Pages

Subscribe:

30 Ogos, 2014

[hang nadim] Bekas Mufti Wilayah Persekutuan,,,Bekas SC Meninggal Dunia.....

Kita dirundung kesedihan lagi, permata dari mutiara ilmu yang banyak, hari ini, di panggil mengadap ilahi. Allahyarham Dato Hasyim Yahya, Mantan mufti wilayah,seorang yang faqih dan alim orangnya.. sepanjang penglibatan dalam dakwah ini, beberapa kali diganding berforum dengan allahyarham.. seorang yang santun dalam agamanya, moga beliau dikalangan hamba Allah yang soleh.. Ya Allah, kami bersaksi diatas kesolehannya.. amin..
Mantan Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahya meninggal dunia
Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 27 OGOS: Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya disahkan meninggal dunia hari ini dalam usia 75 tahun, lapor Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Menurut status terkini laman Facebook ABIM Pusat, Hashim yang juga mantan pimpinan ABIM Wilayah Persekutuan meninggal lebih kurang jam 1.50 petang di Hospital Al-Islam.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan di Shah Alam jam 5.30 petang ini.
Mula bergelar pensyarah seawal tahun 70-an, Hashim kemudian ditawar menjadi  mufti di Wilayah Perseketuan bermula tahun 1997 hingga 2003.
Beliau yang juga lulusan Universiti Al Azhar pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah Muzakarah Fatwa Kebangsaan, penasihat syariah di institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad.
Institusi kewangan lain termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Syarikat Takaful, Bank Rakyat, Southern Bank, Islamic Banking Department of Malaysia Rating Corporation Berhad dan Maybank Dana Yakin.

AHLI PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA MENINGGAL DUNIA.....

Pada 31/8/2014 Ahli PBPM Nik Mat bin Siran dari Cawangan Kulim telah meninggal dunia, Allahyarham bekas HG yg berkhidmat dlm thn 1948 hingga 1962, tinggal kg Pondok Seberang akan dikebumi di tanah perkuburan Islam Kg Keladi Kulim selepas Solat Zohor. 
PM Salam Takziah pada keluarga, Alfatehah.
UnlikeUnlike ·  · 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.