Pages

Subscribe:

22 Mac, 2012

[hang nadim] Tokoh wartawan meninggal dunia.....Al fatihah

















NAJIB Tun Razak mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Mazlan Nordin (gambar kecil) di Petaling Jaya, malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR 22 Mac - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada pukul 4.15 petang hari ini.

Anak keempat beliau, Yuri Azhar, 39, berkata, bapanya dimasukkan ke PPUM selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya semalam.

"Arwah berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dan doktor telah memberinya sedatif bagaimanapun meninggal dunia kira-kira pukul 4.15 petang ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat cucu.
http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.