04 Februari, 2011
[hang nadim] Pemergian Abdul Ajib kehilangan besar - Najib.....
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ajib Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira 3.25 petang ini akibat sakit jantung.
Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986 dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas memenangi kerusi Parlimen Mersing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemui ketika menziarahi jenazah Allahyarham menyifatkan pemergian Abdul Ajib sebagai kehilangan besar seorang tokoh politik yang banyak menabur jasa di negara ini.
Beliau berkata, Allahyarham bukan sahaja banyak memberi sumbangan dalam kepimpinan politik di peringkat negeri, malah di peringkat nasional.
"Saya bukan sahaja kehilangan seorang sahabat yang bersama-sama ketika kami masing-masing menjadi Menteri Besar Pahang dan Johor, malah rakan seperjuangan ketika kami dalam barisan Exco Pemuda UMNO," katanya.
Najib menziarahi jenazah Abdul Ajib di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Damansara Height, Damansara di sini.
Najib tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, dan empat anak. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara petang ini.
[hang nadim] Egypt evacuation: Students being taken to Jeddah at no cost.....

Malaysian students recite doa at KL International Airport upon arrival from Cairo Friday.
CAIRO: Malaysian students are being evacuated from strife-torn Egypt to Jeddah by the federal government at no cost, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Dismissing claims that the students would be charged for the evacuation, he said the government also provided accommodation, bus transportation, food and drinks for them.
He said the government also arranged the process of issuing passports and visas for the students free-of-charge and paid their airport tax.
Malaysian students recite doa at KL International Airport upon arrival from Cairo Friday.
"We need cooperation from all parties but ironically, certain quarters are casting aspersion on our rescue effort," he told reporters here Friday.
Jamil Khir said the Royal Malaysian Navy's Bunga Mas 5 auxiliary ship, which had called at the Cairo Port, had yet to be mobilised as the aircraft were sufficient to fly out Malaysian students from Cairo.
"Anyway, travel by sea will take a longer time. From our meeting with the National Security Council, Wisma Putra and the Putra 1Malaysia Club yesterday, we feel that we will able to complete the rescue mission by deploying additional MAS, AirAsia and the Royal Malaysian Air Force planes," he said.
About 3,000 Malaysian students are expected to be flown from Cairo to Jeddah Friday, he added. Meanwhile, political secretary to the prime minister, Datuk Shahlan Ismail, said the evacuation process of Malaysian students from Egypt to Jeddah, Saudi Arabia, was going on smoothly.
He said the students were transported by bus from their respective residential colleges to the Malaysian Hostel in Cairo and Mara Hostel in Alexandria before being taken to the airport, also by bus.
"We are moving in convoys for safety reason. The students, either those at the airport or at the hostels, are fine," he told Bernama when contacted.
He said that there would be 12 flights to Jeddah Friday involving three C-130 aircraft belonging to the Malaysian Royal Air Force and two aircraft operated by Malaysia Airlines and AirAsia.
"They are mounting shuttle flights between Cairo and Jeddah but this depends on the landing rights approval in Jeddah. If they can provide more, then we can push for more flights," he said.
He said that two of the C-130 aircraft and one each from Malaysia Airlines and AirAsia would fly out of Cairo International Airport while the rest would be from Alexandria airport.
In a related development, chairman of the Malay Association in the Arab Republic of Egypt, Mohd Sulaiman Ismail, said the Malaysian Embassy had provided 13 buses to transport students from Tanta to Cairo.
"Five buses have just left for Tanta; we are still waiting for the rest," he said when contacted.
The evacuation process Friday involved 800 students in Tanta, about 80km from Cairo, mostly students of the University of Tanta and Al-Azhar University.
Mohd Sulaiman said that although there were rioting in Tanta, it was not as bad as in Cairo.
Deputy Foreign Minister Senator A. Kohilan Pillay said earlier that curfew and landing rights were among the challenges faced in evacuating over 11,000 Malaysians from crisis-stricken Egypt, .
He added that the curfew, imposed between 4pm and 8am previously, had been lengthened to between 1pm and 8am.
"We need to move swiftly to ensure as many people can be evacuated within the limited period. We make use of that limited time to bring them to the airport," he told Bernama when contacted on Friday.
He added that landing rights at Cairo airport was also difficult to obtain due to the tense situation in Egypt.
On Friday, the operations would cover areas outside Cairo, among them Alexandria, Mansoura, Tanta and Zagazig, he said.
In JEDDAH, an operations room has been set up at the Madinatul Hujaj transit centre, where Malaysian students from Egypt are being accommodated following their evacuation from the troubled country.
Malaysian Consul General in Jeddah, Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid, said the transit centre could accommodate 3,000 people.
"So far, more than 300 students have arrived here and more will be arriving with the expected arrival of the Mas, Air Asia and Royal Malaysian Air Force aircraft in the next few hours," he told Bernama here.
He said parents of the affected students could contact the operations room at the transit centre at telephone number 0096626301678 or 0096626726191 for more information.
Mohd Hidayat said if the need arose, the students would be placed at the Tabung Haji hostel and assured parents that their children would be well taken care of during their stay at the transit centre.
One of the students met at the centre, Eizat Rejab, 20, said they gathered at the Perlis House in Cairo before being taken by an officer from the Malaysian Embassy to the Cairo airport.
He said the first batch of students who were evacuated were from Perlis, Penang and Kelantan and majority of them were women.
It is learnt that the second group of Malaysian students who will be evacuated are from Selangor and Sarawak, said the Al-Azhar University student.
Another student, Mohd Ainur Rabbani, 19, of the University of Jordan, said he was in Egypt for a holiday and was initially doubtful that they would be able to leave the country.
It was a relief that through the action taken by the Malaysian government, we were able to leave Egypt, said Mohd Ainur, who is from Subang Jaya, Selangor. - Bernama
Bangga semangat patriotik
PUTRAJAYA 3 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan semangat kenegaraan dan cintakan negara oleh rakyat Malaysia yang berada di seberang laut yang dilihat amat kuat dan membara.
Menarik perhatian itu ketika mengadakan persidangan video dengan para pelajar dan profesional Malaysia dari tujuh negara di sini, Perdana Menteri berkata, beliau mendapati walaupun mereka berbeza keturunan tetapi masih tetap menjunjung Perlembagaan dan undang-undang negara.
"Para pelajar dan profesional Malaysia di seberang laut tetap beriltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berjaya yang hebat dan disanjung tinggi.
"Inilah kebanggaan kita, di mana kita berada itu tidak penting tetapi yang bermakna adalah apa yang kita tanam dalam hati dan jiwa kita tanpa mengira apa keturunan dan agama," katanya ketika berucap dalam program tersebut di Seri Perdana di sini hari ini.
Turut menyertai persidangan video tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.
Tujuh perwakilan negara yang terlibat dalam program itu adalah perwakilan dari Vancouver, Kanada; Los Angeles, Amerika Syarikat; Seoul, Korea Selatan; Guangzhou, China; Warsaw, Poland; Perth, Australia dan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Pesawat TUDM tunggu kebenaran mendarat
Oleh Johardy Ibrahim
ABU DHABI 3 Feb. – Tiga pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai misi pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Kaherah, terpaksa menunggu hampir seharian di lapangan terbang antarabangsa di sini hari ini.
Misi yang diistilah sebagai Misi Operasi Piramid itu, menanti kebenaran untuk mendarat di Jeddah, Arab Saudi.
“Ia sedang diurus di peringkat tertinggi kedua-dua kerajaan,” kata seorang pegawai yang enggan disiarkan namanya.
Sejak berlepas dari Kem TUDM Subang pukul 9 malam Rabu, tiga pesawat tersebut telah berhenti di Maldives dan kemudian di lapangan terbang Al Ain di Emiriah Arab Bersatu, ekoran ribut pasir di Abu Dhabi.
Seramai 14 wakil media menyertai penerbangan itu bagi membuat liputan misi tersebut yang akan menjadikan Jeddah sebagai pusat pemindahan sementara pelajar Malaysia dari Kaherah.
Selain itu, seramai 62 pegawai TUDM dan agensi-agensi kerajaan yang turut terlibat dalam misi tersebut.
Semalam, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.
Dua penerbangan pertama, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dan dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam ini.
Pesawat Boeing 747 MAS dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini menuju ke Kaherah.
Tiga pesawat pengangkut C-130 TUDM, yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir pagi esok.
Perpindahan pelajar lancar
Oleh NORILA DAUD
dan HISYAMUDDIN AYUB
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar dengan 545 pelajar diterbangkan ke Jeddah dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bermula 2 petang ini waktu Kaherah atau 8 malam waktu Malaysia.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 345 pelajar diterbangkan menggunakan pesawat MAS pukul 2 petang ini waktu Kaherah manakala selebihnya menerusi pesawat AirAsia 30 minit selepas itu.
Menurutnya, pelajar perempuan tahun pertama dan yang tidak sihat diberi keutamaan untuk dibawa keluar dari Mesir seberapa segera.
“Kita ambil pelajar-pelajar tersebut dari rumah-rumah negeri di sekitar Mesir termasuk yang menuntut di madrasah di samping melengkapkan sijil kecemasan kepada yang kehilangan pasport,” katanya ketika dihubungi di Kaherah, hari ini.
Kohilan berkata, setakat ini seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar.
Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Mesir secepat mungkin mengikut giliran dan keadaan.
Kohilan memberitahu, beliau menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kerajaan mempercepatkan proses tersebut.
Beliau menjelaskan, kesemua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah itu akan tinggal di beberapa buah asrama milik Tabung Haji dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
“Sekiranya keadaan kembali aman, pelajar-pelajar tersebut akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian masing-masing,” ujarnya.
Mengenai pergolakan politik di Kaherah, Kohilan memberitahu, keadaan semakin pulih yang mana penduduk boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat manakala pasar mula dibuka seperti biasa.
Beliau menjelaskan, rusuhan hanya berlaku di sesetengah kawasan dan bukan di seluruh negara itu, manakala, sistem telekomunikasi sudah boleh digunakan termasuk penggunaan Internet.
Di KOTA KINABALU, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan memilih Jeddah sebagai lokasi penempatan sementara kerana ia merupakan negara jiran Mesir yang paling dekat dan selamat.
Menurut beliau, kerajaan bukannya tidak mahu membawa mereka pulang terus ke Malaysia, tetapi jumlah terlibat terlalu ramai iaitu kira-kira 11,379 pelajar yang mendaftar di Mesir.
“Kerajaan tidak mahu membuang masa untuk pulang ke Malaysia yang mengambil masa selama lapan hingga sembilan jam perjalanan.
“Kita berusaha memastikan semua rakyat Malaysia dapat dikeluarkan terlebih dahulu dan berada di tempat yang selamat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Ditanya mengenai kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 yang sedang dalam perjalanan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, Anifah berkata, kapal tersebut ketika ini terpaksa menukar destinasi.
Katanya, kapal tersebut ketika ini sedang melalui Teluk Eden dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada Sabtu ini.
Beliau memberitahu, KD Bunga Mas 5 mempunyai kapasiti mengangkut kira-kira 500 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir untuk satu perjalanan.
Mengenai tempoh misi menyelamat semua rakyat Malaysia di Mesir akan selesai, Anifah berkata, berdasarkan jumlah rakyat yang direkodkan oleh kedutaan negara di Mesir iaitu seramai 11,379 orang, ia mungkin mengambil masa selama empat hari setengah.
Nukilan hati hang nadim
Kerajaan urus membawa balik dengan percuma.....ada pula yang buat
cerita kena bayar.....untuk apa ya.....Politik atau nak ambil
kesempatan nak kutip duit dekat ibu bapa.....AWas mereka ini.....
02 Februari, 2011
[hang nadim] Jangan Ubah Fakta Sejarah.....Jangan Jadi Pembohong,,,,,
Thursday February 3, 2011
Anwar will soon be the last one standing, says Muhyiddin
MUAR: PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will soon be alone as most of the party’s founding leaders have left, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.
He said the latest to leave PKR, Padang Serai MP N. Gobalakrishnan had lost confidence in Anwar and the party’s struggle.
“We saw all founding leaders of PKR have left and soon Anwar will be standing alone.
“If the founding leaders no longer believe Anwar and have lost faith in his leadership, the rakyat too will not believe him,” he said.
Muhyiddin also said that the recent failure of the Selangor government to pass a resolution to amend the state constitution was a big blow to Pakatan.
“The state government’s image has been tarnished and now Opposition leaders want to go round the country to ask the people for support,” he added.
Muhyiddin said said Barisan Nasional and Umno were not worried about Anwar’s plan to tour the country to give ceramah as the people were not stupid.
“He said he plans to give ceramah in 30 areas, but why only 30? He should make it 100 areas or even the whole country.
“He is trying to save his political career after he noted the change in people’s support towards Barisan,” Muhyiddin said after visiting flood victims in Pagoh yesterday.
Muhyiddin, who is also Barisan deputy president, said Pakatan leaders can say what they want, but he is confident the people know the truth.
KOTA KINABALU: PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is due to arrive in Sabah after Chinese New Year to tackle problems in the crisis-ridden Sabah wing of the party.
With 18 of the 24 division leaders against the appointment of a relatively unknown Pajudin Nordin to head Sabah PKR, Dr Wan Azizah is set to meet key division leaders who sent a memorandum asking her to take over the state leadership and immediately replace Pajudin.
Local party leaders are unsure of what action Dr Wan Azizah would take to resolve the crisis that erupted three weeks after she appointed Pajudin on Jan 9.
“I don’t think we will back down from anything less than the removal of Pajudin,” said a signatory of the memorandum that demanded Azizah take over as state chief.
He declined to say what the division leaders would do if Dr Wan Azizah failed to meet their request.
PKR president plans trip after Chinese New Year to meet key
leaders
Sabah PKR is divided into various factions headed by supreme council member Christina Liew, former state party chief Thamrin Jaini and Tuaran chief Ansari Abdullah.
Ansari’s group supports Pajudin, who is the vice-chairman of the Tuaran division.
Over the past couple of years, Sabah PKR has been plunged into crisis.
On Dec 31, former PKR vice-president Datuk Jeffrey Kitingan quit the party with a large number of division leaders, and Pajudin’s appointment saw another around of infighting among the PKR factions.
Dr Wan Azizah is scheduled to be in Kota Kinabalu on Feb 6 and attend a Chinese New Year gathering hosted by Liew. She will also meet with state leaders.
When contacted, Ansari said the group against Pajudin was questioning the authority of Dr Wan Azizah, who used her powers under the party constitution and had the appointment endorsed by the supreme council.
“The worst part is that I am told Liew (who is a PKR supreme council member) and assistant secretary-general Derell Leiking (Penampang chief) had endorsed the decision at the supreme council meeting on Jan 8.
“Now they are signing (the memo) against the appointment. If they are not happy with a party decision, they should quit. They are doing the same damage as what Dr Jeffrey did,” he added.
An online news portal quoted party secretary-general Saifuddin Nasution as saying that Dr Wan Azizah was on a peace mission and she hoped to avoid any further crisis in Sabah.
“It is an extremely delicate situation,” he was quoted as saying.
He said the peace mission did not mean that the party had rejected or accepted the memorandum and resolutions signed from the 18 divisions but a special committee made up of three Sabah leaders might be formed to resolve the crisis.
Gesa kaji kenyataan Mursyidul Am Pas

Mohd. Noor Deris menunjukkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 2 Feb. - Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja diminta mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng, pencarut dan sebagainya.
Beliau berkata, amat malang apabila Menteri Besar Kelantan itu yang dikenali sebagai ulama, tidak mempunyai ciri-ciri ulama sebenar, lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan kenyataan sanggup berkawan dengan syaitan dan musuh Islam, tetapi bermusuhan sesama Islam.
Baginya, Nik Abdul Aziz juga memfitnah Malaysia bukan sebuah negara Islam, UMNO tidak mahu Islam, undi Pas masuk syurga, pangkah bulan tiga kali (mengundi Pas) pilihan raya sama dengan pahala haji, imam UMNO tidak sah diikuti dan sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan.
Terbaru katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.
"Kalau dibiarkan perkara ini dibimbangi ramai orang akan mati murtad atau keluar dari Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu seterusnya mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai kenyataannya itu.
Mohd. Noor turut menganggap Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang bertopengkan Islam bagi mengejar kemenangan partinya dan menyahut seruan nafsu untuk menghimpun kekayaan termasuk dalam kalangan ahli keluarganya.
Malah dakwanya, selama ini Mursyidul Am Pas itu berpolitik atas dasar demokrasi ala-Barat tetapi diheboh-hebohkan kononnya berdasarkan al-Quran dan hadis.
"Sebenarnya, beliau berkubukan demokrasi untuk perjuangan Assabiyah partinya sebab itulah dalam sejarah pemerintahan Pas Kelantan, kuasa politiknya pernah disalahgunakan dan menyeleweng daripada syariat Islam atau sunah politik Rasulullah.
Jelas Mohd. Noor lagi, politik Islam berdasarkan kepada satu ummah, bukan berbilang jemaah, sedangkan Pas hari ini memporakperandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat dan menyeleweng daripada dasar politik Islam.
Justeru itu, pihaknya akan memperhebatkan penerangan bagi menyedarkan umat Islam termasuk ahli Pas mengenai penyelewengan yang berlaku dalam parti itu.
Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib berkata, Nik Abdul Aziz tidak wajar menggelar dirinya sebagai pemimpin jika tidak berani berterus terang dalam soal menentukan seseorang itu masuk syurga jika mengundi Pas.
"Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar berani, kenapa dia tidak katakan jika mengundi UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka?
"Jelaslah status Nik Abdul Aziz sebagai ulama diragui kerana sanggup mempolitikkan soal syurga untuk meraih sokongan serta mengelirukan umat Islam," jelasnya
Sikap Anwar punca tinggalkan parti beramai-ram
MUAR 2 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengkhianati rakan merupakan punca pengasas dan pimpinan penting parti itu bertindak meninggalkannya beramai-ramai.
Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, Anwar lambat-laun akan ditinggalkan seorang diri kerana ramai penyokong yang sudah lari dengan terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada 29 Januari lalu.
"Semua pengasas bersama sudah 'chao liao', lari meninggalkan Anwar seorang sahaja. Ini bukan kenyataan politik tetapi ia sudah berlaku. Kenapa mereka buat begitu?
"Terbaru Gobalakrishnan, mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara. Dia buat macam-macam cerita dalam dan luar negara yang bukan membawa kebaikan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh di sini hari ini.
Beliau berkata, PKR juga umpama rumah yang kehilangan penyokong tetapi cuba ditegakkan seorang diri oleh Anwar, sehingga menjadikan ia sesuai dengan gelaran 'parti kian runtuh'.
Berhubung hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai, Muhyiddin menegaskan, BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.
Katanya, tidak kira Anwar mahu bergerak ke 100 kawasan sekalipun, BN tidak akan gentar kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan.
"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia mungkin berasa perlu bergerak ke pelbagai tempat untuk menambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.
"Mahu tidak mahu dia terpaksa bergerak, saya cadangkan dia bergerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percayanya lagi," katanya.
Tambah beliau, pembangkang mungkin mencanangkan pelbagai rancangan seperti mahu menubuhkan negara Islam dengan kerjasama Pas dan pelan 100 hari tetapi keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan di beberapa kawasan lain sebelum ini menunjukkan rakyat tidak mungkin terpedaya.
Muhyiddin juga menyatakan Selangor menjadi bukti PKR tidak tahu menguruskan negeri kerana isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menjadi begitu kalut dan maruah kerajaan itu jelas hilang apabila pindaan perlembagaan yang cuba dilakukan tidak mendapat kelulusan.
"Rakyat patut melihatnya sebagai tamparan besar kepada parti itu. Itu sebab Anwar kena pergi merantau setiap negeri meminta tolong, minta nyawa," ujarnya.
Risalah My Balik Pulau dianggap berbahaya
PULAU PINANG 2 Feb. - Pengedaran risalah My Balik Pulau yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.
Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.
Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.
"Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu.
"Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengedar risalah yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendedahkan perkara berkenaan berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.
Wakil rakyat tersebut kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.
Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.
Abdul Said memberitahu, ketika melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1997 dan 2002, beliau ada membuat kajian mengenai sejarah daerah barat daya di mana Balik Pulau terletak di dalamnya.
Jelas beliau, berdasarkan rekod pejabat pentadbiran British pada 1880, tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain.
Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.
Jangan malu sanggah Nik Aziz – Rais
PUTRAJAYA 2 Feb. – Masanya sudah sampai bagi orang Melayu dalam Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa menyanggah pandangan yang sering dikeluarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam.
Menyuarakannya atas faktor ‘mengenali sangat’ keperibadian Nik Abdul Aziz, menteri paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau berpendapat Menteri Besar Kelantan itu terlalu ‘dibiarkan’ oleh Abdul Hadi yang kelihatan terlalu sedikit menyampaikan pandangan luhurnya kepada ukhuwah Islamiah.
Kepimpinan Pas yang lain pula, kata beliau, kebanyakannya terus ‘segan silu’ atau ‘malu-malu kucing’ terhadap pandangan kesat dan menyeleweng yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.
“Kita tidak boleh ikut beliau secara melulu sebab kaki kita mesti cecah ke bumi. Ini kerana dunia kita adalah dunia yang berasas kepada undang- undang.
“Namun beliau selalu ubah nilai dan pendirian mengikut hari mana dan ikut sebelah mana beliau bangun pagi.
“Jadi, janganlah ditelan bulat-bulat kenyataan Nik Abdul Aziz ni seolah-olah beliau separa nabi atau separa wali ataupun separa pengerusi majlis fatwa kebangsaan. Mesti ada orang yang berani menyanggah pandangannya secara logik, orang Melayu Pas tidak harus fikir satu lorong sahaja,” kata beliau.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata demikian kepada Utusan Malaysia hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.
Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri Tenang yang tidak menyokong calon Pas sebagai orang jahiliah.
Rais berkata, pandangan yang terlalu obsesi terhadap Nik Abdul Aziz merugikan Islam sendiri apabila semua yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu didakwa benar belaka.
Menurutnya, tindak tanduk Nik Abdul Aziz boleh dibahaskan dalam ijtimak kerana beliau langsung tidak memberi peluang kepada orang lain di Kelantan atau dalam partinya ruang memberi percambahan pendapat.
“Islam bukan Nik Abdul Aziz, Islam ialah cukup indah kuat dan cukup menyeluruh. Seseorang yang berilmu dalam agama tidak akan mendabik dada, mempunyai sifat lemah lembut dan tidak mengelirukan ikut kepentingan politik semasa,” katanya.
Ditanya apakah jawapan beliau jika pandangannya ditempelak oleh para penyokong fanatik Nik Abdul Aziz, Rais berkata: “Saya dengan Nik Abdul Aziz sama-sama masuk Parlimen. Dalam hayat politik saya, saya lihat beliau kian lama kian tidak mencecah kakinya ke bumi.”
Rais turut berkongsi pengalaman lepasnya semasa dalam Parti Melayu Semangat 46 bersama Pas.
“Beliaulah (Nik Abdul Aziz) yang instrumental dalam kebanyakan krisis dan beliaulah menjadi batu penghalang yang banyak dalam soal penyatuan Melayu,” katanya.
Chua: Keep up 1Malaysia momentum
By ZUHRIN AZAM AHMAD
zuhrinazam@thestar.com.my
PETALING JAYA: Malaysia had a good and fulfilling year in the past 12 months with the economy recording robust growth which should be the beginning of more good things to come, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
He said the “feel good” factor of sustainable and exponential economic growth was the result of right policies.
“We are also on the right track with Malaysia attracting US$7bil (RM21.37bil) in foreign direct investments last year, compared to the RM5bil recorded in 2009.
“The great inflow of FDI is a reflection of the right economic agenda initiated under the Government Transformation Programme,” Dr Chua said in his Chinese New Year message yesterday.
He also said the Barisan Nasional formula has worked well in ensuring Malaysians could continue to share their hopes and aspirations to help shape a common destiny.
“To shape a better and dynamic Malaysia, the people must keep up the momentum of the 1Malaysia evolution.
“It must not stop. Politics should not come in the way of getting the people together,” he said.
Dr Chua said while Malaysians reflect on the progress of the nation, credit must be given to the Chinese for their immense contributions to the development of the country and for giving the “Midas” touch to Malaysia’s economy, he said.
“We cannot deny that the Barisan-era has produced many Chinese tycoons, some of whom have been diligently giving back to society,” he said.
However, he said, they need to do more by spreading the culture of giving and helping the needy.
Dr Chua also advised those making their way back to their respective hometowns to adhere to the speed limit and arrive safely at their destinations.
“On behalf of the MCA, I would like to wish all Malaysian Chinese a Happy and Joyous Chinese New Year.
“May the Year of the Rabbit also bring abundant wealth, opportunities to the country, improved quality of life and good health to the people,” he said.
Nukilan hati hang nadim
Satu Malaysia hati hati mengemukakan Fakta Sejarah
jangan mengubah fakta akan mengundang padah jangan
salah tafsir Quraan dan hadis jangan keluar Fatwa
merosakan Akidah.....Jangan Jadi Pembohong akan
menemui padah keatas Diri Sendiri.....
YA ALLAH SELAMATKAN PEMIMPIN KAMI YANG JUJUR
DAN SELAMATKAN NEGARA KAMI....JAUHILAH NEGARA
KAMI DARI PETUALANG DAN MUSUH .....amin

[ hang nadim] Keluarga harmoni sambut Tahun Baru Cina.....
NUR Hanissa Ng Abdullah (kanan) melayani ibunya, Ara Bina (kiri) serta ahli keluarganya menikmati juadah bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina di rumahnya di kampung Aruh Skim, Petra Jaya di Sarawak, semalam.
KUCHING 2 Feb. – Saban tahun, kehadiran Tahun Baru Cina disambut penuh kemeriahan oleh keluarga seorang peniaga, Nur Hanissa Ng Abdullah, 33, yang boleh disifatkan unik dan lain daripada yang lain.
Uniknya keluarga ini kerana mereka begitu terbuka terhadap perkahwinan campur apabila menganggap perbezaan agama, adat serta budaya sebagai satu anugerah yang perlu dihormati dan diraikan bersama.
Tidak hairanlah si bapa yang berketurunan Iban dan beragama Kristian dapat hidup dengan penuh harmoni bersama ibunya yang berbangsa Cina serta tiga adik-beradiknya yang lain.
Menurut Nur Hanissa, ibunya, Ara Bina, 51, lebih selesa untuk terus berpegang kuat kepada agama anutan keluarganya sejak turun temurun iaitu Buddha, manakala kakak sulungnya, Ng Shai Hong, 35, memilih untuk menganut Kristian sama seperti bapanya.
“Sementara itu, dua lagi adik saya masih mencari agama yang sesuai dengan jiwa mereka.
“Alhamdulillah, saya pula diberi hidayah oleh Allah untuk memilih Islam sebagai jalan hidup,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Aruh Skim, Petra Jaya hari ini.
Menurut Nur Hanissa, dia bersyukur kerana penghijrahannya berjalan lancar berbanding segelintir saudara baru yang ditentang sehingga disingkirkan keluarga sendiri.
Tambahnya, ketika berhasrat memeluk Islam dan berkahwin dengan pemuda Melayu kira-kira sembilan tahun lalu, keluarganya langsung tidak menentang kerana menganggapnya sudah dewasa dan mampu membuat keputusan sendiri.
“Bahkan saban tahun, saya dan suami disuruh membawa anak-anak pulang menyambut Tahun Baru Cina bersama ayah, ibu serta adik-beradik lain. Lebih manis, kami turut menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Krismas beramai-ramai di rumah ini.
“Yang penting, kami semua saling hormat menghormati dan mereka juga tahu batas-batas agama Islam seperti tidak boleh disajikan makanan tidak halal, minuman keras dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, bapanya, Saong Bahan, 65, berkongsi rasa bangganya kerana mempunyai anak-anak dan cucu yang taat dan sentiasa menyayangi beliau dan isterinya.
“Bagi saya, perkahwinan di kalangan pasangan berbeza kaum, warna kulit dan agama bukan sesuatu yang baru bahkan diterima sejak sekian lama oleh masyarakat di seluruh dunia.
“Walaupun berbeza pendapat dan pegangan hidup, anak-anak terutamanya Nur Hanissa tidak pernah menyisihkan kami, bahkan kasih sayang yang dicurahkannya tetap sama seperti biasa.
“Saya sentiasa berpesan kepada mereka semua, biar apa pun kepercayaan kita, jangan buang keluarga kerana air yang di cincang tidak akan putus,” katanya
Harap Tahun Arnab bawa tuah
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI
LIMA pelakon wanita (dari kiri) Intan Ladyana, Mon Ryanti, Yana, Diana Amir dan Faith Zakie juga tidak mahu ketinggalan menyambut Tahun Baru Cina.
SUDAH menjadi kelaziman setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, penerbit prolifik ini akan menghabiskan masa cuti di kampung kelahirannya di Pekan Jabi, Segamat, Johor.
Kata David Teo, sejak dia merantau ke Kuala Lumpur 26 tahun lalu, belum pernah sekali pun dia terlepas menyambut perayaan itu bersama keluarga meskipun sibuk dengan tugasnya sebagai seorang penerbit filem dan drama.
Baginya, Tahun Baru Cina merupakan saat yang ditunggu-tunggu setiap tahun kerana itulah masa terbaik baginya untuk dihabiskan masa bersama bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain.
Namun, jelas David, masanya bercuti bergantung kepada tilikan yang dibuat terlebih dahulu oleh bapanya menerusi sebuah buku lama berusia lebih 1,000 tahun yang merupakan milik keluarganya sejak turun-temurun.
"Selepas menilik dan membacanya, barulah bapa akan memberitahu masa yang sesuai untuk saya kembali bekerja dan memulakan operasi syarikat. Semuanya bergantung kepada tahun itu sendiri dan ia amat berbeza setiap tahun.
"Sebagai contoh, ada satu tahun itu, saya hanya mula bekerja pada hari ke-10 selepas menyambut Tahun Baru Cina. Untuk Tahun Arnab ini pula, saya akan mula bekerja pada hari keenam. Keseluruhannya, tahun ini saya akan bercuti selama enam hari bermula 2 Februari lalu.
"Dalam erti kata lain, semuanya adalah kerana feng sui bagi memastikan tahun ini akan mendapat keberkatan dan tuah," katanya bersungguh-sungguh ketika ditemui dalam satu sesi fotografi di kediaman mewahnya di Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Turut tidak ketinggalan dalam sesi fotografi itu ialah lima pelakon wanita yang bernaung di bawah Metrowealth International Group (MIG) iaitu Intan Ladyana, Diana Amir, Faith Zakie, Mon Ryanti dan Norliana Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Yana.
Seperti mana tradisi keluarga lain setiap kali menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, begitu juga dengan David yang mempunyai rutin tersendiri dalam menyambut perayaan itu.
Cerita David, sehari sebelum Tahun Baru Cina, dia bersama adik-beradiknya seramai lapan orang akan berkumpul di rumah bapa mereka untuk upacara sembahyang sebelum makan besar yang merupakan agenda utama perayaan itu.
"Kemudian, selepas semuanya sudah selesai, barulah, upacara pemberian angpau akan mengambil tempat. Memang sudah menjadi satu tradisi bahawa angpau tidak boleh diberikan jika upacara sembahyang belum dilakukan.
"Ketika inilah, kemeriahan itu cukup terasa dengan riuh-rendah adik-beradik dan sanak-saudara yang lain. Itulah yang membuatkan perayaan ini cukup bermakna buat saya di samping dapat bersama dengan bapa saya," ujar bapa kepada empat orang cahaya mata iaitu Ruby, 18; Jason, 17; Jackhu, 10, dan Jehan, 5, itu penuh semangat.
Cerita David lagi, hari pertama Tahun Baru Cina memang dihabiskan hanya untuk keluarga sebelum pintu rumah bapanya dibuka kepada tetamu yang datang berkunjung pada hari kedua.
Ketika itulah, kata David, seluruh ahli keluarga tidak akan menang tangan melayan tetamu yang hadir terutama rakan-rakan baik bapanya.
"Kawan-kawan bapa saya datang bukan keseorangan sebaliknya mereka hadir bersama keluarga masing-masing. Mereka bukan hanya datang untuk berjumpa dengan bapa saya tetapi mahu bertemu dengan saya juga (ketawa).
"Peluang itu diambil oleh mereka untuk bergambar dengan saya dan memang kemeriahan itu benar-benar terasa. Tetamu yang hadir pula semuanya berbilang kaum dan kerana itu, sambutan Tahun Baru Cina untuk keluarga kami memang meriah," ujar David yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik.
Walau bagaimanapun kata David, amalan kunjung mengunjung yang pernah menjadi tradisi keluarganya satu ketika dulu kini hanya tinggal kenangan sahaja selepas ibunya meninggal dunia.
"Lagipun, kebanyakan saudara di sebelah ibu saya juga ramai yang sudah tiada. Jadi, kami sudah tidak mengamalkan budaya itu. Sewaktu ibu masih ada, ia merupakan acara wajib untuk kami sekeluarga," katanya menyingkap kenangan lalu.
Bukan itu sahaja, sejak memulakan operasi MIG 10 tahun lalu, tidak pernah sekali pun David mengarahkan semua proses penggambaran dihentikan sementara hanya kerana dia menyambut Tahun Baru Cina.
Bagi David, ia merupakan perniagaan dan siapa tahu ia akan membawa tuah kepada setiap projek filem atau drama itu.
"Sebagai contoh, filem Remp-It dan Adnan Sempit semuanya menjalani penggambaran ketika musim Tahun Baru Cina dan hasilnya, ia memberikan pulangan yang cukup baik untuk syarikat saya.
"Untuk Tahun Arnab ini, sudah pasti saya mengharapkan tuah dan kegemilangan yang berterusan untuk syarikat saya. Jika mengikut feng sui, Tahun Arnab juga dikatakan tahun yang akan memberikan kecemerlangan untuk semua orang.
"Jika tahun lalu yang merupakan Tahun Harimau telah memberikan keuntungan kepada saya sehingga MIG menyumbang RM42 juta daripada jumlah kutipan tiket keseluruhan menerusi 11 filem yang ditayangkan, sudah pasti saya mahu ia berganda untuk tahun ini.
"Setakat ini MIG sudah menyiapkan 10 buah filem. Kami mensasarkan 19 judul akan ditayangkan tahun ini," ujar David yang mula mengorak langkah sebagai penerbit filem menerusi filem Syukur 21 arahan Eddie Pak pada tahun 2000.
Dua filem terbaru MIG yang sedang menjalani penggambaran ketika ini adalah Pertiga dan Bini-Biniku Gangster serta sebuah drama bersiri, Zoo.
Dalam kerancakan berbual dengan penerbit filem yang dianggap paling berjaya dalam industri perfileman tempatan itu, sesekali dia mengusik isteri tercinta, Jane, yang turut pasang badan untuk sesi fotografi pada tengah hari itu.
"Tengoklah baju isteri saya. Semuanya baru dan belum pernah saya tengok dia pakai baju ini. Gara-gara untuk fotografi, dia sanggup beli baju baru (ketawa).
"Saya dan Jane juga tiada masalah setiap kali menyambut Tahun Baru Cina kerana kami sama-sama anak jati Johor," kata David sambil mengusik Jane sehingga isterinya itu melirik senyum manja kepadanya.
Begitu juga dengan anak-anaknya, semuanya sedondon mengenakan pakaian baru berwarna merah yang merupakan warna membawa tuah kepada kaum Cina.
Walaupun sudah bergelar seorang jutawan dan hidup serba mewah, David tidak mahu mendabik dada mahupun bermegah dengan apa yang dimilikinya hari ini.
Bagi David, setiap rezeki yang diperolehinya bukan untuk dirinya seorang tetapi ia adalah untuk dikongsi bersama-sama dengan mereka yang bertungkus lumus menjadikan setiap filemnya sukses.
"Memang dari dulu lagi sejak saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan jualan langsung, saya akan berkongsi rezeki dengan stokis serta agen saya. Setiap kali Tahun Baru Cina, saya pasti akan memberikan sesuatu untuk mereka.
"Begitu juga dengan mereka yang terlibat dalam MIG. Jauh di sudut hati saya, kalau diizinkan Tuhan, saya mahu melihat setiap seorang daripada mereka dapat menjadi jutawan," ucapnya tanpa selindung.
31 Januari, 2011
[hang nadim] Air Mata di bumi Memali.....

Tabung Memali: Saya fitnahkah?
AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.
Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.
Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling.
Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.
Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya.
Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010.
Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.
Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual.
Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya.
Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.
Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas.
Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk.
Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.
Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi.
Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?
Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah.
C.N Al-Afghani
Memali
Nukilan hati hang nadim
Ibrahim Lybia/.....Ibrahim Mahmud/.....Man Walad.....
rakan hang nadim di Al khairiah.....bersahabat semasa
di Pusat Islam.....selalu berjumpa di Masjid Negara
sebagai seorang sahabat.....tidak ada kaitan Politik.....

MOHD. Fatmi Che Salleh (depan, tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada penerima bantuan menunjukkan 1Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu, semalam.
Pas diminta tidak berdalih
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 30 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan diminta tidak lari daripada isu asal membabitkan Bazar Tok Guru bagi menutup kelemahan mereka menunaikan janji kepada 412 peniaga di Pasar Lambak Arked Uda dan Pasar Besar Lama MPKB di sini.
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi amaran kepada UDA Holdings Bhd. (UDA) jelas menunjukkan sikap Kerajaan Pas Kelantan yang suka menuding jari kepada orang lain.
Beliau berkata, persoalan utama dalam isu Bazar Tok Guru ialah kerajaan negeri gagal menunaikan janji mereka untuk menyediakan ruang niaga yang selesa pada harga mampu milik kepada peniaga terbabit sebagaimana dijanjikan sebelum pilihan raya umum 2008.
"Jangan alih isu, jangan kata UDA tidak membantu. UDA sentiasa membantu, tidak payah bagi amaran kepada UDA. Bagi amaran macam cerita koboi, hari ini kerajaan moden, kehidupan hari ini bukan undang-undang rimba.
"Tapak Pasar Besar Lama MPKB telah dijual kepada pihak swasta, kalau nak bantu peniaga buat apa jual sepatutnya baiki dan ubah suai supaya lebih ramai boleh berniaga.
"Tetapi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah jual banyak harta termasuk tapak bengkel MPKB-BRI dan usir 70 hingga 80 penduduk di Limau Manis untuk bina kondominium mewah, hari ini pula kita berdepan dengan isu peniaga dan ini menunjukkan kerajaan negeri tidak ada langsung semangat untuk bantu rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal dan Warga Emas Tionghua Parlimen Kota Bharu, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), Datuk Ahmad Zaini Othman dan wakil Vconnect Asia Sdn. Bhd., Datuk K. C. Loh.
Pada majlis tersebut, seramai 1,300 warga emas dan ibu tunggal kaum Cina menerima sumbangan sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina Khamis ini.
Semalam, akhbar melaporkan Kerajaan Pas Kelantan memberi tempoh sebulan kepada UDA untuk membawa cadangan pelan pembangunan kawasan tapak Pasar Lambak Arked UDA di Seksyen 11 dekat sini dan jika gagal, kawasan itu akan diambil semula.
Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu mengikut proses undang-undang sekiranya mahu mengambil semula tanah milik UDA itu.
Katanya, UDA telah lama menghantar pelan untuk membangunkan kawasan tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu memindahkan peniaga di Pasar Lambak Arked Uda.
"Projek asal UDA di tapak itu ialah membina sebuah apartmen dilengkapi dengan ruang perniagaan termasuk satu aras khusus untuk bazar bagi peniaga asalnya, tetapi bila berunding dengan kerajaan negeri dan MPKB-BRI, mereka memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan bina Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru untuk peniaga terbabit.
"UDA mengamalkan konsep timbang rasa dan tidak menghalau peniaga selagi tidak ada tempat berpindah kerana UDA ditubuh untuk bantu peniaga-peniaga Melayu," katanya.
Zul Noordin sifatkan kehancuran PKR begitu cepat
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membuktikan parti tersebut semakin menuju kehancuran pada kadar yang begitu cepat.
Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, tindakan Gobalakrishnan itu juga membuktikan langkah para pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu sebelum ini adalah meliputi semua agama dan kaum.
Sebagai bukti, katanya, beberapa nama besar dalam PKR dari pelbagai kaum telah meninggalkan parti seperti 'pembawa' aliran Melayu sekular, Datuk Zaid Ibrahim; pembawa aliran pemikiran bukan Islam dan perjuangan rakyat Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan pembawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu, Ng Lum Yoong.
Selain itu, jelasnya, PKR juga telah ditinggalkan oleh Gobalakrishnan yang dikenali sebagai pejuang masyarakat India dan penganut Hindu serta beberapa tokoh agama Islam termasuk dari kalangan yang pernah rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Peletakan jawatan YB Gobi (Gobalakrishnan) dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur.
"Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk 'Vanekem macha! Poodah Anvar' di http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini bagi mengulas tindakan Gobalakrishnan yang mengisytiharkan melepaskan semua jawatan dan keluar daripada PKR.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong melalui blognya pula memberitahu, beliau percaya Gobalakrishnan bukan merupakan pemimpin terakhir dari PKR yang meninggalkan parti tersebut.
Katanya, tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu membuktikan beliau sudah muak dengan permainan 'politik cakap tak serupa bikin' dan politik penipuan yang diamalkan dalam PKR.
"Selepas ini Gobalakrishnan akan dilabel dengan gelaran pengkhianat oleh Anwarinas (penyokong Anwar) dan dibantu pula oleh sesetengah portal berita tetapi ia lebih baik daripada digelar pengecut dengan menyembunyikan segala kesalahan yang nampak di depan mata," tegasnya.
Zulkifli dan Choo Keong yang turut meninggalkan PKR sebelum ini mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan tindakan Gobalakrishnan menjadi Ahli Parlimen seperti mereka.
Pemimpin India PKR ikut buta tuli
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Pemimpin India yang masih setia dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bersikap berpura-pura kerana mereka tidak ada tempat dalam parti itu.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, hanya mereka yang tidak faham sahaja membuat sangkaan baik bahawa parti itu untuk semua kaum.
''Mereka salah anggap bahawa PKR boleh mewakili semua kaum kerana mereka ikut sahaja secara membuta tuli. Dari awal kita boleh nampak melalui ucapan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbeza mengikut kaum.
''Ia jelas bukan agenda untuk menyatupadukan rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan, keluar daripada PKR adalah bukti masyarakat India tidak dihargai oleh Anwar.
Gobalakrishnan mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai kerana bosan dengan sikap Anwar serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Kayveas menambah, PKR hanya mengejar matlamat yang kabur tanpa prinsip yang jelas biarpun sanggup memecah belahkan kaum.
''Saya sendiri hairan bagaimana Anwar ketika bersama kerajaan sentiasa tidak sependapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi kini bersahabat baik.
''Perkara ini jelas kerana Anwar akan buat apa sahaja untuk merampas kuasa sekali gus mencapai matlamatnya ke Putrajaya,'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, PKR tidak mengamalkan sikap toleransi antara pemimpin pelbagai kaum dalam parti itu sebagaimana yang dipraktikkan Barisan Nasional (BN).
Jelasnya, parti tersebut masih tidak matang dalam perkara itu bagi mewujudkan suasana harmoni antara kaum.
Dalam konteks itu, katanya, ia dilihat menjadi punca lebih ramai pemimpin India daripada parti berkenaan bertindak keluar parti.
''PKR sememangnya tidak mengutamakan nasib kaum India dan selalu mengetepikan masalah kaum itu.
''Ia berbeza dengan BN apabila setiap isu yang timbul akan ditangani secara bersama tidak mengira kaum atas prinsip bersatu dan bekerjasama,'' katanya.
Anwar: I expected Gobala to leave
SHAH ALAM: PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim said he had long expected Padang Serai MP N. Gobalakrishnan to leave the party.
However, he said he had yet to receive an official letter from the troubled MP regarding his resignation.
“I only got to know about his resignation through his tweet,” Anwar told reporters after speaking at a syariah law forum here yesterday.
Present at the press conference was PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Anwar said he last met Gobalakrishnan in Parliament.
“I did not receive any complaints from him when we met in Parliament,” he said, adding that he would discuss the matter with PKR secretary-general Saifuddin Nasution.
Gobalakrishnan announced his resignation from the party at his service centre in Lunas, Kedah, on Saturday, citing loss of confidence in PKR and Anwar’s leadership.
He accused Anwar and party deputy president Azmin Ali of plotting his exit and also expressed his unhappiness over the appointment of lawyer N. Surendran as a party vice-president.
Gobalakrishnan, a former MIC Youth leader and founding member of PKR in 1999, has been slamming the party leadership for weeks and was issued a show-cause letter recently.
Meanwhile, Abdul Hadi said PAS would discuss the candidate for the upcoming Merlimau by-election with its Pakatan Rakyat allies, PKR and the DAP.
“We will select the candidate through a collective effort,” he added, commenting on the seat that was vacated following the death of incumbent assemblyman Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan on Jan 20.
Nomination day for the by-election is Feb 26 and polling day on March 6
Anwar tidak hairan ahli keluar parti
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus bersikap membutakan mata dan memekakkan telinganya terhadap 'aliran keluar' ramai ahli-ahli parti itu sejak kebelakangan ini.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana Anwar tidak pernah berasa bahawa tindakan ahli PKR terutama wakil rakyat yang keluar parti itu akan sesekali merugikan dirinya kerana DAP dan Pas akan terus menyokongnya.
Beliau berkata, Anwar juga tidak mempedulikan keadaan itu selagi beliau ada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
"Demi Azmin, dia akan buat tidak tahu dengan keadaan ramai ahli dan juga wakil rakyat PKR keluar parti ini.
"Dia juga tidak akan berasa rugi dengan tindakan ramai wakil rakyat PKR keluar parti itu kerana dia tahu DAP dan Pas akan menyokongnya dan dengan itu beliau akan terus menjadi Ketua Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa semalam.
Menurut Gobalakrishnan, tindakannya itu dilakukannya kerana kecewa dengan gaya kepimpinan Anwar dan kerosakan parti yang dilakukan oleh Azmin.
Anuar berkata, beliau sedikitpun tidak terkejut dengan tindakan Gobalakrishnan itu memandangkan ahli Parlimen berkenaan sememangnya menyertai PKR dengan niat dan hasrat yang murni iaitu untuk berjuang demi rakyat.
"Titik tolak bagi kekecewaan Gobalakrishnan adalah pada 2004 apabila Anwar keluar penjara dan menerajui parti.
''Gobalakrishnan melihat sikap sebenar Anwar ketika itu yang tahu bercakap tentang keadilan tetapi tidak telus dengan ahli dan banyak perkara lagi," katanya.
Katanya, sikap Anwar yang 'putar alam' itu menjadi punca utama Gobalakrishnan hilang sabar sekali gus bertindak keluar parti walaupun beliau adalah antara yang pertama menjadi pengasas PKR.
Beliau berkata, lebih ramai ahli PKR juga dijangkakan akan keluar parti selagi sikap putar alam Anwar itu ada pada dirinya.
"Kini ahli PKR semakin jelas dengan tembelang Anwar. Saya tidak hairan lebih ramai yang akan meninggalkannya nanti," katanya
[hang nadim] Tahniah BN menang besar.....hantu tak mengundi .....Banjir

LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.
Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.
BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.
Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.
Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.
Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.
"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.
Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.
Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.
Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.
Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.
Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.
Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.
Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.
Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.
"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.
"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.
1,536 mangsa dipindahkan
LABIS 30 Jan. - Seramai 1,536 penduduk di sekitar Tenang di sini dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setelah beberapa tempat terutama kawasan rendah di sini, dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, empat kawasan utama dilaporkan terjejas akibat banjir.
Katanya, kawasan itu adalah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Kampung Sungai Gatom, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.
Beliau berkata, kesemua penduduk terjejas dipindahkan ke PPS di Sekolah Agama Kampung Jawa seramai 365 orang diikuti Balai Raya Kampung Lembah Bakti (272), Balai Raya Felda Pemanis 2 (139) dan Balai Tadika Kampung Orang Asli (129).
Selain itu, Balai Raya Kampung Batu Badak (94), Balai Raya Kampung Genuang India (81), Balai Raya Kampung Usaha Jaya (70), Masjid Jamek Kampung Sawah Baru (70), Balai Air Bah Pagoh 2 (67), Sekolah Agama Pekan Air Panas (58) dan Balai Raya Paya Dalam (53).
"Para penduduk telah dipindahkan oleh kenderaan pelbagai agensi termasuk polis, tentera serta Bomba dan penyelamat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, PPS yang lain adalah Kampung Orang Asli Ulu Juaseh melibatkan 29 orang, Balai Raya Kampung Sekijang (27) dan Dewan Serbaguna Gelang Cincin (23).
Katanya, kawasan lain adalah di Balai Raya Kampung Paya Pulai (18 orang), Balai Raya Kampung Melayu Raya (16 orang), Sekolah Arab Kampung Gubah (13 orang), Balai Raya Air Bah (tujuh orang) dan Balai Raya Kampung Simpang Loi (lima orang).
"Sehingga pukul 4 petang tadi, 1,536 penduduk terjejas setelah rumah masing-masing dinaiki air dan mereka kini ditempatkan di PPS berkenaan.
"Kita jangka jumlah tersebut akan meningkat sekiranya hujan tidak berhenti dalam waktu terdekat sehingga menjejaskan kawasan lain," katanya.
Abdul Aziz memberitahu, pihaknya sentiasa memantau keadaan banjir dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri
Nukilan hati hang nadim
Tahniah Rakyat Johor.....yang pandai menilai antara
Intan dan kaca.....Adakah yang kalah tu Islam Tulin
atau yang teguh Iman.....kalau Islam Sebenar akan
menerima hakikat...kehendak Allah.....Takdir.....
hantu tak dapat mengundi kerana tiada dalam senarai
dan tiada Alamat.....jangan pula salah banjir ini
adalah kehendak Allah.....semoga Allah akan memelihara
kemenangan BN.....dan pemimpin yang jujur.....
Bigger majority
2011/01/31
By Shahrum Sayuti
news@nst.com.my

Campaign poster of PAS candidate under water as floods hit Labis town where the Tenang by-election took place Sunday.
Read more: Bigger majority http://www.nst.com.my/nst/articles/Biggermajority/Article#ixzz1Cd89vRS4
LABIS: Barisan Nasional registered another improved-majority by-election win following its victory in Tenang yesterday. It won overwhelmingly in Malay and Indian-majority areas and increased its Chinese votes.
It won with a 3,707-vote majority compared with the 2,492-vote margin in the 2008 general election when the voter turnout was 73.5 per cent.
Yesterday’s voter turnout of 67 per cent was understandable given that the constituency was hit by floods. There were 611 evacuees yesterday and some voters were able to vote only because they were ferried to polling stations by boats. At mid-day, the Election Commission had to deny rumours of voting-hour extension and postponement of the polls.
Returning officer Md Aris Amin announced the results at 10pm.
Last night, the overwhelming BN win in Felda areas stood out. The slight drop in support for BN in Felda Cempelak Barat has been arrested.
In 2004, BN won 88.34 per cent of the votes there but the votes dipped to 81.43 per cent in 2008.
Yesterday, BN workers celebrated obtaining 838 votes to Pas’ 142 in that area.
Significantly, BN contained Pakatan Rakyat in the Chinese-majority areas.
BN won Tenang Station with 54 per cent of Chinese votes.
The Tenang win follows impressive gains by BN in the by-elections for the Galas state seat and Batu Sapi parliamentary constituency in November.
Read more: Bigger majority http://www.nst.com.my/nst/articles/Biggermajority/Article#ixzz1Cd2zX1h4
Carian Blog Ini
WAKTU SEMBAHYANG
Al-Fatihah
Luahan Hati..
Network
Dikuasakan oleh Blogger.
Pautan
- Salam semua2010
- Nukilanhatibell
- Buat Blog
- PEKIDA
- Darul Syifa
- sinar harian
- Pasaraya Mydin
- Muzium Polis KL
- star online
- Kompas Online
- Biro Tatanegara
- Pendaftar Pertubuhan
- Skuad 69 PDRM
- Kosmo online
- Air Asia
- KL International Hotel Kuala Lumpur
- utusan Malaysia online
- Berita Harian online
- Persatuan Bekas Polis
- Semak Saman
- Malaysia airlines
- Siti Nurhaliza
- Polis Diraja Malaysia
- Unit Pembangunan Usahawan Giatmara
Katakan....
Anda perlu membina Blog sendiri menyuarakan apa-apa yang anda mahu,suka dan ada kepuasan.
You need to build their own blog to voice what you want like and there is satisfaction
أنت بحاجة إلى بناء من بلوق الخاصة بها للتعبير عن ما تريد مثل وهناك ارتياح
你需要建立自己的博客,以语音为你想要什么,并有满意
คุณก็ต้องสร้างบล็อกของพวกเขาเองเสียงสิ่งที่คุณ
ต้องการชอบและมีความพึงพอใจ
Sie müssen sich beim Aufbau ihrer eigenen Blog zu Stimme, was du willst, dassZufriedenheit und es gibt
உங்களுக்கு என்ன வேண்டும் என்று குரல் தங்களது சொந்த வலைப்பதிவை உருவாக்க வேண்டும் மற்றும் திருப்தி இல்லை
Blog Archive
Label
- [hangnadim] FIKIR dan INSAF (34)
- [hangnadim] KESIHATAN (5)
- [hangnadim] warga emas (15)
- Agama (138)
- all (1)
- ALLAH yang kekal (184)
- Anugerah (1)
- Bencana Alam (20)
- BOOK (12)
- BUAT BLOG SENDIRI (9)
- CARI PASANGAN (1)
- DOA (3)
- f (1)
- FIKIR dan INSAF (334)
- Fitnah (3)
- Gambar Lama (18)
- Happy Birthday (6)
- Ibadat kesihatan (3)
- Islam dan Ibadat (13)
- ISU BIRO TATANEGARA (2)
- KENANG JASA (16)
- KENEGARAAN (47)
- kesihatan (29)
- komuniti (43)
- kuih melayu (1)
- lagu-lagu (3)
- motivasi (12)
- n (1)
- Negara -Negara (2)
- Negara -Negara dunia (25)
- ORANG HILANG (5)
- Patriotik (28)
- Pemimpin (4)
- Pemimpin dan sahabat (59)
- pendidikan (4)
- PERAYAAN (56)
- PERNIAGAAN (8)
- PERTANIAN (9)
- Polis &Tentera (2)
- POLIS DAN TENTERA (58)
- POLIS DAN TENTERA......tahniah...... (2)
- POLITIK (192)
- PULASAR (1)
- RENUNGAN (238)
- Sahabat sahabat (26)
- sejarah (6)
- Seorang Insan (21)
- SUKA-SUKA (37)
- SUKAN (13)
- Tourism (24)
- Tourism BUKIT-BUKIT MALAYSIA (5)
- w (1)
- WARISAN BANGSA (105)
- wira negara (24)
- Youtube (2)