Pages

Subscribe:

09 September, 2011

[hang nadim] Mat Sabu tries to ‘make history’ once more.....



Friday September 9, 2011

PETALING JAYA: PAS deputy president Mohamad Sabu has started a fresh “history lesson” by claiming that if a referendum had been called to choose the country’s first prime minister, Tunku Abdul Rahman would not have been chosen as Dr Burhanuddin Helmy was more popular.

“This is because Burhanuddin enjoyed strong support from the people. If it (referendum) had been held and it was among Tunku Abdul Rahman, (Umno founder) Datuk Onn Jaafar and Burhanuddin, I believe Burhanuddin would have become Malaysia’s prime minister then,” he said in an interview yesterday.

Mohamad had earlier raised the matter during a forum held at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall on Wednesday night, where he claimed the independence movement spearheaded by leftist groups banned by the British, had enjoyed greater support among the people.

Dr Burhanuddin established Parti Kebangsaan Melayu Malaya and was PAS president from 1956 till his death in 1969.

However, Mohamad was quick to add that he was not questioning Tunku Abdul Rahman becoming prime minister.

“Please get that right, I am not questioning Tunku. All I am saying is if a referendum had been called,” he stressed.

During a press conference at the party headquarters later, Mohamad who had threatened to sue the Malay daily about two weeks ago, gave the newspaper a 24-hour ultimatum to apologise and retract its report on the Bukit Kepong issue.

He said if the Malay-language daily did not do so, he would initiate a lawsuit over the newspaper’s Aug 27 front-page report which claimed that he allegedly glorified communist insurgents who attacked the Bukit Kepong police station in 1950.

Mohamad also claimed that he had been receiving SMSes, threatening to splash acid on his wife and children if he does not retract his supposed allegations.

However, Mohamad said he had yet to lodge a police report on the matter.

He also threatened to send a legal notice to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin over the latter’s alleged remarks that Mohamad had insulted the country’s heroes, unless Muhyiddin agrees to debate with Mohamad on the matter.

The third letter of demand will then go to Umno Youth information chief Reezal Merican Naina Merican for alleging that Mohamad’s medical bill after he was injured at the Bersih 2.0 rally in July was only RM5,050.54 and that Mohamad had over-claimed by more than RM3,000.

The Penang Water Supply Corpo­ration, in which Mohamad is a director, later clarified that the medical bill was in fact RM8,434.05.

Siapa masih menyokong komunis adalah bodoh - Khay Kim

IPOH 9 Sept. - "Kami polis negara ini, bukan polis British."

Itu penegasan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana menyifatkan Muhammad Indera Kompeni yang terbabit dalam kes serangan Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.

Beliau berkata, Malaya tidak pernah dijajah dan bukan koloni British seperti India, Ceylon dan beberapa buah negara di Afrika tetapi merupakan negeri-negeri dimiliki raja-raja Melayu.

''Macam mana Muhammad Indera boleh jadi wira negara kerana PKM berjuang untuk meletakkan negara kita di bawah kuasa kawalan Komunis Antarabangsa di Moscow, Rusia dan kawalan Komunis di China.

''Mereka yang menyokong perjuangan komunis juga menyokong perjuangan untuk mewujudkan Indonesia Raya dan Melayu Raya," katanya pada Wacana Merdeka bertajuk Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar anjuran Institut Darul Ridzuan di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Selain Hanif, tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim; bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam terlibat sebagai ahli panel pada wacana itu.

Pendapat Hanif disokong oleh Kay Kim yang menyatakan bahawa orang yang menentang polis dengan alasan menentang penjajahan tidak boleh dianggap sebagai hero.

''British tidak pernah menjajah Malaya tetapi mengadakan perjanjian dengan raja-raja Melayu untuk membantu menjalankan pentadbiran tetapi kedaulatan adalah pada raja-raja Melayu.

''Menyerang balai polis bermakna menentang kerajaan Tanah Melayu yang pada masa itu ditadbir oleh British," katanya.

Kay Kim juga berkata, siapa yang masih menyokong komunis adalah bodoh kerana komunis bukan sahaja sudah lenyap di Rusia dan China, malah kedua-dua negara tersebut sudah beralih kepada kapitalis.

''Jangan salahkan (sepenuhnya) Mat Sabu, tetapi rakyat mesti guna akal untuk menilai dan sistem pendidikan kita mesti dikemas kini," ujarnya.

Sementara itu, Ramlah berkata, sekiranya orang mengatakan polis pada masa itu sebagai tali barut British, maka mereka itu adalah tali barut komunis.

Katanya, sekiranya PKM berjuang menentang penjajahan, kenapa mereka tidak menyokong kemerdekaan negara pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963.

''Ini kerana PKM berjuang untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu, malah ada fakta menunjukkan Tanah Melayu hendak dijadikan jajahan ke-20 Parti Komunis China," katanya.

Kenyataan Mat Sabu sifatkan Mat Indera sebagai wira silap

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu bahawa Muhammad Indera atau Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan adalah tidak benar.

Ketika menegaskan perkara itu, anak kepada seorang pejuang negara yang menentang komunis, Datuk Zaaba Aman (gambar) berkata, Mat Indera seorang yang oportunis walaupun dia seorang guru agama.

''Tetapi kita juga tahu berapa ramai guru agama yang terpesong. Kita ambil contoh mudah Ayah Pin. Jadi, saya terkilan apabila Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

''Komunis adalah pembunuh, mereka mendapat kuasa dengan membunuh, perkara ini telah dicatat dalam sejarah dan mana mungkin komunis itu pejuang," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Zaaba adalah anak kepada Aman Ahmad yang merupakan seorang polis konstable cawangan khas yang bertugas pada 1952 untuk menentang komunis di Kundang, daerah Tangkak, Johor.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu mencetuskan kontroversi apabila antara lain menganggap Mat Indera adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Mengulas lanjut, Zaaba berkata, komunis amat zalim kerana mereka bukan sahaja bunuh orang Melayu, orang Cina juga dibunuh jika tidak menyokong mereka.

Mat Indera petualang bukan pejuang negara

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Majlis Profesor Negara (MPN) menyifatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempunyai niat buruk dan jahat kerana menyalah tafsir sejarah berhubung tragedi Bukit Kepong tanpa mempunyai pengetahuan yang sewajarnya mengenai kejadian itu.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya MPN, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan negara secara terang-terangan adalah cubaan untuk bermain api mengenai sejarah negara melalui permainan politik kotor.

Katanya, tindakan Mat Sabu itu akan memberi kesan buruk kepada keharmonian antara kaum di negara ini kerana gerakan komunis sebahagian besarnya disertai kaum Cina untuk menghapuskan kedaulatan dan sistem kerajaan Melayu dan Islam.

"Mat Indera pula merupakan antara segelintir orang Melayu dalam gerakan itu yang tidak boleh dianggap pejuang tetapi merupakan petualang dan penjahat yang bersekongkol dengan komunis di Tanah Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainal berkata, artikel dalam buku Pengukir Nama Johor yang dirujuk Mat Sabu mengenai Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera itu tidak mengiktiraf secara jelas individu tersebut seorang pahlawan atau hero.

"Apa yang disebut dalam artikel itu ialah Mat Indera ialah penjahat atau hero dengan meletakkan tanda soal di belakang ayat itu.

"Mat Sabu hanya merujuk artikel itu tanpa membuat kajian terhadap artikel lain yang menolak Mat Indera sebagai wira. Di sini jelas membuktikan Mat Sabu seorang yang jahil. Pemimpin Pas tidak patut terdiri daripada orang jahil sepertinya," katanya.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail pula berkata, Mat Sabu cuba meraih publisiti murahan dengan menggunakan isu komunis untuk mendapat perhatian rakyat.

Justeru katanya, mana-mana pihak tidak harus membuang masa dan tenaga untuk melayan kerenah pemimpin Pas itu kerana ia langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat dan negara.

"Pihak berkuasa juga perlu berhati-hati untuk mengambil tindakan terhadap Mat Sabu kerana beliau dilihat mempunyai agenda tersirat melalui isu itu.

"Dia akan menuduh pihak kerajaan berat sebelah apabila tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan pelampau lain yang cuba membuat huru-hara dalam negara. Justeru Pas pula mendapat simpati rakyat," katanya.

Mat Sabu diminta bertaubat

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my














MOHD. Isa Mohd. Yusoff (tengah) dan kakaknya, Shohailah (dua dari kiri) menunjukkan potret arwah bapanya, Mohd. Yusoff Rono dan ibunya di Kandang, Melaka, semalam

MELAKA 9 Sept. - Anak kepada Allahyarham Konstabel Mohd. Yusoff Rono, salah seorang anggota polis yang terselamat dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Mohd. Isa, 50, anak keempat daripada enam beradik dan paling rapat dengan Allahyarham berkata, kenyataan membela pengganas komunis yang dibuat Mohamad atau Mat Sabu itu membuktikan beliau tidak menggunakan akal dengan bijaksana.

''Umur saja tua tetapi ilmu yang ada tidak cukup. Beliau sebenarnya bercakap mengikut nafsu dan bukan mengikut akal fikiran.

''Saya mewakili seluruh ahli keluarga melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Mat Sabu dan saya minta beliau bertaubat jika enggan meminta maaf," katanya ketika ditemui di rumah pusaka Allahyarham di Kampung Pengkalan Renggam, Kandang di sini semalam.

Selain Mohd. Yusoff, tiga lagi rakan Allahyarham yang terselamat sewaktu kejadian tersebut ialah Konstabel Othman Yusoff, Konstabel Abu Bakar Daud dan Ahmad Khalid.

Mohd. Isa berkata, Mat Sabu tidak pernah merasakan penderitaan yang ditanggung oleh Allahyarham bapanya yang cedera parah akibat tragedi itu.

Kata beliau, bapanya antara empat anggota polis yang terselamat dalam serangan pada 23 Februari 1950 itu namun mengalami kecederaan parah ditembak di lengan dan paha kiri.

Akibat kecederaan itu, katanya, lengan kiri bapanya dipotong dan disambung menyebabkan tangan kiri Allahyarham pendek sedikit daripada tangan kanan.

''Tangan kirinya tidak pulih sepenuhnya apabila kesan daripada tembakan itu menyebabkan lengannya sering berair dan kadangkala bernanah sehingga bapa saya meninggal dunia pada 14 April 2005," ujarnya.

Sepanjang hayatnya kata Mohd. Isa, Allahyarham sering bercerita mengenai kekejaman komunis yang mengorbankan 14 anggota polis dan lima polis bantuan dalam tragedi itu.

Beliau turut mempersoalkan kedangkalan Mat Sabu terhadap fakta sejarah hingga sanggup memutar belit kejadian yang sebenarnya berlaku.
Dewakan komunis hanya gimik politik

KUALA LUMPUR 9 Sept - Isu mendewa-dewakan puak pengganas komunis yang ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu hanya sekadar gimik politik pakatan pembangkang bagi mengalih perhatian rakyat terhadap dua isu lebih besar yang dicetuskan sebelum ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, dua isu tersebut ialah gejala murtad membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini dan isu pembohongan dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu apabila rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan politik mereka.

Katanya, episod Mat Indera dan komunis pembunuh anggota polis dan keluarga mereka di pos Bukit Kepong membuktikan betapa kaum Anwarinas sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai nafsu serakah politikus sehingga sanggup menggadai agama dan bangsa mereka.

''Sebenarnya mereka dah terperangkap. Mereka dah tak tahu nak buat macam mana untuk mengawal dua isu besar ini. Dakyah dan temberang mereka semakin terbongkar.

''Kaum Anwarinas memang sengaja naikkan Mat Sabu, sebab mereka tahu Mat Sabu bukan aset politik setakat jadi badut mainan mereka saja. Mereka bukan tak tahu sejarah Mat Sabu. Kaum Anwarinas punya agenda lebih besar sebenarnya," katanya dalam entri terbaru di blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli berkata, berikutan siri kebiadaban pembangkang itu, kata beliau, tidak mustahil mereka akan menganugerahkan gelaran Tun Chin Peng kepada Ketua Parti Komunis Malaya itu jika mereka diberi mandat memerintah negara.

Ini kerana, katanya, mereka sanggup berbuat apa sahaja hatta menyamakan perjuangan Rasulullah dalam pembukaan kota Mekah dengan serangan dan pembunuhan puak komunis terhadap orang Melayu Islam dalam peristiwa Bukit Kepong.

''Teman sebenarnya malas nak melayan sangat isu kenyataan Mat Sabu mendewa-dewakan Mat Indera dan gerombolan komunis ini, tetapi nampak mereka ini semakin meroyan dan merapu jadinya.

''Cuba tengok gelagat Mat Sabu sejak jadi Timbalan Presiden Pas. Dia sanggup menjadikan Ambiga sebagai khalifah dalam perhimpunan haram Bersih lalu termasuk membuat ucapan mendewa-dewakan Mat Indera dan komunis Mat Sabu tiba-tiba pitam lupa diri; "tak tau, cek tak ingat!". Itu respon awal Mat Sabu,'' katanya.

Justeru, katanya, umat Islam perlu sedar dan membuka mata serta jiwa masing-masing terhadap kebiadaban pakatan pembangkang itu apabila sanggup menggadai maruah agama dengan bersatu mempertahankan survival agama, bangsa dan tanah air kita hatta dengan nyawa sekalipun.

''Daripada menggadai kalimah Allah kepada kristian dengan ideologi triniti, kepada membuang perjuangan negara Islam kerana "tidak ada dalam al-Quran", tidak mahu menerima bukti terang video seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bukan bukti tetapi sekadar besi sejuk, kepada membela gereja dalam isu dakyah kristian dan gejala murtad, kini membela dan mempertahankan komunis yang anti Islam dan anti tuhan!.

''Terbongkarnya pekong ini, Allah jadikan untuk umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya membuka mata dan jiwa masing-masing. Janganlah menjadi kaum yang pekak, buta dan bisu dengan bukti dan keterangan yang telah Allah berikan sebelum Allah menurunkan bala dan laknat," katanya.

Mat Indera the culprit, says Johor MB
By MOHD FARHAAN SHAH
newsdesk@thestar.com.my
OHOR BARU: Johor, which has been dragged into the controversy surrounding the 1950 siege of Bukit Kepong, is sticking to its stand that guerilla leader Mat Indera was accountable for the attack.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said that as a leader of the 10th Regiment of the Communist Party of Malaya (CPM), Mat Indera was the brains behind the attack on the Bukit Kepong police station on Feb 23, 1950.

“Facts complied by historians showed Mat Indera had planned the attack on the police officers.

“However, the 10th regiment went against Mat Indera’s instructions and went ahead to not only kill the policemen but also their family members,” said Abdul Ghani.

“As leader of the party’s guerilla wing, he should be held accountable for the attack.”

He added that the British had enforced emergency laws on June 19, 1948, and had banned left wing parties such as the CPM, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf and AWAS.

Abdul Ghani said many leaders of the left wing parties then left for Singapore and some joined Umno to help in Malaya’s struggle for independence in a democratic and peaceful way.

“However, Mat Indera chose to remain in CPM and would rather use force, not only against the British but also his fellow countrymen.

“This showed his true colours, which did not help the country to achieve independence. It was a form of colonialism through communism,” he said.

Biar rakyat nilai 'hikmah' kenyataan Mat Sabu

PUTRAJAYA 9 Sept. - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mempersoalkan status pejuang kemerdekaan negara boleh dilihat sebagai hikmah untuk rakyat untuk menilai perjuangan sebenar parti itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, biar rakyat sendiri menilai kenyataan Mat Sabu yang ternyata mempunyai matlamat tersendiri yang tidak diketahui.

"Biar rakyat tahu siapa dan apa matlamat Mat Sabu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan keluarga pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang telah terkorban.

"Kenyataan yang tidak berasaskan rasional dan fakta itu hanya untuk menarik perhatian demi kepentingan politik semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat beliau di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, kenyataan Mat Sabu itu juga dapat dilihat sebagai salah satu usaha untuk menarik perhatian golongan muda liberal yang tidak pernah merasai keperitan para pejuang negara.

"Mereka tidak pernah merasa dan hidup ketika waktu darurat berperang dengan komunis, rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan konfrantasi," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pengorbanan para pejuang kemerdekaan selama ini tidak boleh dipinggirkan sebaliknya perlu terus dihargai dan dikenang setiap masa.

Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata, akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara.

The Malaysian Insider dikecam

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
utusan@pengarang.com.my
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mengecam tindakan portal berita The Malaysian Insider yang mengeluarkan laporan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh portal berita pro pembangkang itu iaitu lawatan Perdana Menteri ke Istana Kehakiman sebagai tanda campur tangan politik dalam badan kehakiman negara jelas menunjukkan ia semakin ketandusan idea dalam membangkitkan isu.

"Perdana Menteri hanya menjalankan tugas beliau. Sebelum ini pun pelbagai agensi lain dilawati Perdana Menteri. Ia tiada kena mengena dengan agenda lain atau campur tangan politik ke atas badan kehakiman negara.

"Kalau benar itu tujuan Perdana Menteri, beliau tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke majlis itu, tetapi beliau boleh mengarahkan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi datang ke pejabatnya atau menghubunginya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, lawatan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia bukan sahaja meningkatkan semangat hakim dalam menjalankan tugas, malah menjadikan mereka lebih adil dan telus.

Tambahnya, The Malaysian Insider tidak lagi relevan kerana hanya mencetuskan kacau-bilau dan perselisihan faham antara rakyat.

"Memang sudah menjadi perkara biasa dan kerja The Malaysian Insider memutar-belitkan isu untuk memburukkan kerajaan. Ia semata-mata untuk meneruskan agenda kotor mereka menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap portal berita itu yang didapati telah banyak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan memburuk-burukkan kredibiliti pihak tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.