Pages

Subscribe:

12 Oktober, 2013

[hang nadim] Kerjasama Pas dalam DAP, PKR rugikan orang Melayu Islam.....

Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (kanan duduk) bersama ahli-ahli Pas Bagan Ajam mendesak pimpinan Pas Pusat memutuskan hubungan dengan DAP serta mengkaji semula tahalluf siyasi dengan Pakatan Rakyat dalam sidang akhbar di Butterworth, semalam. - Mingguan/Ismail Kamadin

BUTTERWORTH 5 Okt. - Kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.
Sehubungan itu, Pas digesa mengkaji semula hubungan itu yang boleh menyebabkan orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti tersebut seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.
"DAP sebenarnya tidak bersikap jujur terhadap orang Melayu dan Pas sendiri, namun pimpinan Pas Pusat bagaikan tidak sedar perkara ini berlaku.
"Jadi saya mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan DAP agar tidak merugikan masa depan orang Melayu serta boleh menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan agama itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Selain itu, ujarnya, sukar disangkal lagi bahawa DAP adalah parti cauvinis yang akan menyekat semua agenda Islam yang ingin dibawa oleh Pas .
Sehubungan itu Mohamed Hafiz menyokong penuh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula tahaluf siyasi parti itu dengan PKR dan DAP.
Jelasnya, perwakilan pada Muktamar Pas ke-59 November ini juga diingatkan agar mendokong kepimpinan ulama yang merupakan teras kepimpinan dalam Pas.
"Jawatan Timbalan Presiden Pas harus dikembalikan kepada ulama yang benar-benar memahami Islam dan situasi semasa serta mampu berijtihad dalam keadaan-keadaan tertentu," ujarnya.
"Kami sentiasa bersama Ketua Ulama Pas serta seluruh kepimpinan ulama dalam Pas yang menuntut kepimpinan ulama ditegakkan kembali di dalam Pas," ujarnya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131006/po_04/Kerjasama-Pas-dalam-DAP-PKR-rugikan-orang-Melayu-Islam#ixzz2hYIl92yu
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ahli Pas sokong Syiah diminta keluar parti
KOTA BHARU 12 Okt. - Golongan dalam Pas yang terpengaruh dengan fahaman sesat Syiah digesa keluar daripada parti itu demi menghentikan kekeliruan dalam kalangan ahli dan masyarakat Islam.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat (gambar) berkata, tiada tempat untuk pengikut Syiah di dalam Pas kerana parti itu berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat berkata, golongan tersebut yang disifatkan sebagai penakut sepatutnya berhenti mengamalkan 'taqiyyah' atau berbohong untuk menyembunyikan keyakinan mereka kepada Syiah.
"Bagi saya orang yang tidak faham Syiah memang tidak akan faham, saya secara peribadi tidak teragak-agak menyatakan yang salah itu salah dan yang betul itu betul kerana kepentingan Islam mesti diletakkan di atas.
"Kalau golongan Syiah mahu ada parti sendiri, maka sila keluar dan tubuh parti, kenapa masih mahu menumpang Pas? Kenapa terus bertaqiyyah? Dasar orang penakut, timbulkan kepala kamu biar semua orang nampak, jangan terus ambil kesempatan daripada kebaikan orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab dalam seminar Syiah dan Kesesatannya anjuran Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (Jarum) dan Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Husam buka 'pekung' kerajaan Pas Kelantan
KOTA BHARU 9 Okt. - Buat pertama kali dalam sejarah sejak tahun 1990, kerajaan Pas Kelantan 'dikritik hebat' oleh penyokongnya sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berlangsung hari ini.
Datuk Husam Musa yang baru sebulan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, dilihat seolah-olah bertindak sebagai 'pembangkang' apabila mengkritik kerajaan negeri habis-habisan.
Beliau seperti cuba membuka 'pekung' kerajaan negeri yang pernah disertainya selama dua penggal sebelum tidak dilantik semula sebagai Exco selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, sehingga timbul pertikaman lidah dengan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
Husam bangun mencelah beberapa kali ketika sesi penggulungan oleh kedua-dua wakil kerajaan itu biarpun pada mulanya tidak dibenarkan oleh Speaker, Abdullah Ya'kub.
Antara isu yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Pas itu ialah urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pembinaan lebuh raya rakyat, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) dan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Malah ketika bertikam lidah dengan Mohd. Nassuruddin, Husam berkata, beliau tidak akan teragak-agak mendedahkan lebih banyak pekung kerajaan negeri jika 'dipaksa' berbuat demikian.
"Jenayah syariah saya bukan kata Kelantan guna pada pilihan raya tetapi tengok dalam surat khabar ketika pilihan raya dahulu.
"Rakyat hendak tengok apa yang kita sudah buat untuk melaksanakan hudud, dari segi infrastruktur, pelaksanaan, hakim dan kakitangan untuk melaksanakannya.
"Jangan paksa saya cakap benda yang tidak sepatutnya dalam Dewan, saya sudah cakap dalam parti sudah banyak kali tetapi tidak ada tindakan," katanya.
Terdahulu, Mohd. Nassuruddin membidas Husam kerana mendakwa kerajaan negeri tidak serius dalam melaksanakan hukum hudud.
"Kerajaan sentiasa serius untuk melaksanakan hudud malah, pada tahun depan kita memperuntukkan RM1 juta untuk kemudahan melaksanakan hukum tersebut.
"Apa yang kita putuskan dalam dewan ini akan dilaksanakan dan sekarang mesyuarat teknikal pelaksanaan hudud sudah bermula," katanya.
Dalam pada itu, Hanifa pula membidas Husam kerana tidak menyertai lawatan ke loji rawatan air yang dianjurkan oleh pihaknya untuk melihat sendiri keupayaan operasi loji tersebut.
"Yang Berhormat Salor tidak datang ketika kita membuat lawatan ke loji rawatan air, kita amat mengalu-alukan kedatangan YB untuk melihat sendiri dan memberikan pendapat agar ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.
Beliau menjawab cabaran Husam supaya AKSB membawa ADUN melawat loji rawatan air esok bagi melihat sendiri keupayaan loji tersebut





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.