Pages

Subscribe:

08 September, 2011

[hang nadim] Buang bapa, kebas wang.....?????Anak apa niii.....

Oleh Azri Onn Othman
hmkk@hmetro.com.my


















MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

Nukilan hati hang nadim
Wahai anak kamu bernafas memiliki kejayaan atas jasa ayah dan ibu kenapa anak sentiasa melupakan ayah dan ibu biarkan mereka hidup sengsara sedangkan kita
dibelai dengan kasih sayang.....Ya allah bahagiakan lah hidup Ibu dan ayah Kami
di dunia dan di Akhirat.....tidak ternilai jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita hingga kita berjaya.....Ampunilah dosa-dosa kami dan Dosa ayah dan Ibu kami....Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.