kononnya untuk membantu menyelesaikan urusan melelong barangan elektrik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Menurut Azham, pada Mei lalu, suspek bersama rakan wanitanya telah memperdaya seorang peniaga emas di Kubang Kerian dengan memberikan cek palsu selepas mendapat barang kemas bernilai RM125,000.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170/420 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan menipu. Sabit kesalahan dia boleh dipenjara 10 tahun, sebat dan denda.
Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barang-barang yang dibekalkan kepada pegawai polis. Dia boleh dipenjara enam bulan atau denda RM500.
Nukilan hati hang nadim
Penyamaran sebagai anggota Polis Juga menyebabkan Menjatuhkan Imej Polis
hang nadim berharap supaya berhati-hati jika didatangi oleh mereka yang
menyamar tanya mereka kad kuasa dan hubungi balai yang berhampiran untuk
buat pengesahan.....rakam gambarnya(secara rahsia) ambil no kenderaannya,
tindakan ini membantu PDRM dan menyelamatkan orang ramai dari ditipu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.