Pages

Subscribe:

03 September, 2011

[hang nadim] Kaedah Tunku Abdul Rahman merdekakan negara pilihan terbaik.....

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kaedah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra memerdekakan negara ini melalui rundingan dengan penjajah Inggeris merupakan cara terbaik berbanding sekiranya bersekongkol dengan pengganas komunis pada waktu itu.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin berkata, ini kerana kaedah rundingan dengan British menyaksikan Malaysia bebas daripada penjajahan tanpa perlu mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Selain itu, katanya, cara demokrasi yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman bersama ketua masyarakat lain ketika itu membuatkan Malaysia lebih makmur serta pesat membangun berbanding negara Asia Tenggara lain terutama yang mendokong fahaman komunis seperti di Indonesia dan beberapa negara Indo-China.

“Ketika itu pilihan yang ada hanya sama ada Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia atau kita merdeka sendirian berlandaskan demokrasi Barat atau British.

“Jika kita pilih untuk merdeka bersama Indonesia, kita mungkin akan menjadi sebahagian daripada negara jiran itu dan tertekan serta tertinggal ke belakang seperti wilayah Aceh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam satu ceramah pada 21 Ogos lalu yang menganggap komunis sebagai pejuang sebenar kemerdekaan negara serta menyifatkan Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak sebagai ‘alat British.’

Mat Sabu dalam satu majlis di Kota Bharu semalam tetap dengan pendirian itu dan enggan memohon maaf kepada anggota pasukan keselamatan negara.

Zainudin menambah, sekiranya pejuang kemerdekaan negara mendokong fahaman komunis sewaktu pembentukan negara bangsa dahulu, Malaysia tidak akan berupaya menjalankan sistem demokrasi seperti diamalkan sekarang.

“Kalau dari dahulu kita mendokong komunisme, Mat Sabu tidak akan berupaya menjadi pemimpin Pas dan ‘bermain’ dalam sistem demokrasi yang dia nikmati sekarang,” tegasnya.

Pengkhianatan paling besar

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Keengganan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk memohon maaf serta menarik balik kenyataannya berhubung tragedi di Bukit Kepong merupakan pengkhianatan paling besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kedegilan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak lagi boleh dianggap sebagai gimik politik, sebaliknya merupakan jenayah kerana menyokong kumpulan pengganas komunis yang pernah menimbulkan huru-hara di negara ini.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana Mat Sabu boleh membuat kenyataan menyokong pengganas komunis sedangkan beliau merupakan pemimpin nombor dua dalam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

"Adakah beliau tidak tahu bahawa dalam tragedi Bukit Kepong, pengganas komunis telah membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka yang rata-ratanya merupakan orang Islam?

"Jadi bagaimana pula beliau boleh menyokong komunis dan mendakwa golongan tersebut sebagai pejuang sebenar?

"Ini merupakan pengkhianatan kepada para pejuang kemerdekaan negara dan boleh dianggap sebagai satu jenayah kerana menyokong pengganas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kedegilan Mat Sabu yang tidak mahu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi di Bukit Kepong walaupun mendapat desakan daripada pelbagai pihak termasuk sekutu rapatnya sendiri iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh.

UMNO, 13 NGO buat laporan polis terhadap Mat Sabu

MARAN 3 Sept. - UMNO Bahagian Maran bersama 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam, membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950.

Laporan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak bersama pemimpin NGO-NGO terbabit di Ibu Pejabat Daerah Polis Maran di sini.

Menurut Tan Mohd. Aminuddin, beliau kesal kerana Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu itu hanya mahu mencari populariti murahan sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama.

"Mat Sabu mencabar orang Melayu yang selama ini amat memusuhi komunis kerana membunuh perwira negara seperti polis dan tentera selain banyak memusnahkan banyak harta benda rakyat pelbagai kaum," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, Mat Sabu kini menjadi liabiliti kepada Pas dan sepatutnya disingkirkan kerana telah mencemarkan teras perjuangan parti itu.

Tambahnya, Mat Sabu tidak layak menjadi pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sedangkan hakikatnya meletakkan pengganas komunis sebagai hero bangsa.

Mat Sabu tidak jelas isu caj rawatan

RANTAU PANJANG 3 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak menggunakan ceramah beliau di Markas Pas Kawasan Rantau Panjang di sini malam tadi untuk menjelaskan isu caj rawatan bagi merawat kecederaannya akibat menyertai perhimpunan haram Julai lalu, sebaliknya menyalahkan Pemuda UMNO kerana membangkitkan isu berkenaan.

Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dia telah melunaskan caj rawatan tersebut kira-kira RM8,000 tetapi tidak menyebut punca kewangan tersebut.

Beliau hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai isu rawatan tersebut manakala selebihnya menyalahkan Pemuda UMNO yang disifatkannya sebagai penyibuk.

"Bila kita masuk hospital pakar, kadang kala ubat RM30 sahaja tetapi duit khidmat pakar perunding caj RM100. Apabila saya pergi ke hospital KPJ Shah Alam, saya tanya berapa agak-agak kos pembedahan, mereka kata dalam anggaran RM15,000.

"Kemudian datang Datuk lembaga pengarah hospital itu yang saya tak perlu sebut nama di sini, dia kata kamu buatlah pembedahan di sini, saya akan cuba cari jalan untuk kurangkan kos. Selepas pembedahan saya kena caj RM8,000, RM3,000 untuk kos pakar perunding manakala RM5,000 duit ubat, Pemuda UMNO kata saya bawa lari duit RM3,000. Mana saya bawa lari duit,'' katanya.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan Mohamad yang cedera kerana terlibat dalam perhimpunan haram Julai lalu.

Mereka mempertikaikan pembayaran bil sebanyak RM8,434.05 terhadap kecederaan Mat Sabu akibat aktiviti yang salah di sisi undang-undang, yang bertentangan dengan amalan korporat.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 29 Ogos, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mendedahkan salinan memorandum pembayaran bertarikh 3 Ogos 2011 yang dirujuk sebagai "Bayaran balik perbelanjaan perubatan ahli lembaga pengarah (PBAPP), Tuan Haji Mohamad Sabu"

Bayaran balik yang diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan.

Bagaimanapun, kata Reezal Merican, persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran tersebut hanya berjumlah RM5,060.54.
Your reaction?

APA KATA MEREKA.....

Fakta yg telah diselewengkan... ternyata kita masih otak penjajah, walaupun telah merdeka 54 tahun..

leepeace1010 27 minutes ago
Reply
mat sabu sokong komunis

nektampines 6 days ago
Sebut je Bukit Kepong dah sedih....Hari ni 31 Ogos 2010....MERDEKAKAH KITA???

panitiapjpksmkj18 1 year ago
@hatiparah tak paham

msy300177 1 year ago
@msy300177 jujur ke x...polis malaya mase tu ade bunuh bangsa malaysia sendiri ker...pikir la beb.....mata sepet tu gak yang bunuh bangsa malaysia

hatiparah 1 year ago
one of the most touching movie and emotional scene. bersatu kita teguh bercerai kita roboh. we are one nation , one malaysia.

kedah4 2 years ago
muzik dan scene yg ditunjuk kan kena dan berjaya menaikan feel sedih..

aku tgk 10 kali pun blh jadi sedih..great director

panau06 2 years ago
The most fucking thing in this accident was killing innocent women and children.

Ak tgk cite ni panas sial..asyik2 muke pengkhianat bangse yg mate sepet..Fucker gile..wei bangse pendatang tu pendatang jgk..dtg ngare org bwk ideologi lps tu nak ambik tanah org..FxxK ChxxxSx

MelayuSejati86 2 years ago
Bagus RTM siar semula cerita mcm nie..bagi kesedaran sikit pada golongan muda..nyawa dipertaruhkan demi Bangsa,Agama dan Negara.

yuzafi 2 years ago
terlepas tengok cerita ni semalam tapi sedih bila mengenangkan pergorbanan pejuang sejati menentang komunis jahanam...Al Fatihah buat semua pejuang bukit Kepong...kenapa keamanan perlukan pengorbanan kemudian kita pakat lupakan jasa mereka???JAHANAM CHIN PENG

APA YANG MEREKA MAHU.....?KEHANCURAN KEAMANAN NEGARA ?????













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.