25 Julai, 2011
[hang nadim] JATI DIRI.....
1. Hari ini saya teringat cerita ‘Hang Nadim‘, seorang genius dalam sejarah Melayu yang mengutarakan idea bernas tatkala yang lain berada dalam kebingungan.
2. Hang Nadim ketika itu masih budak, dan beliau sedar tentang akibat yang bakal diterima sekiranya pandangan yang dikemukakan itu melampau. Namun apabila beliau meletakkan kepentingan negeri melebihi peribadi, akhirnya terselamatlah seluruh rakyat di negeri itu dari serangan todak.
3. Berbanding dengan zaman kita sekarang ini, jika Hang Nadim wujud, pasti beliau diangkat menjadi wira negara. Apa yang penting disini, semangat ‘Jati diri i‘ yang ada pada Hang Nadim perlu kita contohi walaupun terdapat rintangan yang maha besar berada di depan kita.
4. Pada masa kini, saya perhatikan ramai yang hilang semangat jati diri. Ada yang sanggup menipu mempunyai kelulusan tinggi demi memenangi temuduga atau mahukan jawatan. Akhirnya, apabila ‘kedapatan’ orang ini dibuang kerja atau terus diheret ke mahkamah kerana menipu. Pada waktu itu malunya bukan kepalang, kalaulah dia itu Kongkang(kera luku), tentu sahaja dia menyorok kepalanya ke celah kangkang.
5. Begitu juga dalam lapangan perniagaan, ada yang mengakui yang dia itu mampu melaksanakan kerja, tetapi sebaliknya perkara tersebut langsung tidak mampu dilaksanakan olehnya. Para usahawan seperti ini tidak ubah seperti menggali lubang kubur sendiri.
6. Apa yang kita sedih adalah untuk ‘menanggung biawak hidup’ sedangkan orang tersebut mampu untuk berdikari. Selalunya orang yang sentiasa memberikan alasan adalah sengaja menempah kesengsaraan hidup yang berpanjangan dan orang yang menyalahkan masa adalah orang yang malas.
7. Masalah tidak menjadi diri sendiri merupakan faktor gawat zaman kini. Bila pemegang sijil SPM mengaku berijazah, bila peniaga kecil berlagak ahli korporat, bila pemandu berlagak bos dan bila pelayan mengaku taukeh restoran – ini semua akan menimbulkan gejala sosial yang lebih buruk lagi. Akhirnya akan berlaku kembali peristiwa pembunuhan Hang Nadim gara-gara hulubalang Sultan yang mengaku pandai ini bersangka buruk dan merasa terancam dengan kebijaksanaan seorang budak.
8. 7 nilai dasar untuk Jati diri dan dipandang mulia oleh masyarakat iaitu jujur, tanggungjawab, berwawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin. Nilai-nilai ini perlu ada dalam setiap diri pemimpin supaya pihak yang dipimpin akan terus maju dan berdaya-saing.
9. Kunci untuk Jati diri ialah kejujuran. Jika kita semua jujur, maka apa yang kita usahakan akan berhasil.
10. Selain itu kita perlu ubah persepsi negatif apabila menilai orang lain. Apabila minda kita positif, semua maklumat, ilmu dan kebijaksanaan akan masuk dan menyerap, manakala jika kita sentiasa berfikiran negatif, situasinya tidak ubah seperti mencurah air didaun keladi.
11. Menjadi Jati diri memang mudah untuk mereka yang positif dan terlalu sukar kepada mereka yang bersifat ‘temberang’. Sehubungan itu saya mengingati diri sendiri dan seluruh warga Silam agar berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang dan saling hormat-menghormati dan sentiasa Jati diri untuk masa depan yang lebih baik.
12. Kesimpulannya, jika semua warga muda Silam berfikiran seperti Hang Nadim dan warga senior Silam berperanan membantu idea-idea yang bernas ini, maka kita akan semua beruntung kerana kita sebagai manusia bersifat lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain. Dengan ini ancaman anasir daripada pihak luar akan terbantut dan orang lain tidak mungkin dapat mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita.
nukilan hati hang nadim
Hari ini manusia sanggup menipu ,mengadai maruah bangsa, menghina kedaulatan undang-undang betapa hinanya insan yang sebegini rupa....patutkah mereka dibiarkan hidup di muka bumi ini.....?????Taubat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.