04 September, 2011
[hang nadim] Mat Sabu keliru perjuangan PKM - Zulhasnan.....
4 SEPTEMBER 2011: Penunjuk perasaan memijak poster wajah Mohamad Sabu di Temerloh sebagai tanda membantah kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat komunis sebagai hero dalam Tragedi Bukit Kepong pada 1950. - Utusan/ALI MAHMOOD
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa mempertahankan gerakan komunis sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan negara mengelirukan kerana ia tidak berdasarkan sejarah pejuang kemerdekaan negara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, pemimpin Pas itu mungkin juga terkeliru mengenai perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) sewaktu pemberontakan bersenjata yang dipimpin oleh Chin Peng pada tahun 50-an sehingga berlakunya darurat.
"PKM sebenarnya memperjuangkan penubuhan sebuah negara komunis dan bukannya kemerdekaan sebenar yang dikecapi oleh rakyat kita pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, biarpun PKM berjuang untuk membebaskan negara daripada British, tetapi ia hanya untuk membangunkan sebuah negara komunis.
"Itulah perjuangan sebenar PKM. Malangnya ada di kalangan rakyat pada waktu itu termasuk orang Melayu terpedaya dengan janji komunis untuk membebaskan negara dan seterusnya menyertai perjuangan komunis. Hakikatnya pembebasan penjajahan yang dijanjikan hanyalah satu bentuk ilusi yang mengaburi mata rakyat.
"Adakah Mohamad Sabu cuba menghalalkan perjuangan PKM dengan mengaitkan pembabitan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut dengan mengiyakan kekejaman, pembunuhan dan pelbagai jenayah lain yang dilakukan oleh komunis semasa berlakunya darurat?" katanya.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, penglibatan orang Melayu di dalam PKM tidak wajar dieksploitasi hanya untuk meraih sokongan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi.
"Kebebasan yang kita inginkan adalah kebebasan menentukan masa depan kita sendiri dengan pengupayaan rakyat untuk membangun bersama.
"Jika perjuangan PKM berjaya pada waktu itu adakah institusi demokrasi berparlimen akan wujud? Malah kebebasan berpolitik seperti Mohamad Sabu yang bebas ini sudah pasti tidak wujud jika berada di bawah pemerintahan komunis," jelasnya.
Zulhasnan berkata, tindakan menuduh anggota pasukan keselamatan ketika itu sebagai orang suruhan British juga adalah tidak adil.
"Pendekatan cetek Mohamad Sabu mengaitkan pihak polis dengan kerajaan British pada waktu itu sama seperti menyatakan pengorbanan Leftenan Adnan dan anggota tentera menentang kemaraan tentera Jepun hanyalah sia-sia kerana sebenarnya bekerja untuk penjajah British," katanya.
Azizan tidak campur isu Bukit Kepong
ALOR SETAR 4 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui beliau tidak mengikuti isu membabitkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Pulau Pinang bulan lalu.
Justeru beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut yang telah membangkitkan bantahan pelbagai pihak yang mahu Mohamad menarik balik kenyataannya dalam menyokong serangan pengganas komunis di Bukit Kepong.
Kedah MB: ‘I will meet Hadi next week’
By EMBUN MAJID
ALOR SETAR: Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said he will only meet with PAS president Datuk Seri Hadi Awang in a party meeting next Sunday.
The state PAS commissioner said since speculation about moves to replace him over his health came out on Friday, he had yet to meet Hadi personally over the matter.
“We have spoken over the phone but Hadi did not come here to see me to talk about my health. The party meeting would be held in Kuala Lumpur on Sept 11 and surely I will meet him there,” he said when met at the state level Hari Raya open house here on Sunday
Menurut Azizan, biarlah pakar sejarah berbahas dengan Timbalan Presiden Pas itu mengenai perkara tersebut kerana percaya Mohamad mempunyai alasan untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya tidak mahu komen sebab saya pun tak baca apa yang dia kata dan tak dengar apa dia kata. Apa faktanya itu, biarlah ahli sejarah debat dengan dialah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.