Pages

Subscribe:

02 Ogos, 2011

[hang nadim] Kami insaf dan menyesal - Bekas tahanan ISA .........

我们认识到和遗憾 - 前被拘留者












Firdaus Ismail memeluk salah seorang daripada tiga tahanan ISA bekas pegawai Imigresen yang dibebaskan sambil diperhatikan Penolong Komisioner Kem Tahanan Kamunting, Mohd. Roslen Ramli (kanan) di kem tahanan itu di Taiping, semalam.

TAIPING 2 Ogos - Tiga bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini melahirkan rasa kesal dan insaf di atas tindakan mereka sebelum ini yang mengancam keselamatan negara.

Dalam satu sesi temuramah yang diatur oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (Kemta) dekat sini, hari ini, ketiga-tiga mereka turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana memberikan mereka peluang kedua.

"Saya telah insaf dan sedar kesalahan yang saya lakukan. Terima kasih sebab beri peluang kepada saya untuk kembali kepada keluarga dan memulakan hidup baru," kata seorang tahanan lelaki berusia lingkungan 20-an yang namanya tidak disiarkan atas faktor keselamatan.

Menurut lelaki tersebut, apa yang berlaku ke atasnya perlu dijadikan iktibar dan pengajaran oleh pegawai imigresen lain supaya menjadi lebih berintegriti dalam menjalankan tugas dan amanah terhadap negara.

Ketika ditanya apa yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, lelaki itu seperti terpinga-pinga dan kemudian menjawab; "Kalau boleh saya tidak mahu ungkit. Saya tidak mahu ingat apa-apa lagi."

Semalam, Hishammuddin mengumumkan pembebasan lapan pegawai imigresen yang ditahan mengikut ISA pada tahun lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia. Tiga daripadanya dibebaskan hari ini manakala lima lagi dibebaskan Jumaat ini.

Kesemua mereka ditahan ketika bertugas di kaunter hadapan pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Sementara itu, seorang pegawai wanita berusia awal 30-an yang turut dibebaskan hari ini dalam nada sedih memberitahu, dia tidak tahu perbuatannya selama ini boleh mengancam keselamatan negara.

"Saya berazam untuk tidak mengulangi perbuatan sama. Berada di kem tahanan benar-benar menginsafkan saya.

"Pengisian program pemulihan banyak sedarkan saya bahawa saya telah buat kesilapan. Kesilapan yang saya buat itu tidak disengajakan," katanya sambil menangis teresak-esak.

Seorang lagi bekas pegawai imigresen yang akan dibebaskan pada Jumaat ini pula memberitahu, dia dan tahanan-tahanan lain mendapat layanan yang baik sepanjang lapan bulan berada dalam tahanan ISA di Kemta.

Katanya, ia jauh bertentangan dengan apa digembar-gemburkan oleh parti politik tertentu kononnya tahanan ISA akan berada dalam sel gelap, tidak cukup makan dan layanan tidak bagus.

"Saya berada di sini bukan kerana saya dianiaya, tetapi memang salah saya. Terima kasih kepada kerajaan kerana mengenakan ISA kepada saya, bukannya undang-undang," ujarnya.

Menurut lelaki berusia 30-an itu, ISA amat bagus untuk pencegahan sebelum sesuatu berlaku dan patut dikekalkan.

"Modul yang digunakan adalah berasaskan pemulihan, bukannya hukuman. Model ini banyak beri kesan kepada kami untuk mulakan hidup baru dan berhadapan dengan masyarakat," katanya.

Turut serta dalam sesi tersebut, Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Firdaus Ismail yang menyerahkan dokumen pembebasan tahanan tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Dalam Negeri, Armizan Mohd. Ali

nukilan hati hang nadim
ISA perlu di kekalkan orang yang mahu ISA di hapuskan orang yang bercita-cita nak
menghuruharakan Negara.....Konon tidak peri kemanusiaan mengapa kita orang melayu
yang bertindak sedangkan kehendak oleh orang lain....fikir dan Insaf orang melayu
Negara ini namanya Tanah Melayu.....Mempertahankan Negara Ashkar Melayu.....Pemimpin
Melayu kenapa kita jadi Bodoh Ikut Perasaan Orang yang tamak kuasa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.