Pages

Subscribe:

05 Jun, 2013

[hang nadim] Seniman S. Shamsuddin kembali ke rahmatullah.....Al fatihah



SENIMAN S.SHAMSUDDIN
KUALA LUMPUR 4 Jun - Pelakon komedi seangkatan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Aziz Satar iaitu Seniman S. Shamsuddin telah disahkan meninggal dunia pukul 10.56 pagi ini.
Pelakon veteran berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.
Allahyarham terkenal melalui lakonannya bersama P. Ramlee dan Aziz Satar dalam filem-filem seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130604/hi_01/Seniman-S-Shamsuddin-kembali-ke-rahmatullah#ixzz2VIG0GPHR
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Mati di Everest: Impian berbesan dengan jiran tidak kesampaian


ALLAHYARHAM Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari (kiri) bersama ibu dan adik-adiknya ketika menyambut Hari Keluarga baru-baru ini. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH
KUALA LUMPUR 5 Jun - Ibu kepada Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang meninggal dunia ketika menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp, Perbadanan Putrajaya (PPj) kelmarin, terpaksa melupakan impian untuk berbesan dengan jirannya.
Ibu mangsa, Salmah Abdullah, 47, berkata, beliau telah lama merancang majlis pertunangan anak sulungnya itu dengan seorang gadis yang tinggal di pangsapuri sama dengan keluarga mereka.
"Sebenarnya, saya yang beria-ria mencari jodoh untuk dia dan apabila menemukan seorang anak jiran, Mohammad Shahrulnizam bersetuju lalu perhubungan mereka berdua menjadi rapat.
"Melihat perkembangan itu, saya merisik dengan jiran yang tinggal di tingkat tiga malah merancang untuk mengadakan majlis pertunangan pada November nanti.
"Bagaimanapun, sudah takdir, harapan melihat mereka berdua meneruskan perhubungan hingga ke jenjang pelamin tidak tercapai setelah dia dijemput Ilahi. Saya sebagai ibu reda dengan ketentuan-Nya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Pangsapuri Permai, Sungai Besi hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Mohammad Shahrulnizam maut manakala seorang lagi dipercayai kritikal akibat penyakit acute mountain sickness (AMS) ketika mengikuti misi mencabar itu pada pukul 7.15 malam semalam.
Mohammad Shahrulnizam merupakan Penolong Jurutera PPj, manakala yang kritikal Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya.
Salmah seterusnya berkata, anak sulung dari empat beradik itu tidak pernah aktif mendaki gunung sebelum ini namun dia tidak menghalang Mohammad Shahrulnizam ke Nepal kerana arwah begitu beria-ria mahu sampai ke pergunungan Everest.
Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan arwah adalah di laman Facebook apabila dia sendiri bertanya khabar serta tahap kesihatan anaknya itu.
"Sebelum itu, kami sempat bercakap sekejap di telefon dan dia memberitahu, keadaan cuaca di pergunungan itu sejuk lagi berhabuk. Pesanan di Facebook pula hanya dibalas arwah selepas dua hari dan tidak pula dia memberitahu tidak sihat.
"Bagaimanapun, pukul 4.30 petang kelmarin seorang kakitangan PPj menelefon dan mengatakan anak saya itu sesak nafas. Pelbagai perasaan mula muncul ketika itu hinggalah panggilan seterusnya selepas Isyak pada hari sama memberitahu, anak kesayangan saya itu telah pun pulang ke rahmatullah," katanya.
Menurut Salmah, dia tidak perasan sebarang perubahan yang berlaku pada Mohammad Shahrulnizam sebelum ini, tetapi pengalaman meraikan Hari Ibu di Putrajaya, baru-baru ini menjadi antara kenangan terakhir mereka berdua.
"Dia anak yang baik dan begitu hormat kepada kedua ibu-bapanya. Saya reda dengan ketentuan ini tetapi harapan saya supaya jenazahnya dibawa pulang segera dan Allah permudahkan semua urusan," katanya.
Jenazah Allahyarham Mohammad Shahrulnizam akan dikebumikan di sebelah kubur arwah datuknya di Kapar, Klang, seperti mana permintaan neneknya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130606/dn_06/Mati-di-Everest-Impian-berbesan-dengan-jiran-tidak-kesampaian#ixzz2VO6Om2Sa
© Utusan Melayu (M) Bhd 



S. Shamsuddin dikebumi di Chua Chu Kang


JENAZAH S. Shamsuddin disembahyangkan di Masjid Mukminin, Bukit Batuk, Singapura, semalam.
SINGAPURA 5 Jun - Pelakon komedi popular era 1950-an, S. Shamsuddin (gambar) yang meninggal dunia di kediamannya di Bukit Batok, West Avenue 6, #07- 34, Jurong di sini semalam, selamat dikebumikan pagi ini.
Jenazah Allahyarham yang nama sebenarnya Samsudin Dali dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Chua Chu Kang Road pada pukul 11.30 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Mukminin, Jurong East di sini.
Yang hadir sama melawat jenazah ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Md. Afendi Hamdan, rakan-rakan artis termasuk Rahimah Rahim, M. Ishak, M. Wari dan Suhaimi Yusof serta kira-kira 200 penduduk termasuk kenalan Allahyarham.
Anak Allahyarham, Ariff, 50, yang merupakan pelakon serta pelawak TV Singapura percaya pemergian bapanya itu suatu kehilangan besar buat industri seni di rantau ini khususnya di Malaysia dan Singapura.
Beliau juga memohon kemaafan daripada masyarakat sekiranya bapanya pernah melakukan sebarang kesilapan semasa hayatnya.
"Mungkin industri seni kehilangan permata seni tetapi kami kehilangan ketua keluarga. Apapun saya bersyukur kerana ayah pergi dengan tenang dan saya memohon agar peminat terus mendoakan ayah saya," katanya.
Pelakon komedi itu meninggal dunia pada pukul 10.56 pagi semalam selepas didapati tidak sedarkan diri di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura.
S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130606/dn_13/S-Shamsuddin-dikebumi-di-Chua-Chu-Kang#ixzz2VO8Oss2w
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.