Pages

Subscribe:

13 September, 2011

[hang nadim] DAP mahu tukar Jalur Gemilang?.....


oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: “I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: “Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!.”

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: “Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out.” (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.

Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik.

Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.

Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

“Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan,” katanya.

Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

Jangan tangguh lagi kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Peguam Negara didesak untuk bersikap tegas dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyaksikan penangguhan demi penangguhan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana perbicaraan melibatkan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, sudah 55 kali ditangguhkan.

Jelasnya, apa yang membimbangkan, kelicikan pasukan peguam bela Anwar memohon ‘siri’ penangguhan telah mengakibatkan kelewatan dalam pelaksanaan prinsip keadilan itu sendiri.

“Sehubungan itu, Puteri UMNO mahu melihat Peguam Negara menghalang sebarang campur tangan terutamanya oleh parti politik termasuk DAP dalam perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar.

“Peguam Negara juga tidak boleh membiarkan mana-mana pihak berjaya menimbulkan persepsi yang buruk akibat sikap berdiam diri sehingga menyaksikan barisan peguam Anwar yang juga pemimpin parti politik pembangkang mengambil sikap keterlaluan.

“Pakatan pembangkang juga perlu menghormati badan kehakiman dengan menyegerakan kes liwat Anwar. Tindakan mereka melengah-lengahkan kes tersebut sama seperti mempermainkan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar di peringkat bela diri bersambung pada 19 September ini.

Rosnah berkata, Karpal Singh juga dilihat bukan lagi menjadi peguam bela bagi kes Anwar sebaliknya berperanan sebagai ‘peguam tunda’ dan bukannya mencari keadilan.

“Pada 1997, Karpal Singh pernah menyatakan di Parlimen bahawa beliau ada bukti kukuh mengenai kegiatan liwat Anwar. Seorang seperti Karpal yang ‘boleh menuduh hari ini dan membela orang yang sama esoknya’ jelas menjejaskan reputasi beliau sebagai peguam,” katanya.

PHONESEX MAT SABU & NORMAH 1994 - 1peluru.blogspot - YouTube: "Uploaded by tvtrimatra on 8 Sep 2011
http://1peluru.blogspot.com/ rakaman lama, jadi kualitinya kurang jelas... sila dgar menggunakan ear/headphone! jika matsabu katakan ini rakaman palsu gua cabar mat sabu untuk saman supaya kita boleh dedahkan lebih banyak sejarah silamnya yg tak boleh diputarbelit seperti sejarah bukit kepong!"

'via Blog this'

Bekas polis cabar Mat Sabu berdebat

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Seorang bekas pegawai polis yang pernah bertempur dengan pasukan komunis, hari ini mencabar Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas itu sebelum ini yang mengiktiraf komunis dalam tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai hero sebenar.

Datuk Yahya Hashim, 60, yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) pada tahun 1969, menganggap kenyataan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti mereka yang telah berjuang demi negara.

Yahya yang pernah terlibat dalam kejadian komunis melempar bom ke arah kem PPH di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada tahun 1975 berkata, mereka menentang komunis bukan untuk diri sendiri, sebaliknya demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.

"Mat Sabu ketika itu entah berada di mana dan orang seperti kamilah yang berjuang untuk nikmat yang dikecapi hari ini, namun dia secara biadab mengeluarkan kenyataan yang sukar untuk kami terima.

"Oleh itu, hari ini, saya mencabar dia berdepan dengan bekas anggota PPH. Jika dia mahu kami berjumpa di tempatnya pun kami sanggup turun untuk berdebat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahya berkata, beliau tidak menafikan sekiranya kenyataan Mat Sabu itu dikeluarkan ketika zaman darurat, pemimpin itu mungkin ditembak pejuang negara.

"Kenyataan itu membuktikan bahawa rakyat harus menolaknya seperti mana harus menolak Pas," katanya.

12 laporan polis terhadap Guan Eng

BUKIT MERTAJAM 16 Sept. - Sebanyak 12 laporan polis dibuat di sekitar Pulau Pinang hari ini ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mendakwa UMNO terlibat dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) beberapa hari sebelum perhimpunan haram Bersih, 9 Julai lalu.

Seramai 10 individu yang diketuai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Balik Pulau, Ismail Budin membuat laporan polis di Balai Polis Balik Pulau kira-kira pukul 10 pagi ini.

Sementara itu di Balai Polis Bukit Mertajam, dua lagi laporan polis dibuat oleh ahli pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd. Faizal Abdul Rahim dan Amerudin Abdul Hamid.

Menurut Amerudin, laporan polis itu dibuat untuk meminta pihak polis menyiasat fitnah yang dilemparkan oleh Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP ke atas UMNO dalam kejadian kebakaran ibu pejabat DAP di Jalan Talipon dekat George Town.

"Laporan itu boleh dibaca dalam portal Free Malaysia Today, The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang dilihat menghasut orang ramai supaya membenci parti UMNO dan memburukkan pandangan masyarakat terhadap UMNO.

"Selain itu laporan polis ini juga dibuat untuk menyiasat tuduhan Guan Eng yang mengaitkan UMNO terlibat dalam demonstrasi di Komtar serta kesesakan di atas Jambatan Pulau Pinang seperti dilaporkan laman web Keadilandaily," katanya.

Tambahnya lagi, Guan Eng secara terbuka menuduh UMNO terlibat dalam kejadian itu selain turut terlibat menyerang dua wartawan dalam kejadian sama.

Jelasnya, UMNO tidak pernah terlibat untuk membakar pejabat organisasi lain atau menyerang mana-mana individu kerana UMNO sentiasa berjuang mempertahankan keamanan negara.

Jemaah kecewa ceramah berunsur politik di masjid

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Jemaah Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati dekat sini terkilan apabila kuliah maghrib yang seharusnya membincangkan permasalahan agama disalahgunakan dengan diselitkan unsur politik.

Penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kejadian pada malam kelmarin itu berlaku dalam tempoh 10 minit ketika penceramah jemputan tersebut mahu menamatkan kuliah maghrib beliau.

Katanya, dengan penuh bersemangat, penceramah jemputan itu menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

''Namun apa yang membuat saya lebih terkilan ialah apabila penceramah dalam lingkungan 40-an itu mengatakan bahawa sejarah negara perlu dikaji dan ditulis semula.

''Kenyataan itu mengakibatkan beberapa jemaah saling berpandangan sesama mereka, hairan dengan tindakan penceramah yang cuba mempengaruhi dan mengelirukan jemaah masjid dengan kenyataannya itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata penduduk itu, kejadian tersebut dipercayai yang pertama dikesan berlaku di masjid berkenaan dan dikhuatiri ia akan menjadi trend kepada kuliah agama lain sekiranya tiada pemantauan dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, sebagai tempat ibadat, masjid seharusnya tidak dijadikan 'gelanggang' untuk berpolitik tidak kira oleh parti kerajaan atau parti pembangkang.

''Pada masa sama, pihak pengurusan masjid juga perlu lebih peka akan pemilihan penceramah undangan bagi mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang," katanya.

''Pada masa sama, pihak pengurusan masjid juga perlu lebih peka akan pemilihan penceramah undangan bagi mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang," katanya.

DAP mahu tukar Jalur Gemilang?
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: “I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: “Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!.”

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: “Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out.” (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.

Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik.

Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.

Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

“Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan,” katanya.

Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.
16 September sedarkan rakyat pembohongan pembangkang

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan 16 September 2008 sebagai tarikh yang telah menyedarkan rakyat Malaysia mengenai pembohongan pakatan pembangkang.

Katanya, beliau sendiri amat bersyukur apabila diberi kesedaran oleh Allah mengenai pembohongan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah teman disedarkan Allah mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana Allah merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terfikir akan berlaku, bila mana dengan ketentuan Allah, teman dimufaraqahkan (diasingkan) dari pakatan pembangkang kerana mempertahankan kalimah Allah! Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah!,” katanya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli berkata, sebenarnya rakyat Malaysia khususnya umat Islam patut bersyukur apabila peristiwa 16 September 2008 terjadi kerana ia telah mendedahkan politik pembohongan dan putar belit pakatan pembangkang yang menghalalkan cara hanya kerana mahu menduduki kerusi empuk di Putrajaya.

“Mereka muncul sebagai politikus rakus yang terpukau dengan cahaya kepalsuan kemahkotaan. Topeng mereka terdedah. Wajah sebenar mereka terbongkar. Allah menelanjangkan politik kotor mereka,” katanya.

Katanya, tarikh itu juga telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan spesies kaum yang mampu berbohong dan memutar belit apa sahaja demi politik kepartian mereka yang sempit.

“Dan rentetan pembohongan demi pembohongan, putar belit demi putar belit selepas itu memberikan isyarat jelas kepada kita bahawa umat Islam dan rakyat negara ini akan berhadapan dengan politiking paling kotor yang tidak pernah dilihat sejarah iaitu matlamat menghalalkan cara berteraskan pembohongan dan putar belit,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan seperti itu wajar ditentang habis-habisan kerana sanggup menggadaikan agama sendiri seperti ‘menjual’ kalimah Allah, sanggup memajak anak isteri melalui amalan bai‘ah talak tiga dan memutar belit sejarah negara dengan menyanjung komunis.

Katanya, rakyat Malaysia wajib menolak politik kotor seperti itu dan mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus menjadi mangsa politik rakus tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.