09 September, 2011
[hang nadim] Pesara tentera lapor polis terhadap Mat Sabu.....
Shafie Bakri
Presiden PBPM
Dato' Hj Muhammad bin Hj Abdul Ghani
Presiden PBTM
"Jangan Lupa Komunis Bunuh 1,437 Anggota Polis," - KPN
Published on Thursday, 08 September 2011 23:04
KUALA LUMPUR: Seramai 1,437 anggota polis terkorban dan 1,883 lagi cedera sepanjang 43 tahun komunis mengganas di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Selain itu, katanya seramai 639 anggota tentera maut dan 1,697 lagi cedera serta 2,558 orang awam terkorban dan 1,490 yang lain cedera menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban ialah 4,688 orang dan yang cedera seramai 5,070 orang.
"Mereka terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman komunis pada masa tersebut yang dianggap ancaman kepada negara," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Ditanya mengenai laporan palsu video seks oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Mac lepas, Ismail berkata polis akan menjalankan siasatan selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai.
"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya.
Mat Sabu pemimpin 'tak boleh pakai'
Published on Tuesday, 30 August 2011 16:08
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau seorang pemimpin yang 'tidak boleh pakai'.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka adalah keterlaluan.
"Mat Sabu (Mohamad) masih lagi 'dijajah' ideologi komunis. Dia terlupa bahawa hero sebenar dalam tragedi tersebut adalah anggota keselamatan yang terbunuh mempertahankan negara kerana sayangkan keamanan dan tanah air.
"Agaknya, kalau tiada anggota keselamatan yang sanggup bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada PKM, mungkin Malaysia kini dijajah oleh mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambah Muhammad, Timbalan Presiden Pas itu seperti tidak bersyukur dengan keamanan yang dicapai negara hingga sanggup cuba memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Dia (Mohamad) tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang negara yang sanggup berjihad mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.
"Saya sangat kesal dan dukacita dengan tindakan pengkhianat bangsa seperti Mat Sabu. Dia harus menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong," katanya.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula mendesak supaya Mohamad tampil memberi penjelasan mengenai tujuan beliau mengeluarkan kenyataan biadab itu.
"Dia (Mohamad) harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan jangan cuba mengelak daripada memberi kenyataan maaf," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta Mat Sabu berhenti menjadi 'robot' DAP dan terus menghina jasa bakti para pejuang yang telah memerdekakan negara.
"Jika komunis berjaya menawan negara, Pas tidak akan wujud kerana komunis tidak benarkan warga dalam tanah jajahannya menganuti sebarang agama dan Mat Sabu tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas.
"Jangan sekali-kali menukarkan sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Jika cuba menukarkannya ditakuti pertumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku Pas bertanggungjawab," ujarnya.
Beliau yang juga bekas Komander Rejimen Askar Wataniah berkata, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, Mohamad disaran berdebat di hadapan 200,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara.
Sementara itu di Alor Setar, Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad), Abdul Ghani Mehat menggesa polis menyiasat Timbalan Presiden Pas itu di bawah akta yang relevan kerana secara terang-terangan menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong.
Katanya, dakwaan Timbalan Presiden Pas itu seolah-olah menunjukkan beliau mengiktiraf tindakan komunis yang diketahui membawa kesengsaraan kepada rakyat.
"Polis perlu menyiasat sejauh mana penglibatan Mat Sabu dalam perkara ini. Kita tidak perlu mendesak manusia seperti ini memohon maaf berhubung kenyataan itu, tetapi mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti," katanya
Pesara tentera lapor polis terhadap Mat Sabu
Published on Monday, 05 September 2011 06:24
PASIR PUTEH - Sekumpulan15 pesara tentera dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Pasir Puteh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap komunis adalah hero dalam tragedi Bukit Kepong.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini di sini yang diwakili oleh Zawawi Mohamed, 64.
Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu itu amat mengecewakan dan seolah-olah mengiktiraf agenda perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang sekian lama ditentang anggota tentera.
"Malah sebahagian besar pejuang negara itu yang mempertahankan tanah air terkorban sekali gus membolehkan ramai menikmati kemerdekaan negara.
"Kami rasa terhina dengan kenyataan itu. Dia (Mat Sabu) memang buta sejarah kerana putar belit fakta sebenar. Sewajarnya pemimpin Pas itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan perlu diajar semula sejarah tanah air," katanya ketika ditemui di IPD Pasir Puteh, dekat sini, hari ini.
Zawawi yang juga bekas Pegawai Waran II di 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Desa Pahlawan berkata, kenyataan Mat Sabu itu tidak boleh dimaafkan apatah lagi disaat rakyat negara ini bersemangat menyambut hari kemerdekaan negara.
Menurutnya, beliau sendiri pernah menentang komunis di Hulu Kelantan, Banjaran Titiwangsa, Pahang, Gubir di Kedah, Hutan Belum di sempadan Perak-Kelantan, hutan Mancis di Bentong dan di Bukit Fraser sejak1992 hingga1975.
"Kami lebih arif tentang selok belok perjuangan dan ideologi komunis. Tindakan ganas dan kekejaman yang diamalkan pada waktu itu berbanding Mat Sabu," katanya yang berkhidmat sebagai anggota tentera pada1972.
Di KUALA LUMPUR, dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis hari ini bagi mendesak beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
Dua NGO terbabit iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Dewan Ekonomi Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) yang membuat laporan tersebut di Balai Polis Setapak di sini pada pukul 11.30 pagi.
Presiden DESMMA, Mohd. Fazil Abdullah berkata, beliau sebagai bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga anak kepada bekas anggota polis berasa cukup terhina dengan kenyataan Mat Sabu memperlekehkan pasukan keselamatan yang bermati-matian berjuang mempertahankan keamanan negara.
Katanya, beliau yang mempunyai pengalaman bertempur dengan komunis di Tanjung Tualang, Perak semasa berkhidmat dalam TUDM pada 1981 memang memahami betapa peritnya kesusahan dilalui oleh anggota polis yang berjuang mempertahankan Bukit Kepong.
"Anggota polis dan ahli keluarga mereka yang bertempur dengan komunis dalam tragedi Bukit Kepong berkorban untuk negara tetapi perjuangan mereka dilupakan sekelip mata oleh orang seperti Mat Sabu.
"Sebab itu, kita membuat laporan polis mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya kerana ia membuat ramai penduduk Malaysia khususnya anak-anak polis dan tentera terguris hati," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, Mat Sabu sebagai seorang Malayu beragama Islam, tidak seharusnya membuat penghinaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejuang-pejuang kemerdekaan semata-mata kerana kepentingan politik.
"Hanya kerana mahukan kuasa, Mat Sabu sanggup mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira negara dan kenyataannya jelas menunjukkan beliau adalah seorang rakyat yang buta sejarah tanah air," ujarnya.
Mat Sabu pemimpin 'tak boleh pakai'
Published on Tuesday, 30 August 2011 16:08
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau seorang pemimpin yang 'tidak boleh pakai'.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka adalah keterlaluan.
"Mat Sabu (Mohamad) masih lagi 'dijajah' ideologi komunis. Dia terlupa bahawa hero sebenar dalam tragedi tersebut adalah anggota keselamatan yang terbunuh mempertahankan negara kerana sayangkan keamanan dan tanah air.
"Agaknya, kalau tiada anggota keselamatan yang sanggup bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada PKM, mungkin Malaysia kini dijajah oleh mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambah Muhammad, Timbalan Presiden Pas itu seperti tidak bersyukur dengan keamanan yang dicapai negara hingga sanggup cuba memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Dia (Mohamad) tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang negara yang sanggup berjihad mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.
"Saya sangat kesal dan dukacita dengan tindakan pengkhianat bangsa seperti Mat Sabu. Dia harus menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong," katanya.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula mendesak supaya Mohamad tampil memberi penjelasan mengenai tujuan beliau mengeluarkan kenyataan biadab itu.
"Dia (Mohamad) harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan jangan cuba mengelak daripada memberi kenyataan maaf," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta Mat Sabu berhenti menjadi 'robot' DAP dan terus menghina jasa bakti para pejuang yang telah memerdekakan negara.
"Jika komunis berjaya menawan negara, Pas tidak akan wujud kerana komunis tidak benarkan warga dalam tanah jajahannya menganuti sebarang agama dan Mat Sabu tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas.
"Jangan sekali-kali menukarkan sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Jika cuba menukarkannya ditakuti pertumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku Pas bertanggungjawab," ujarnya.
Beliau yang juga bekas Komander Rejimen Askar Wataniah berkata, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, Mohamad disaran berdebat di hadapan 200,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara.
Sementara itu di Alor Setar, Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad), Abdul Ghani Mehat menggesa polis menyiasat Timbalan Presiden Pas itu di bawah akta yang relevan kerana secara terang-terangan menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong.
Katanya, dakwaan Timbalan Presiden Pas itu seolah-olah menunjukkan beliau mengiktiraf tindakan komunis yang diketahui membawa kesengsaraan kepada rakyat.
"Polis perlu menyiasat sejauh mana penglibatan Mat Sabu dalam perkara ini. Kita tidak perlu mendesak manusia seperti ini memohon maaf berhubung kenyataan itu, tetapi mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.