வீடியோ பேரணியில் மோசடியாக .....在欺诈的视频演示.....ในวิดีโอสาธิตของการทุจริต .....
Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com
KUALA LUMPUR 20 Julai - Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis.
Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu.
Sumber berkata, hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara.
Menurutnya, selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.
Katanya, dakwaan dan tohmahan yang dibuat kononnya polis telah bertindak kejam dan mengamalkan kekerasan melampau adalah tidak benar.
"Terdapat video yang menunjukkan tindakan seorang peserta perhimpunan haram yang sanggup menunggu kedatangan polis untuk memulakan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Dalam klip video tersebut, penunjuk perasaan itu dilaporkan duduk bersila sambil memberitahu rakannya yang lain, 'dia (polis) tak datang, kita (penunjuk perasaan) gagal," merujuk kepada usaha mereka untuk menunggu kehadiran polis sebelum menimbulkan provokasi.
Sumber itu menambah, pendedahan yang akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas ini perlu diamati dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat.
Katanya, masyarakat perlu melihat bagaimana usaha peserta perhimpunan berkenaan yang sebenarnya mencipta provokasi terhadap polis.
"Masyarakat juga perlu menilai ketelusan yang diuar-uarkan portal berita propembangkang apabila mereka sanggup membuat pertindihan suara dan teknik ubahan dalam video yang diambil.
"Berdasarkan tindakan itu, portal tersebut perlu dikenakan tindakan tegas berikutan kesalahan memaparkan berita palsu kepada pembaca untuk memburuk-burukkan pihak keselamatan," ujarnya
Anwar’s bodyguard lodges report alleging police brutality
KUALA LUMPUR: The bodyguard of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has lodge a police report alleging that the light strike force (LSF) had fired tear gas canisters directly at the crowd during the July 9 illegal Bersih rally.
Fayyadh Afiq Albakqry claimed that the LSF personnel did not follow Standard Operating Procedure when they fired the tear gas.
He was accompanied by lawyer N. Surendran and Subang MP R. Sivarasa to lodge the report at the Dang Wangi police headquarters at around 2.30pm yesterday.
“I saw LSF personnel aim directly at Anwar and when I protected him I sustained injuries to my face,” he said in his report.
Surendran urged the police to investigate under Section 307 of the Penal Code for attempted murder.
He claimed almost a dozen canisters were fired into the tunnel and three people, including Fayyadh and PAS’ Shah Alam MP Khalid Samad, were hit in the head.
MAT Salim (dua dari kiri) dan Effendy (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa MPPA menunjukkan keratan akhbar dan salinan bergambar di dalam laman sosial yang mendakwa gambar itu palsu selepas membuat laporan polis di IPD Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Persatuan jurufoto nafi gambar di NST, BH palsu
2011/07/21
KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) semalam membuat laporan polis terhadap seorang blogger yang mendakwa gambar seorang lelaki yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu dan disiarkan pada muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian adalah gambar palsu.
Dalam laporan polis itu, MPPA mempertahankan keaslian gambar berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju putih, berseluar celoreng tentera serta menutup muka, cuba membaling sesuatu.
Laporan itu dibuat Presiden MPPA, Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam. Turut hadir, jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) yang merakamkan aksi itu, Effendy Abdul Rashid.
Mat Salim yang ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tuduhan blogger terbabit menerusi laman sosial, Facebook dibuat tanpa usul periksa dan boleh menjejaskan imej MPPA.
Katanya, MPPA sebelum ini memberi tempoh kepada blogger itu yang juga seorang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk meminta maaf kepada Effendy dan NSTP, tetapi gagal berbuat demikian.
Sementara itu, Effendy berkata, beliau terkilan dengan tindakan blogger terbabit yang mempersendakan kerjanya dengan menyebarkan cerita bahawa gambarnya menggunakan teknik pertindihan imej.
“Ia karya asli saya, malah saya mempunyai 11 keping gambar yang mempunyai jalan ceritanya sendiri jika disusun mengenai tindakan lelaki terbabit mengambil kanister gas pemedih mata di hadapan Menara Maybank sebelum membalingnya,” katanya.
Nukilan hati hang nadim
Saudara saudara pemilik blog (Bangsa Melayu) betapa bodohnya kita jika kita membuat fitnah dan membicarakan perkara yang tidak ikut peranan dan kehendak Islam supaya tidak bohong ,tidak fitnah tidak pecah belah orang Melayu, Tidak membenci pihak Polis.....adakah Polis Bersalah Melaksanakan tugas mengamankan negara kalau pengacau yang biadap dan makan upah buat huru hara kenapa tak fikir.....?????kalau anda diamanah jaga keamanan anda sanggup lihat tingkah laku mereka yang diupah dan taksub kepada seseorang.....siapa yang bersalah terima hukuman kenapa kita nak bela orang melanggar undang-undang.....Pelajar-Pelajar Universiti jangan ikut manusia bodoh anda orang-orang yang terpilih belajar rajin-rajin dan anda akan jadi seorang pemimpin kenapa anda baru saja melangkah tangga kejayaan anda mengikut jejak manusia yang bodoh dan biadap menjatuhkan maruah bangsa.....Marilah kita bersama
berdoa Ya Allah kelukanlah lidah mereka yang selalu membuat fitnah Ya Allah Selamatkan Pelajar-pelajar dari gejala yang buruk dan menjatuhkan imej Agama Bangsa dan Negara.....Ya Allah jauhkanlah mereka dari manusia yang bodoh dan suka berbohong Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.