Pages

Subscribe:

24 Jun, 2013

[hang nadim] Akhirnya mereka akur - Zahid.....




Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas pelantikannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun - Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat membuktikan mereka akur kepada lunas Perlembagaan Persekutuan serta mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang berjaya memanipulasi pemikiran penyokong mereka untuk berdemontrasi membantah keputusan pilihan raya umum lalu termasuk yang dilakukan kira-kira 200 orang di luar Parlimen pagi ini.
Tambah beliau, ketika kumpulan penyokong pembangkang itu berdemonstrasi dalam keadaan berjerebu dan panas, pemimpin-pemimpin mereka pula melalui perjalanan demokrasi dengan mengangkat sumpah.
"Apabila mereka datang (angkat sumpah), ia menunjukkan akhirnya mereka akur kepada Perlembagaan dan peraturan Dewan Rakyat.
"Namun, apa yang dilakukan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dengan berdemonstrasi membuktikan mereka tidak memahami Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu dalam sidang Dewan Rakyat, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.
Merujuk kepada usul itu, beliau berkata, mana-mana pihak diingatkan tidak cuba menghalang pintu masuk Parlimen memandangkan usul tersebut diterima sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang.
"Seharusnya itulah tindakan sebaiknya dan jangan mencari masalah, mereka harus terima apa jua akibat daripada masalah yang mereka lakukan," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mengingatkan pemimpin pembangkang tidak berterusan mengancam keselamatan negara dengan mengadakan perhimpunan haram kerana mereka sendiri mengakui sistem demokrasi negara dengan hadir mengangkat sumpah.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, ikrar taat setia dan janji mematuhi undang-undang yang dilafazkan setiap Ahli Parlimen itu diharap tidak lagi membawa kepada sebarang pertikaian berhubung sistem pilihan raya yang didakwa satu penipuan.
"Proses demokrasi sudah berjalan lancar, rakyat sudah membuat pilihan, jadi semua Ahli Parlimen jangan lagi membuang masa sebaliknya bertindak mengikut lunas Perlembagaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130625/po_01/Akhirnya-mereka-akur---Zahid#ixzz2XB8niONO © Utusan Melayu (M) Bhd 


Anwar angkat sumpah, penyokong
berbaring di jalan raya



Seorang anggota polis terjatuh ketika cuba menenangkan peserta perhimpunan mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam

SELEPAS melakukan pelbagai propaganda, hasutan, tohmahan dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengetuai pakatan pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Anwar dan sekutu-sekutunya dilaporkan berbuat demikian kira-kira sejam selepas polis menahan sekumpulan 200 peserta perhimpunan haram yang bertindak ganas merempuh kawalan polis yang mengawal perkarangan Bangunan Parlimen.
Tindakan ganas itu dilakukan oleh saki-baki kumpulan yang sebelum ini menyertai perhimpunan haram di Padang Merbok yang berpunca daripada seruan Anwar supaya rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan berkenaan bagi membantah keputusan PRU-13.
Ternyata, peserta-peserta berkenaan yang ada antara mereka 'berkampung' di dalam khemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
Segala susah-payah mereka dalam perjuangan sia-sia itu tidak membawa apa-apa makna kerana Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang tetap mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Kalau benarlah pemimpin pembangkang mendakwa pilihan raya umum lalu penuh kepincangan dan penipuan, kenapakah mereka mahu mengiktiraf keputusan yang berpihak kepada mereka tetapi menolak kemenangan yang menyebelahi BN?
Sepatutnya sama ada perhimpunan haram atau keganasan di hadapan bangunan Parlimen tersebut tidak akan berlaku, jika Anwar berjiwa besar untuk menasihatkan penyokong-penyokong supaya menghormati proses melakukan bantahan iaitu melalui petisyen kepada mahkamah.
Namun malangnya, Anwar tidak berbuat demikian, beliau seolah-olah bangga apabila ramai anak muda yang terpengaruh dengan dakyah beliau khususnya kelompok yang bergabung dalam Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan jumlah kehadiran di Padang Merbok tidak mencapai sasaran pakatan pembangkang, ia sepatutnya memberikan kesedaran kepada Anwar bahawa perjuangan beliau melakukan politik jalanan tidak akan berhasil. Mana mungkin kalau setakat 200 orang yang berkumpul di hadapan Bangunan Parlimen akan mampu melunturkan semangat perjuangan pegawai-pegawai SPR.

Bagaimanapun, apa yang kita saksikan, Anwar terus memberi galakan kepada kumpulan berkenaan untuk melakukan bantahan. Ketika kelompok itu menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga menunjukkan kebodohan mereka dengan tidur dalam keadaan berjerebu, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang 
lain selesa berada di kediaman masing-masing membuat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.Setakat melahirkan penghargaan kepada perjuangan kelompok itu, ia tidak membawa makna apa-apa. Sepatutnya kalau Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang benar-benar bertekad bahawa berlaku penipuan dalam PRU-13, mereka juga akan bersama-sama kumpulan itu yang antara lain mahukan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak mengangkat sumpah.

Jelaslah, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, semalam menunjukkan sikap hipokrit pada tahap paling tinggi yang tidak mungkin ada kepada mana-mana Ahli Parlimen di seluruh dunia.

Apa pun yang paling malang ialah penyokong-penyokong mereka yang begitu mudah diperbodohkan sehingga sanggup berkhemah, bermalam dan berbaring di jalan raya serta ditangkap oleh polis. Segala-galanya berpunca daripada sikap hipokrit dan watak 'sesumpah' pemimpin pembangkang seperti Anwar!


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130625/po_02/Anwar-angkat-sumpah-penyokong-berbaring-di-jalan-raya#ixzz2XB9wXprP © Utusan Melayu (M) Bhd 


Dalam tenang luar kecoh
 


Oleh Hardi Effendi Yaacob, Safeek Affendy Razali, Lum Chee Hong, Nor Fariza Ramlan, 
Syalikha Sazili dan Muhammad Mustakim Ramli

Dalam tenang luar kecohDemontrasi di luar bangunan Parlimen. - Foto ihsan China Press
Penyokong pembangkang merusuh di luar bangunan Parlimen ketika pemimpin 
mereka menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah
Seorang pegawai polis nyaris buta ditumbuk, 2 lagi cedera 

Kuala Lumpur: Dua pegawai dan seorang anggota polis cedera dengan seorang daripadanya nyaris buta diserang peserta perhimpunan haram Blackout 505 yang mencetuskan kekecohan di laluan masuk ke bangunan Parlimen, semalam. 

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, semua pegawai dan anggota polis terbabit sedang bertugas mengawal laluan masuk di Jalan Parlimen bergelut dengan kumpulan terbabit yang enggan bersurai walaupun beberapa kali diarahkan polis berbuat demikian. 

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Najib dahului upacara angkat sumpah Parlimen



NAJIB menandatangani dokumen selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendahului upacara angkat sumpah jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat pada majlis yang turut menyaksikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Turut berbuat demikian ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti 131 ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional dan 89 ahli Parlimen daripada parti-parti pembangkang.
Ini merupakan mesyuarat pertama Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lepas.
Ucapan mengangkat sumpah itu juga berjalan lancar dengan dihadiri oleh semua ahli Parlimen meskipun baru-baru ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah itu kerana mendakwa wujud penipuan dalam PRU-13.
Terdahulu, Pandikar Amin dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk kali kedua sebaik Penggal Pertama Parlimen ke-13 bersidang.
Hakcipta terpelihara 


PAS sesat bertahaluf dengan orang kafir?

Datuk Dr Haron Din,24 Jun 2013

Datuk, mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.

Abdul Quddus Abdul Mukmin, Padang Jawa, Klang, Selangor.

PERKARA pertama yang perlu anda tahu dan faham, bahawa tahaluf itu adalah sesuatu yang diharuskan oleh hukum syara’ dengan syaratsyaratnya. Apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu tahaluf dengan DAP, sebenarnya tidak bercanggah dengan syarat-syarat syarak.

Kedua tahaluf yang dilakukan bersama orang kafir, akan tetapi jika sesama Islam tidak pula dinamakan dengan tahaluf. Kerana asasnya umat Islam adalah bersatu pada asalnya, kerana umat Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah-belah.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. pernah bertahaluf dengan Yahudi Madinah apabila kabilah-kabilah Arab Musyrikin Makkah membuat onar dan menimbulkan penindasan dan kezaliman terhadap Rasulullah dan juga Yahudi, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah untuk bertahaluf menghadapi kezaliman Musyrikin adalah diharuskan.

Keempat, banyak kali berlaku pada Rasulullah s.a.w. bermuamalah dengan orang kafir sedangkan baginda boleh bermuamalah dengan orang Islam, contohnya ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah, baginda bermuamalah dengan Abdullah bin Uraiqit iaitu seorang musyrik, sedangkan pada waktu itu ramai lagi orang Islam yang boleh Rasulullah bermuamalah dengan mereka.

Begitu juga Rasulullah pernah bermuamalah dengan seorang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya kepada Yahudi itu untuk mengambil bahan makanan bagi keluarganya.

Persoalannya di sini, mengapa dengan Yahudi Nabi bermuamalah? Mengapa tidak dengan orang Islam? Kalau dengan orang Islam, mungkin Nabi tidak perlu menggadai baju besinya atau tidak perlu membeli atau berhutang, mungkin orang Islam akan memberi sebagai satu hibah (pemberian) secara percuma kepada Nabi.

Namun demikian, Nabi meninggalkan orang Islam dan bermuamalah dengan orang Yahudi. Mengapa berlaku demikian? Kerana hendak menyatakan ada ketika-ketikanya dengan sebab-sebab tertentu umat Islam diharuskan bermuamalah atau bertahaluf dengan orang kafir dan tidak dengan orang-orang Islam.

Kelima, PAS pernah memasuki Pakatan Barisan Nasional dengan Umno pasca tragedi 13 Mei 1969, dengannya terselamat Umno daripada tumbang atas gelombang rakyat menolak Umno – Perikatan ketika itu. Dengan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (menggantikan Perikatan) ketika itu, maka selamatlah Umno, maka kuat semula Umno dan tegak semula BN.

Maka ia terselamat daripada tumbang dan ditumbangkan oleh rakyat. Selepas Umno kuat semula dan merasakan PAS tidak diperlukan, maka Umno memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN.

Banyak pihak yang mengetahuinya, maka PAS ditendang daripada BN, kesannya PAS berpecah dan bercelaru serta banyak ahlinya meninggalkan PAS, ada yang menubuhkan Parti Islam yang perlu menandingi PAS, PAS hampir terkubur ketika itu angkara perbuatan Umno, pengalaman itu amat pahit dan PAS berhempas pulas untuk bangun semula, dan sekarang sudah terbangun.

Sejauh ingatan saya, Umno tidak pernah menyatakan kekesalannya kerana memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN, malah Umno tidak pernah meminta maaf kepada PAS hingga ke hari ini.

Kalau itulah sikap Umno, maka bagaimana orang PAS mahu memikirkan untuk mendampingi Umno semula seperti ada usaha membayangbayangkan isu itu, pengalaman amat pahit itu bagi PAS amat berguna.

Apabila PAS bertahaluf dengan Pakatan Rakyat khasnya dengan DAP, jelas PAS mengaut keuntungan yang ketara hasil daripada keputusan undi dalam PRU13 baru-baru ini, PAS semakin mendapat pertambahan pengundi dan penyokong.

Namun demikian, ramai orang menyedari, bahawa ‘Tahaluf Siayasi’ bukanlah satu perkara yang qat’ie, ini adalah satu hasil ijtihad daripada ahli-ahli PAS yang layak, hasil ijtihad itu diterima pakai dan namun demikian ia tetap terdedah kepada pelbagai kemungkinan, ijtihad boleh kekal selagi tidak ada keperluan untuk menyemaknya seperti timbul masalah.

Ada perkara-perkara penting yang menjadikan ijtihad itu lagho, maka barulah timbul keperluan untuk melihat semula perkara-perkara ijtihad yang lampau, atas dasar itulah persoalan mengapa PAS dan Umno tidak dapat disatukan yang dapat dilihat dari perkaraperkara yang telah saya sebutkan tadi, sekian wassalam.
http://bm.harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.