Pages

Subscribe:

20 Mac, 2012

[hang nadim]Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut P. Pinang meninggal dunia

19/03/2012 9:20pm


























GEORGE TOWN 19 Mac — Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) petang ini dipercayai akibat mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, allahyarham yang berumur 54 tahun tiba-tiba terjatuh selepas bermain badminton bersama beberapa rakannya di gelanggang badminton, Jalan Datuk Keramat di sini.

"Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, allahyarham dikatakan berhenti rehat selepas bermain badminton sebelum mengalami sesak nafas dan rebah. Beliau kemudiannya dikejarkan ke HPP dan diberikan bantuan pernafasan selama lebih sejam sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Allayarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki.

Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan esok. — BERNAMA

Badrul Munir Md Isa (Pak Abang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.