Pages

Subscribe:

01 Ogos, 2011

[hang nadim] Jenazah Syed Ahmad selamat dikebumikan......














Halimah Mohd. Noor balu kepada Allahyarham Syed Ahmad Syed Jamal (gambar kecil) menyiram air mawar ke pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 31 Julai — Jenazah Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, yang meninggal dunia malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak di sini, pada 11.30 pagi ini.

Syed Ahmad yang menerima anugerah Hadiah Seni Negara pada 1995 dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatan beliau dalam seni visual, meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira pukul 10 malam.

Beliau meninggalkan isteri, Datin Halimah Mohd. Noor, 69, dan dua anak lelaki iaitu Syed Nurlhaq, 35, dan Syed Nabil, 39.

Ketika ditemui pemberita, Halimah berharap usaha Allahyarham suaminya untuk menaikkan martabat seni negara dapat diteruskan pelbagai pihak.

"Arwah telah mengutarakan banyak cadangan kepada kerajaan serta pihak lain dalam usaha ikhlas arwah naikkan martabat seni negara... harap cadangan ini dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, seni yang dihasilkan Allahyarham sepanjang hidupnya juga diharap menjadi pemangkin bagi generasi muda di negara ini untuk terus berkarya demi membawa seni ke tahap tertinggi.

Anak bongsu Allahyarham, Syed Nurlhaq pula berkata, bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.