Pages

Subscribe:

02 September, 2014

[hang nadim] Bapa MB Terengganu dan Datuk MY Ismail Dan Wan Amran Meninggal Dunia....Al Fatihah....


Bapa MB Terengganu meninggal dunia

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGGANU 2 Sept. - Bapa kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meninggal dunia akibat sakit paru-paru di Kediaman Seri Iman di sini kira-kira pukul 6.15 petang tadi.
Allahyarham Abdul Rahman Mohammad, 86, yang juga bapa kepada sembilan anak itu dikatakan menghembuskan nafasnya di hadapan cucu-cucunya selepas dibawa pulang daripada Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).
Jenazah Allahyarham dijangka disembahyangkan di Kediaman Seri Iman kira-kira pukul 10 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir dekat sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140902/dn_46/Bapa-MB-Terengganu-meninggal-dunia#ixzz3CClR2snK
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Hadiah Alfatiha buat roh Allahyarham Datuk MY Ismail abang kepada bisan saya Tuan Hj MY Ibrahim telah kembali ke rahmatullah jam 2.00 petang tadi (2/9/2014). Moga rohnya bersemadi bersama roh mereka yang soleh. Amin. Salam takziah buat isterinya dan keluarga serta buat Tuan Hj MY Ibrahim serta keluarga, agar diberiNya kekuatan hadapi ujian getir pemergian selamanya insan penyayang dan tersayang ini. Gambar dibawah dirakam di KKIA semasa Allahyarham berangkat ke tanah suci.

  • Jenazah Wan Amran disambut rakan seperjuangan

  • SHAH ALAM 2 Sept. - Ketibaan jenazah juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 10.20 pagi turut disambut oleh sekumpulan juruterbang yang lengkap beruniform Malaysia Airlines (MAS).
    Mereka menyambut keranda jenazah Allahyarham daripada anggota tentera pengiring dan membawanya sehingga ke tingkat atas masjid untuk solat jenazah.
    Solat jenazah diimamkan oleh pemangku imam masjid berkenaan, Mohd. Hatta Ahmad.
    Lebih 500 ahli keluarga dan rakan-rakan hadir di masjid berkenaan.
    Tidak ketinggalan ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
    Anak lelaki Wan Amran, Wan Yusof, 11, dilihat tidak dapat menahan kesedihan sehingga mengalirkan air mata selepas menunaikan solat jenazah ayahnya.
    Selesai solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan di Seksyen 21 di sini untuk dikebumikan.
    Sementara itu, seorang teman rapat Wan Amran, Kapten Ramlan Hussin berkata, beliau mengenali Allahyarham sejak 25 tahun lalu iaitu ketika sama-sama menjadi juruterbang kadet.
    "Beliau seorang yang gemar tersenyum dan ceria dengan semua rakannya.
    "Kami akan mengingati beliau sebagai seorang rakan yang sangat baik," katanya.
    Seorang lagi rakannya, Kapten Ahmad Farid Osman juga mengakui Wan Amran adalah rakan yang disenangi oleh semua orang.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140903/dn_17/Jenazah-Wan-Amran-disambut-rakan-seperjuangan#ixzz3CCo5PqFP
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

  • Abu Kassim Takziah buat keluarga Allahyarham. Alfatihah.......
  • Zakaria Hj Moksin Takziah buat ahli keluarga Allahyarham...Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan solihin..Aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.