Pages

Subscribe:

17 April, 2012

[hang nadim] Pesilat Gayong minta pemimpin pembangkang jangan biadab .....

















SEBAHAGIAN wakil NGO yang membuat laporan polis mengenai penghinaan terhadap raja-raja Melayu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAFRIZAL AZMI

MELAKA 17 April – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) memberi amaran kepada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu agar tidak sesekali mencabar kesabaran mereka dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadab dan menderhaka itu.

Timbalan Presiden PSSGM, Datuk Ismail Jantan berkata, perbuatan yang didakwa dilakukan ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah tersebut telah mencambahkan perasaan marah dan ‘sakit hati’ dalam kalangan ahli silat Gayong.

“Kami minta pemimpin pembangkang jangan bersikap kurang ajar, biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu dan jangan sesekali cuba mencabar kami.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada perkataan sabar untuk meredakan kemarahan kami dan jangan sampai hati ahli silat Gayong terusik, nahas,” katanya.

NGO minta KDN bertindak tegas

KUALA LUMPUR 17 April - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bersikap tegas terhadap ahli politik yang menghina raja-raja Melayu dalam Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV baru-baru ini.

Mereka juga menuntut KDN tidak mengambil pendekatan 'menutup mulut' dalam hal tersebut kerana ia adalah penghinaan kepada ketua negara dan agama.

NGO tersebut yang turut membuat laporan polis berhubung penghinaan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi adalah Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Gabungan NGO Malaysia (GNM) dan Majlis Jemaah Muhibbah.

Perkasa rancang adakan perhimpunan

KUALA LUMPUR 17 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengemukakan permohonan untuk mengadakan perhimpunan aman yang dipanggil 'Perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' di ibu negara pada 29 April ini sebagai usaha mempertahankan institusi diraja.

Dalam permohonan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Perkasa memohon dua lokasi untuk mengadakan perhimpunan iaitu di Padang Merbuk dan Dataran Merdeka.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar berkata, perhimpunan itu yang dirancang pada pukul 9.30 pagi akan diketuai Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, selain mempertahankan institusi diraja yang diperlekehkan oleh ahli politik pembangkang, ia juga bertujuan meraikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.